Wednesday, October 19, 2016

Restu Suami

Restu Suami.

Saya pernah jual beg Kippling.
Suami tak beri izin.
Tak menjadi.

Saya buat muruku sendiri.
Suami buat tak peduli.
Tak menjadi.

Saya buka kedai kerepek.
Suami izin walau separuh hati.
Tak menjadi.

Saya buat rempeyek pula.
Conflakes madu dan mazola.
Suami tak berapa suka.
Tak jadi juga. 

Kali ni saya tanya betul-betul.
Saya minta izin.
Saya tak boleh duduk diam.
Idea saya banyak.
Kadang nak hadam sampai demam. 
Saya nak buat bisnes sendiri. 
Saya nak bina syarikat yang anak-anak saya boleh warisi.
Saya janji dengan dia bisnes kali ni tak perlu masak memasak.
Saya janji bisnes kali ni boleh delagate.
Saya janji bisnes kali ni 0 modal. 
Saya akan guna apa yang ada. 
Dan akhirnya...
Dia izin.
Dia beri izin.
Malah dia bantu saya.
Dia call beberapa rakan/supplier.
Dia call beberapa tawkey kedai.
Dia call agen produk makanan terbesar. 
Alhamdulillah. 
Semuanya nampak jalan. 
Semuanya dipermudahkan.

Selama ni saya ingat 
Saya usaha saya boleh dapat. 
Saya usaha saya boleh berjaya. 
Saya belakangkan dia sebab ini bisnes saya.
Dia buat bisnes dia.
Saya buat bisnes saya.
Saya fikir saya ada Allah. 
Allah boleh bantu saya.

Rupanya tak. 
Allah dah cakap.
Redha suami, redha Allah.
Suami tak redha Allah pun tak redha.
Sejauh mana pun kita (isteri) nak pergi, 
Restu suami tu sangat-sangat penting. 
Tanpa restu dia tak ke mana pun kita. 

Surihati Mr Farmer.