Parenting Tips

FAHAMI ANAK ANDA

Assalammualaikum & salam sejahtera..
Untuk pengetahuan anda, anak anda tidak dapat berfikir secara
matang atau rasional selagi umur mereka tidak menjangkau 20-an.
Ini kerana bahagian hadapan kortex di otak anak anda yang berfungsi
untuk membantu manusia berfikir secara rasional dan matang tidak
membesar dengan sepenuhnya sehingga mereka berumur 20-an.
Jadi, tugas ibu bapa adalah untuk memahami apa yang anak mereka
fikirkan dan bimbing mereka untuk melakukan perkara yang tepat
dan betul. Jadi, ibu bapa di galakkan untuk sentiasa berinteraksi
dengan anak-anak mereka supaya mereka faham apa yang tersirat
di sebalik pemikiran anak mereka.
Katakan anak anda berminat untuk bermain bola, anda perlu berikan
sokongan penuh walaupun anak anda tidak hebat dalam bersukan.
Anak-anak memang suka bermain, asalkan ia dapat memenuhkan impian
mereka, mereka akan lakukannya.
Ramai remaja yang minat untuk belajar bermain gitar kerana menganggap
ia sesuatu yang perlu, sedangkan ia tidak. Ibu bapa patut selalu ada
untuk menjawab semua persoalaan atau kekeliruan yang ada pada anak-anak mereka.
Berikut adalah apa yang selalunya berlaku pada anak-anak anda mengikut umur:-
-------------------------
Umur 1 hingga 3 tahun.
-------------------------
Ketika ini anak anda memang tidak mampu untuk melakukan sebarang
keputusaan dan mungkin ia adalah waktu paling leceh untuk anda
menjaga mereka. Menangis adalah pekerjaan utama mereka pada
ketika ini. Ibu bapa perlu sentiasa tahu apa kemahuan si kecil ini
terutamanya masa mereka ingin bermain, makan, tidur dan buang air kecil.
Anda perlu konsisten meramal kemahuan si kecil ini.
-------------------------
Umur 3 hingga 5 tahun.
-------------------------
Ketika ini anak anda selalunya sudah mula berfikir untuk kemahuan
diri mereka. Mereka akan mendapat mimpi yang menakutkan, mereka
sudah ada rasa takut, ceria dan sedih. Pada ketika ini, mereka
mula ingin mempelajari perkara yang kompleks. Anda perlu menjawab
setiap soalan yang mereka tanya dengan bijak.
Pada ketika ini juga, anak anda sudah mula ingin mempelajari sesuatu
dan berkomunikasi dengan manusia lain. Bimbing anak anda untuk
berkomunikasi dengan sopan dan tertib. Sentiasa bermain permainan
dengan anak anda untuk meningkatkan daya pemikiran mereka.
Jadi, fahamilah anak anda, agar mereka dapat membesar dengan lebih
baik dan sempurna.
Sekian, yang ikhlas
Suhaila Abu Kassim
http://www.didikanak.com/



4 KATEGORI IBU BAPA

----------------------------
#1: Tidak peduli.
----------------------------
Ibu bapa yang berada di dalam kategori ini selalunya tidak peduli
dan tidak langsung memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka.
Asalkan mereka hidup, cukuplah. Ia memang banyak terjadi sekarang
dan sememangnya ibu bapa yang mempunyai sikap ini mempunyai anak
yang berperangai liar.
----------------------------
#2: Tegas
----------------------------
Ibu bapa di dalam kategori adalah sangat tegas dengan anak-anak mereka.
Mereka mempunyai set pantang-larang yang perlu di ikuti oleh anak-anak
mereka. Semua anak-anak perlu mengikut perancangan yang di peruntukkan
oleh mereka. Mereka jarang bermanja dengan anak-anak mereka.
----------------------------
#3: Manja.
----------------------------
Ibu bapa yang berada di dalam kategori ini selalunya tidak terlalu
tegas kepada anak-anaknya. Anak-anak selalu di beri kebebasan untuk
melakukan apa sahaja yang mereka suka.
----------------------------
#4: Seimbang.
----------------------------
Ini adalah golongan ibu bapa yang ideal. Mereka tidak terlalu garang
dan juga tidak terlalu memberi ruang kepada anak-anak mereka.
Kebanyakan manusia genius di dunia membesar dengan keluarga sebegini.
Ibu bapa dalam golongan seperti memahami apa yang anak mereka mahukan.
Keluarga mereka adalah keluarga bahagia.

