Monday, December 17, 2012

Aidiladha 2012 di Bangladesh..

Dah nak masuk tahun 2013 dah pun.. Baru nak update kat blog..haha..tak apa yang paling penting kenangan..bukan tarikh post..betul tak..sebenarnya saya sempat bergambar dengan memakai sari milik adik ipar tapi gambar tak tutup aurat jadi tak boleh la nak upload..hihi..en suami kata saya nampak macam peramugari..hahaha..perli la tuh..

Apa yang menariknya Aidiladha disini suasananya sangat meriah..budaya kunjung mengunjung kerumah jiran dan sanak saudara jugak berlarutan sehingga seminggu selepas raya..semua orang pakai baju baru..sedekah duit dan hadiah dan mohon ampun sesama sendiri saling tak tumpah macam Audilfitri di Malaysia..rasanya setiap rumah menjalankan ibadah korban..walau kebanyakkan mereka cuma berkerja kampung sahaja tetapi sedikitpun tak kedekut untuk menjalankan ibadah ini..tahun ini en suami cuma dapat korbankan hanya 1 bahagian lembu sahaja..Alhamdulillah..

Pada malam sebelum raya..anak2 buah saya sempat menconteng inai di jari dan tangan saya serta makcik2 mereka yg lain..kakak dan adik ipar pula sibuk siapkan bahan untuk masak daging esoknya..meriah sungguh..walau mereka kurang fasih berbahasa Inggeris..kami masing2 faham tugas masing2 dan buat apa yang perlu tanpa disuruh..kadang2 anak buah saya jadi translator..

Ini sebahagian dari keluarga saya..ya mereka keluarga saya..kadang rasa rindu nak pulang ke sana kerana kasih sayang dan layanannya begitu ikhlas dan masih terasa hingga kini..

Enjoy the pictures!

No comments:

Post a Comment