Monday, December 31, 2012

Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua kawan2 dan keluarga serta pembaca blog saya..

Tatkala saya menulis entri ini..kedua2 anak saya sedang tidur dengan nyenyaknya..manakala en suami pula ke i-city..meraikan dentuman bunga api di ambang tahun baru 2013..hahaha..jangan panik..sebenarnya rakan kami datang jauh dari selatan ingin ke sini untuk makan angin..jadi saya cadangkan pada en suami supaya bawa mereka ke i-city malam ni..

Buat pengetahuan korang, saya jaaaaaaaaarang sangat keluar malam..boleh kira la dalam setahun berapa kali je..itu pun pergi kenduri atau pulang dari rumah rakan..setakat suka suki nak ke tesco atau keluar makan atau ke klinik sekalipun saya awal2 lagi settlekan sebelah siangnya..tak pernah bawa anak makan malam diluar..

Sungguh! Setiap kali berada dalam kereta pada waktu malam membuatkan saya rasa tak sedap hati..rasa risau..Nuha pula akan menangis kerana tak pernah dibawa keluar waktu malam..pernah sekali ketika saya terpaksa menghantar sepupu saya ke stesen bas pada waktu malam selepas maghrib, Nuha menangis sepanjang jalan dari rumah kami seksyen 9 ke stesen bas seksyen 17..sambung pula sepanjang perjalanan pulang..walhal Nuha seorang yang sangat baik dalam kereta..sebab itulah awal2 lagi saya dah bagi excuse pada rakan kami anak2 saya tidur awal..memang tidur awal pun..

Besides saya seboleh mungkin tak nak ajar anak2 untuk meraikan tahun baru atau apa2 perayaan pun dengan maksiat..nak kata saya poyo pun tak apa..saya terima..

Azam untuk tahun ni seperti biasa nak jadi role model untuk anak2..nak solat awal waktu..buat masa ni itu je la kot..saya kalau boleh nak berazam setiap hari..sebelum tidur pasang niat dan dengan niat akan mendorong kita menjadi seperti apa yang kita mahu..

Selamat tahun baru 2013..


No comments:

Post a Comment