Kadang-kadang kita terlalu terikut-ikut dengan gaya ibu bapa kita
semasa kecil. Kita juga terlalu terikut-ikut dengan keadaan sekeliling.
Namun, semuanya bergantung kepada kita. Anak akan jadi yang terbaik,
jika didikan kita betul.

Jadilah ibu bapa yang lebih baik dari semalam.
Sekian untuk tips hari ini... :)

Yang Benar
Suhaila Abu Kassim
www.didikanak.com



JAGA KELAKUAN ANDA

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Tahukah anda? Anak-anak sentiasa menganggap tindakan yang di
lakukan oleh ibu-bapa adalah yang terbaik dan betul.

Mereka akan sentiasa terikut-iktut apa yang ibu bapa mereka lakukan.
Oleh itu jagalah kelakuan anda kerana ia amat penting dalam
mendidik anak-anak anda.

Jika anda perhatikan kebanyakan ibu bapa dan mungkin anda sendiri,
akan melakukan perkara yang sama apa yang ibu bapa anda lakukan
pada anda.

Ketika kecil anda mungkin akan di rotan kerana melakukan kesalahan.
Ibu bapa anda juga mungkin seorang yang tegas, baik dan bijak.

Namun, lebih elok jika anda mendidik anak anda, dengan cara yang
tersendiri. Ini kerana anda lebih mengenali anak anda berbanding
orang lain.

Sejak anak anda kecil, mereka akan sentiasa mengikuti apa yang
anda lakukan. Cara anda bercakap, cara anda menyelesaikan sesuatu
masalah, cara anda bercakap dengan ibu bapa anda.

Semuanya mereka akan jadikan sebagai panduan dalam kehidupan mereka.
Oleh itu, sentiasalah menjaga kelakuan anda di hadapan anak-anak anda.

Kelakuan & tingkah laku anda, adalah merupakan sumber pembelajaran
utama bagi anak-anak anda.

Yang Benar
Suhaila Abu Kassim
www.didikanak.com



4 CARA MEMBINA HUBUNGAN

Assalammualaikum & salam sejahtera..

Hari ini saya ingin berkongsikan 4 cara membina hubungan mesra
dengan anak-anak anda.

--------------------------------------------
Sentiasa peluk dan cium anak anda.
--------------------------------------------
Sentiasa peluk dan cium anak anda sejak kecil lagi. Ia akan
membentuk satu hubungan yang sangat hebat antara anda dan anak anda.
Pelukan akan memberi satu perasaan perlindungan kepada anak anda.
Anak anda akan lebih yakin kerana dia percaya, dia ada perlindungan
dari anda. Ciuman pula akan membentuk satu hubungan kasih sayang
antara anda dan anak anda.

--------------------------------------------
Simpan rahsia anak anda.
--------------------------------------------
Kadang-kadang anak anda ingin perhatian dari anda dan mereka akan
menceritakan sesuatu yang peribadi kepada anda seperti teman wanita
atau lelaki idaman mereka, atau mungkin juga masalah rakan-rakan.
Jika mereka bercakap sesuatu yang peribadi kepada anda, mereka
sebenarnya mahukan anda rahsiakannya dari adik beradik yang lain.
Maka, eloklah anda rahsiakannya.

--------------------------------------------
Jangan mengutuk kelemahan anak anda.
--------------------------------------------
Jangan banding-bandingkan antara anak anda dengan anak anda yang
lain. Jangan juga bandingkan antara anak anda dengan kanak-kanak
yang lain. Anak-anak menganggap anda adalah pelindung besar mereka.
Jika anda mula tidak menyokong mereka, anda akan hilang hormat
dari mereka.

--------------------------------------------
Beri perhatian jika anak-anak bercakap dengan anda.
--------------------------------------------
Pastikan anda melihat mata anak anda ketika anda berkata dengan mereka.
Anak-anak sangat suka mengadu, jadi layan sahaja aduan mereka
dengan penuh kasih sayang. Setiap kali anda mendengar aduan dari
mereka, mereka akan semakin rapat dengan anda.

Sekian, semoga tips hari ini dapat membantu anda mengeratkan
lagi hubungan anda dengan anak-anak anda.

Yang Ikhlas
Suhaila Abu Kassim
www.didikanak.com