Friday, November 10, 2017

Tarbiah.

Amboi tajuk! 
Saja saya share cara suami saya tarbiah saya secara halus. Dia tak oernah suruh ikut cakap dia cuma dia suka saya ikut cara Ibu, Isteri serta anak Nabi. 



Ada lagi satu buku kisah isteri Nabi, Saidatina Khadijah. 

Tajuk buku-buku ni langsung tak sentap. Tapi gaya dia suruh saya baca buku tu sangat menyentap kalbu. Contohnya kalau saya melawan cakap dia, dia hulur buku Siti Khadijah a.s sambil cakap "Hazrat Khadijah ada tak cakap ikut logik? Ada tak 'dia' fight nak menang dengan Nabi?" 

Lagi satu kalau saya marah anak selalunya ketika ajar #habibandnuha tuition, dia akan tanya "you dah habis baca buku Hazrat Aminah ke? Ada tak 'dia' ajar Nabi macam you ajar anak? Kalau you nak anak ikut cara Nabi, you kena ikut cara mak Nabi!" Sentap uollls!!!! Tak ada lapik-lapik 🎯 

Dia biasanya akan tarbiah saya bila anak-anak dah tidur. Saya pun buat-buat malas nak dengar tapi pasang juga telinga ni. 
Masa mengandung dulu ada dia beli buku Amalan Ibu Mengandung. Saya tanya la cashier tu, buku 'Amalan Suami Ketika Isteri Mengandung' ada tak? Dia jeling kat saya. Pandai pulak sentap 😄



Rumah Baru

Alhamdulillah kami baru dapat kunci rumah baru di Cyberjaya minggu lepas. Lama dah beli rumah ni since 2014 lagi. Katanya 2018 baru siap tapi Alhamdulillah bulan Oktober 2017 dah siap sepenuhnya. 

Kalau ikutkan ini rumah ketiga kami selepas rumah di Bangladesh dan dia Shah Alam. Harapnya kami diberi peluang untuk beli rumah lagi di tahun hadapan. 


Perit nak bayar bulan-bulan pada bank tapi memikirkan kalau wang ada di tangan pun akan habis juga baiklah invest. Kena ikat perut lah. Mana tahu akan datang nak guna modal boleh jual atau cagar rumah pada bank. Kami kan peniaga, kena beringat juga. 


Rumah ni jenis duplex iaitu service apartment dua tingkat. Tengok la contohnya kat bawah. 


Kami tak cadang nak tinggal di Cyberjaya buat masa ni. Masih selesa menyewa di Melaka. Emosi anak-anak perlu dijaga. Kami ada jiran yang baik disini. Habib dan Nuha pun dah ada kawan. Prestasi pembelajaran di sekolah pun meningkat sangat jadi kami tak plan nak pindah lagi buat masa sekarang. 


Dari tingkat 22.

Hello there 😄
One wall kitchen kabinet. Di tingkat atas ada satu lagi pantry macam ni tapi tak ada dapur la.


Playground di tingkat 10 bangunan.
Infinity swimming pool di tingkat 40 bangunan. Bila tengok swimming pool rasa nak pindah dan-dan. Ada 3 pool kat sini.
Jenguk ke bawah dari tingkat 40. Kami 3 beranak memang tak takut tinggi tapi abbu tak boleh naik tempat tinggi-tinggi nanti dia pening. 

Rumah ni kami nak sewakan saja. Curtains dah siap tempah di Nilai 3, next week pasang curtains then terus bagi kunci pada agent. 

Sebelum ada penyewa, pasti kami akan ulang alik mandi kolam kat sini. 


Tuesday, October 24, 2017

Jangan Conteng Al-Quran


Masa saya sekolah di Pondok Pak Ya dulu, kami diharamkan tulis nota dalam al-Quran. Lengan pun tak boleh letak atas al-Quran. Kertas tak boleh selit dalam al-Quran. Buku tak boleh tindan atas al-Quran waima buku agama sekalipun. Hanya jari dan kayu penunjuk sahaja boleh berada atas al-Quran ketika kita baca a-Quran. Al-Quran perlu dipegang dekat dengan dada bukan letak dalam beg sandang yang hampir dengan punggung. Al-Quran di surau kami (wakaf) mungkin buruk dan ada yang tak ada kulit tapi satu naskah pun tak ada yang berconteng. 

Saya tak tau lah apa rasionalnya arwah ustazah yang kami panggil Mak Long larang kami buat macam tu. Sampai sekarang saya ikut dan tak pernah conteng atau catat apa-apa atas lembaran al-Quran. Saya cuma tanda bacaan saya dengan sticker kecil saja.  Rasanya mana-mana sekolah agama/tahfiz pun menggunakan rules yang sama. Tapi sekarang saya tengok ramai yang jadikan al-Quran macam buku teks siap boleh highlight, underline & conteng notes kat tepi lagi. 

Kami belajar subjek Tafsir menggunakan Kitab Tafsir dengan huraian yang panjang berjela. Bukan guna Tafsir Al-Quran Terjemahan atau Al-Quran itu sendiri. Huraian Surah Al-Fatihah saja memakan berhelai-helai muka surat. Ayat Al-Quran adalah sebenar-benar ayat. Nota kita boleh jadi jauh dari maksudnya. 

Cari la sendiri apa yang akan terjadi pada diri kita tanpa kita sedar kalau kita tak muliakan al-Quran? Antara sebabnya adalah sukar untuk faham al-Quran, Allah murka & akan diazab di akhirat. Bukan saya yang cakap tau. Jangan main-main! Jangan samakan kitab Allah dengan buku agama. Al-Quran bukan buku. Kita sangat digalakkan buat nota. Beli satu buku nota kecil dan tulis dalam tu. Jangan conteng al-Quran. Tulisan kita mana mungkin setanding kalam-kalam Allah. Wallahu 'alam. 

**Tafsir al-Quran hanya boleh disentuh tanpa wuduk jika perkataan terjemahannya lebih banyak dari ayat al-Quran. Perlu diteliti juga sebab perkataan bahasa arab biasanya lebih pendek dari bahasa terjemahannya.




Saturday, October 21, 2017

Uptown Girl!?

Malam-malam macam ni teringat pulak kenangan lama. 'Uptown girl, she's been living in her uptown world!' Eh ternyanyi pulak 😄 uptown kalau kat KL macam pasar malam je kan. 

Dulu masa study, Uptown Damansara tu kira tempat happening la kalau dapat jalan-jalan situ. Jalan-jalan malam2 tengok orang berpusu-pusu datang punyalah ramai. Entah la kenapa orang pi situ pun tak tau lah. 

Sewa rumah dekat Kampung Baru betul2 tengah bandar. Asal rasa nak keluar coihh keluar. Asal rasa nak makan kat mana, start motor terus pegi. Masa tak ada motor naik cab tongtong dengan kawan-kawan. Tak pun jalan kaki ke KLCC ikut Jalan Yap Kuan Seng tu. Duduk sembang lepak depan KLCC sampai pukul 1 pagi. Kadang jalan kaki ke LRT Kampung Baru lepas tu panjang lah langkah lagi. Kampung Baru masa tu pun tak payah cerita la dia punya happening macamana. Dekat dengan Chow Kit pulak tu. Pernah sekali kolej-mate bawa masuk area Lorong Haji Taib naik kereta dia dengan beberapa orang kawan lagi la. Gila lah!! Time tu Sajat belum famous lagi. Punya ramai la kereta dok beratur drive-thru nak tengok free show 😅 Masa tu tak terfikir bahaya ke apa. Tapi fikir la jugak kalau ada orang kacau nak buat apa. Duit dan fon sentiasa dalam poket seluar jeans dan tak pernah bawa handbag. Lenggang kangkung ja.

Ada jugak la kadang2 kawan sekolah dulu yang dah kerja area KL datang rumah bawa jalan tengah-tengah malam eh pagi-pagi buta pukul 3 pagi belanja makan nasi lemak famous tu. Time study kalau dapat makan free Ya Allah tersangatlah heaven! 

