Resepi nasi kesyuri saya pernah post dalam entri sebelum ni DISINI..nasi yang menjadi kegemaran kami sekeluarga..tapi tak boleh makan selalu kerana kolestrolnya agak tinggi..nasi yang diperasakan terlebih dahulu ini saya sediakan bersama udang goreng masala..
Udang goreng masala ini juga antara salah satu resepi orang Bangladesh yang menjadi kegemaran saya..seperti biasa caranya sangat mudah..resepinya sangat ringkas..dan rasanya sangat sedap dan tidak mengecewakan..
Saya masak nasi kesyuri dan udang goreng masala ni tidak sampai 30 minit pun..memang sangat mudah..jika mahu kelainan dalam hidangan saya kira hidangan ini sangat tepat..
Bahan-bahan:
12 ekor udang sederhana
1 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris
12 biji cili padi
1 biji terung panjang dihiris nipis kecil2
2 st serbuk kunyit
2 st serbuk jintan putih
1 st jintan putih biji
1 st garam
Cara-cara:
Masukkan semua bahan kecuali udang kedalam bekas..panaskan minyak masak di dalam kuali..kemudian masukkan bahan tadi dan goreng sehingga bawang dan terung menjadi satu dan layu serta hampir hancur..saya kira goreng dalam 15 minit..baru boleh masukkan udang..kacau sebati sehingga udang cukup2 masak..siap! Boleh dihidang dan dimakan bersama nasi kesyuri..selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment