Saturday, March 4, 2017

Resepi Salsa Sedap


Bahan-bahan :

2 biji tomato
1 biji cili hidup (merah)
4 biji cili padi (hijau)
2 biji cili padi (merah)
1 biji bawang sederhana besar
Daun ketumbar
Garam kristal
Gula
Minyak zaitun

Cara-cara :

Hiris dadu semua bahan-bahan sayuran. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali tuang beberapa titis minyak zaitun. 

Salsa ini sedap dimakan bersama nasi beriani atau pun makan bersama sandwish.

Sunday, February 26, 2017

Pantai Klebang, Melaka

Seronok dapat luangkan masa berkualiti dengan Habib & Nuha. 
Mama bagi chance main air sampai basah seluar dan kain. 


Tempat ni sangat sesuai untuk riadah dan berkelah bersama keluarga terutama dengan anak-anak kecil. Banyak aktiviti menarik yang boleh anak-anak sertai. 

Dan paling bestvpada saya adalah Car Boot Salenya. Banyak sangat barang-barang jualan dijual dengan hargabyang betul-betul murah. Saya tak membeli sangat pun sebab tak ada yang perlu. Saya bagi chance pada anak-anak beli apa saja mereka mahu. 

Sebelum balik, sempat beli kudapan untuk makan dalam kereta nanti. Kerepek Pisang Tanduk dan Pisang Nangka menjadi pilihan untuk buat stok di rumah. 

Resepi Viral : Ayam Masak Bali


Resepi simple ja. InsyaAllah sedap 👍

Goreng ayam ketepikan. (5 ketul ayam)

Guna kuali dan minyak yang sama, tumis bahan-bahan ini.

- 6 batang serai diketuk
- 2 tangkai daun kari

Goreng sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan-bahan di bawah.

- 5 labu bawang besar diblend.
- 8 ulas bawang putih diblend.
- 2 sb cili kering (rebus & blend).

Tumis sehingga garing & pecah minyak. Pastikan api sederhana kecil. Tymis biar lama sedikit sehingga cili benar-benar masak.

Kemudian, masukkan garam & gula secukup rasa.

Titiskan kicap manis sehingga tumisan bertukar ke warna maroon. 

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. 

Siap! 

Saturday, February 25, 2017

Catatan : Keluarga Harmoni oleh Ust Shamsul Debat


KELUARGA HARMONI

Imun - kebal dari segala maksiat
Aman - tenteram/bahagian
Amin - 

.

Bismillah!
Dengan nama Allah dengan hati.
Niat kerana Allah.

1. Mengamalkan cara hidup Islam.

2. Kenal pasangan.

3. Tidak ada pasangan yang suka dibandingkan dengna orang lain. 

Nikah sebab apa?

Kerana Allah.
Memenuhi tuntutan naluri manusia. 
Berkasih sayang.

.

SUAMI ISTERI

-Akhlak yang baik-Panggilan mesra
-Menjaga/mengawal maruah
-Menegakkan rumahtangga yang Islamik
-Meningkatkan ibadah kepada Allah
-Melahirkan anak-anak yang soleh

.

ADA 3 JENIS RUMAHTANGGA

-panggung wayang
-restoran 5 bintang
-hotel 5 bintang

"Solat membentuk keluarga harmoni."

Solat Subuh.
Berjemaah subuh dengan keluarga.
Kunci untuk ubah keluarga ke arah kebaikan. 

Mulakan hari dengan Subuh. 
Mandi 
Wuduk
Solat sama-sama

"Jaga hubungan dengan Allah. 
Hubungan dengan manusia akan terjaga."

TUGAS SUAMI
-isteri itu ujian (Didik isteri)

TUGAS ISTERI
-utamakan tempat isteri berada di rumah
-usah berhias diluar
-CEO rumahtangga
-usah melepak dengan jiran
-menyenangkan bila dilihat suami
-memelihara kehormatan diri ketika suami tiada
-jangan tinggikan suara pada suami
-mendahulukan hak suami
-menerima dengan ikhlas pemberian suami
-mendorong suami mencari rezeki yang halal
-sopan dengan kawan-kawan suami
-jangan terlalu mesra dengan kawan-kawan suami
-memperdalam ilmu agama
-taat
-komunikasi yang baik dengan suami
-terima teguran suami
-sabar
-bersyukur
-elakkan diri dari fitnah

Wallahu 'alam bi sowab.
Catatan peribadi.

Ceramah Ust Shamsul Debat
Surau An-Najihin
26/2/2017


Ikan Cencaru Goreng Belah Belakang


Resepi mudah ini menggunakan sambal belacan yang saya buat tempohari. Semak post sebelum ini (older post) untuk sambal belacan yang simple dan sedap. 

1 ekor ikan cencaru. (Dibelah belakang)
1 biji bawang besar hiris nipis.
2 sk sambal belacan.
Garam.
Serbuk kunyit. 

Satukan sambal belacan dan bawang besar. 

Gaul ikan cencaru dengan serbuk kunyit dan garam. 

Sumbat campuran sambal tadi ke dalan badan ikan. 

Goreng.

Siap! 

Boleh makan bersama nasi dan kari ikan. Ikan cencaru juga sedap dibakar. 

Selamat Mencuba! 


Kangkung Goreng Belacan.


Resepi kangkung goreng belacan ini menggunakan sambal belacan yang saya buat tempohari. Semak post sebelum ini (older post) untuk resepi sambal belacan yang simple dan sedap.

1 ikat kangkung (saya ambil daunnya sahaja)
3 ulas bawang putih hiris
1 biji bawang merah hiris.
1/4 kiub pati ikan bilis.
1 sb sambal belacan.
Sedikit garam

Tumis bawang merah dan bawang putih.
Masukkan sambal belacan.
Masukkan kangkung.
Masukkan pati ikan bilis.
Perasakan sedikit garam. 
Goreng sampai kangkung layu.
Siap

Semak newer post untuk melihat resepi kain menggunakan sambal belacan yang sama. 

Selamat Mencuba. 

Sambal Belacan


Sambal belacan ni sangat mudah. Semua orang pandai buat. Tapi versi saya tersangatlah mudah.

3 biji cili merah hidup
5 biji cili padi
1 sk asam jawa extra Adabi
Sedikit belacan
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit air panas.

Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sehingga dapat texture yang kita suka. Siap!

Selain pelengkap hidangan, sambal belacan boleh digunakan atau dimasukkan ke dalam masakan. Semak post baru (newer post) untuk cadangan masakan menggunakan sambal belacan yang sama. 

Selamat Mencuba!