Rasanya time study la yang banyak kali keluar tengah malam sampai ke pagi. Merasa la hidup bebas seketika. Merasa juga la tengok midnight movie dengan classmates ramai-ramai cerita Ju On kot time tu. Pernah sekali time bulan puasa disebabkan jem teruk sangat, saya dengan housemates jalan kaki ke Sogo. Jenuh tunggu cab nak pi berbuka puasa kat The Manhattan Fish Market la konon. Masa tu elaun YTM baru masuk. Bayangkan punya la jauh dari Kampung Baru ke Sogo ikut Jalan TAR. Kenangan sungguh! 

Saya tak ada boyfriend jadi kebanyakkan masa kalau keluar tu mesti ramai-ramai dengan kawan serumah tak pun jadi third wheeler ikut bestfriend keluar dating. Walau suka berfoya-foya solat tak tinggal ok. Masuk waktu pandai la cari surau untuk solat. Bila dah masuk kerja jarang sangat dah nak berfoya-foya malam-malam. Walaupun masih tinggal di rumah yang sama. Asal cuti ja tidur tak ingat dunia. Lepas subuh tidur balik then bangun tidur terus zohor. Penat sangat kot cari rezeki. Kalau tak cuti, waktu malam ja baru nampak muka housemates sebab masing2 sibuk. 

Bila Uptown Danau Kota pulak buka rajin juga ride ke situ naik motor dengan kawan sekerja, of course la ai yang bawa motor time tu. Dengar macam happening tapi hampeh apa pun tak ada. Sekarang dah lain banyak la kan. Dengan kawan tu la belajar pegi karaoke pertama kali dan terakhir dalam hidup. Itupun tongtong dengan dia. Saya old school punya orang. Tempat bising ni memang bukan tempat saya la. Tak sesuai dengan jiwa. 

Sampai la saya jumpa en suami hidup saya dah berubah sikit. Asal cuti ja pegi jumpa dia. Jaga kedai dia sama-sama. Dia yang banyak control saya dari gadis tak berapa nak gadis jadi feminim sikit la bila dengan dia. Bila berkawan dengan dia baru la pandai pakai handbag wanita, pandai pakai kasut flat macam ballerina tu. Baru la kenal Vincci, Nose & Primavera seangkatan. Kalau tak memang pakai beg jenis tali panjang macam student tu dengan kasut Bata yang bertutup. Pi kerja kat Celcom pun slumber pakai beg dan kasut tu 😅 saya bukan tomboy ya, masih perempuan sejati suka masak, suka pakai baju kurung tapi 'kahaq' orang utara kata. Keayuan memang tak ada dalam kamus hidup saya. 

Kenangan. Semuanya bagi saya baik-baik belaka. Alhamdulillah Allah sentiasa jaga. Andai waktu tu macam sekarang sumpah saya takkan berani buat. Apa jadah pi lepak depan water fountain KLCC sampai pukul 1 pagi. Semua anak dara pulak tu. Seram pulak bila fikir balik. Dulu bukan main naik motor ke hulu ke hilir tengah-tengah KL. Sekarang ni taubat dah nak sebut pasal motor pun en suami tak bagi. 

Sunday, August 6, 2017

Taekwondo Tournament 2017

Kejohanan Taekwondo di MITC Melaka. 
Mama sebenarnya risau sangat kalau Abang Habib cedera. 

Bounce to each other sebelum pertandingan bermula.

Gambar bersama rakan semasa tunggu giliran. 

Cik Nuha peneman setia yang juga die-hard-fan Abang. Abang Habib dapat tempt ketiga tak apa yang penting berani tampil ke depan dan tak kekok. Pengalaman pun dapat. Syabas sayang. 

Saturday, August 5, 2017

Cik Nuha 6th Birthday 2017

Lagi gambar throwback. Sejak ada Instagram ni, rasa malas betul nak update blog. Tapi sayang la kan banyak moments/events tak terupdate. 
Happy Birthday Nuha. Nuha pakai baju yang Maktok beli di Mekah. Cantik kan!?

Baju ni kawan Nuha yang bagi sebagai hadiah hari lahir Nuha. 

Abang Habib beli cuppies 6 ketul untuk Nuha di Dpulze Cyberjaya. Abbu belanja kita makan Nasi Arab di sana sempena birthday Nuha. Semua orang sayang Nuha tau! 

Mama buat sikit party di rumah untuk kawan-kawan dan jiran. 

Cik Nuha 5th Birthday 2016

#gambartahunlepas
#throwback

Mama buat sendiri kek untuk Nuha. 2 biji butter kek siap dengan frosting sekali. Nuha sambut birthday dengan kawan-kawan di Tadika DzulIman. Mama suka tengok Nuha happy. Happy Birthday Nuha. Mama sayang Nuha. 

Pangkor 2017

Sebenarnya trip ke Pangkor ni tak plan pun. Dapat voucher Swiss Garden Resort dah lama dah tapi macam tak ada masa yang sesuai nak ke sana. Bila ada masa free ja terus la en suami plan dengan kawan dia. Terus jadi macam tu ja. Para isteri lah yang kelam kabut sediakan pakaian dan makanan semua. Post ini sekadar kenang-kenagan di masa hadapan. Tarikh sebenar rasanya bulan 5 yang lepas kot. Ntah lah hahah.




Hari Raya 2017

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dari saya sekeluarga. Andai ada silap dan salah harap dimaafi. ❤️

Thursday, June 29, 2017

Kisah Habib. Kantin.

"Kelmarin Habib beli apa kat kantin?" 


"Beli mee goreng."


"Habib pi rehat dengan siapa?" 


"Dengan Danish. Danish tak ada kerusi dia share kerusi dengan Habib." 


(Budak2 kena makan sama2 dalam group kelas. Tak boleh makan marata. Mudah untuk  guru bertugas nak pantau.) 


"Mama" 


"Ya"


"Kelmarin kan Danish share mee dengan Habib. Dia tak bawa makanan." 


"Ya ka." 


"Tapi cikgu marah. Cikgu suruh dia pegi beli makanan sendiri." 
 

"Laa. Lepas tu?"


"Danish tak beli. Dia tak ada duit." 


"Habis tu dia makan apa?" "Dia tak makan apa-apa la. Dia tengok ja Habib makan." 


"Ya Rabbi." 


"Habib tak bagi duit kat dia ka? Bagi la seringgit suruh dia beli makanan."


"Tak boleh. Cikgu marah." 


"Lain kali kalau kawan tak ada makanan Habib beli lebih bagi dia satu. Jangan bagi duit nanti cikgu marah. Ok!" 


"Ok." 

(Share kerusi dengan Habib sambil tengok Habib makan 😢)


Note : Kisah yang saya tulis 2 tahun lepas sewaktu Habib berumur 7 tahun. 

Sunday, June 4, 2017

Lala Tumis Serai



Follow
Instagram : @saqahnot_ 
Hashtag : #chefsaqah


Resepi ni simple sangat dan tentunya sedap. 

Bahan-bahannya :

Lala 400g
Serai 3 batang 
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Sos cili
Sos tiram
Sos ikan
Garam
Gula
Tomato ceri
Daun ketumbar

Cara-caranya :

Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Masukkan semua sos serba sedikit. Masukkan lala dan biar sehingga lala terbuka sepenuhnya dan bertukar warna. Masukkan sedikit air jika perlu. Masukkan tomato ceri. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula serta taburkan daun ketumbar. Siap! 


Saturday, March 4, 2017

Resepi Salsa Sedap


Bahan-bahan :

2 biji tomato
1 biji cili hidup (merah)
4 biji cili padi (hijau)
2 biji cili padi (merah)
1 biji bawang sederhana besar
Daun ketumbar
Garam kristal
Gula
Minyak zaitun

Cara-cara :

Hiris dadu semua bahan-bahan sayuran. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali tuang beberapa titis minyak zaitun. 

Salsa ini sedap dimakan bersama nasi beriani atau pun makan bersama sandwish.