Friday, December 21, 2012

Kari Ketam + Udang

Saya yang mak saya kenal adalah seorang yang ringkas dalam bab memasak..kalau boleh nak masak dengan cara paling mudah..ikut short cut katanya..hari ni saya nak kongsi resepi kari ketam + udang tanpa santan dengan cara paling mudah..rasa pun sedap..kurang kolestrol pulak tu..

Bahan-bahan :

2 ekor ketam dibelah dua
6 ekor udang
2 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
6 biji cili padi
1 sb halba campur
1 tangkai daun kari
1 biji ubi kentang dibelah 8 (nanas pun boleh)
1 biji tomato
2 sb serbuk kari ketam
1 sb serbuk jintan putih
1 st serbuk kunyit
2 st garam
2 cawan air
3 sb minyak masak

Cara-cara :

Satukan semua bahan ke dalam periuk/kuali kecuali udang..masak dengan api sederhana sehingga ubi empuk..jika kuah makin kering boleh tambah air sedikit lagi..masukkan udang dan masak lagi sehingga mendidih..jangan masak terlalu lama kerana udang akan menjadi keras..siap! Senangkan..selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment