Monday, November 21, 2016

Kedai Jeruk di Mydin Semenyih Untuk Diambil Alih

1 unit lot kedai untuk diambil alih di Mydin Semenyih. Kedai masih beroperasi. 

Kedai jeruk dan buah potong. 
Ada shutter door.
Ada rak display.
1 unit chiller buah potong berserta tray. 
1 unit tong ais.
Dan semua peralatan yang ada.

Sesuai untuk perniagaan pelbagai jenis buah potong, rojak buah, jus buah-buahan, asam dan kacang. 
Boleh jual kuih raya dan kerepek sebab ada ruang display yang luas. 

Sewa RM3000 + 6% gst. (Boleh discuss dengan management untuk turunkan sewa)

Harga nak let go : RM 20000 (boleh nego sampai let go)

Kondisi : Masih kukuh. Masih elok. Terus run bisnes macam biasa. 

Sebab nak let go : Pekerja mahir perlu dihantar pulang sebab tak boleh renew permit. Owner tinggal di Melaka. 

Nota : Hanya perlu tukar nama syarikat pada agreement dan lesen Majlis Perbandaran Kajang. 

Jika berminat boleh hubungi saya di talian 019 6241421
Sekian.


Wednesday, October 19, 2016

Restu Suami

Restu Suami.

Saya pernah jual beg Kippling.
Suami tak beri izin.
Tak menjadi.

Saya buat muruku sendiri.
Suami buat tak peduli.
Tak menjadi.

Saya buka kedai kerepek.
Suami izin walau separuh hati.
Tak menjadi.

Saya buat rempeyek pula.
Conflakes madu dan mazola.
Suami tak berapa suka.
Tak jadi juga. 

Kali ni saya tanya betul-betul.
Saya minta izin.
Saya tak boleh duduk diam.
Idea saya banyak.
Kadang nak hadam sampai demam. 
Saya nak buat bisnes sendiri. 
Saya nak bina syarikat yang anak-anak saya boleh warisi.
Saya janji dengan dia bisnes kali ni tak perlu masak memasak.
Saya janji bisnes kali ni boleh delagate.
Saya janji bisnes kali ni 0 modal. 
Saya akan guna apa yang ada. 
Dan akhirnya...
Dia izin.
Dia beri izin.
Malah dia bantu saya.
Dia call beberapa rakan/supplier.
Dia call beberapa tawkey kedai.
Dia call agen produk makanan terbesar. 
Alhamdulillah. 
Semuanya nampak jalan. 
Semuanya dipermudahkan.

Selama ni saya ingat 
Saya usaha saya boleh dapat. 
Saya usaha saya boleh berjaya. 
Saya belakangkan dia sebab ini bisnes saya.
Dia buat bisnes dia.
Saya buat bisnes saya.
Saya fikir saya ada Allah. 
Allah boleh bantu saya.

Rupanya tak. 
Allah dah cakap.
Redha suami, redha Allah.
Suami tak redha Allah pun tak redha.
Sejauh mana pun kita (isteri) nak pergi, 
Restu suami tu sangat-sangat penting. 
Tanpa restu dia tak ke mana pun kita. 

Surihati Mr Farmer.



Sunday, July 3, 2016

Sentap



Tolong jangan balik raya boleh tak? 😬 kenapa nak sentap2. Orang yang tanya tu curios nak tahu ja. Bagitau ja lah. 

Bila nak kahwin? 
"Aih jodoh lambat nau..makcik tolong la doakan..mana tau doa makcik lagi makbul dari saya!" 

Bila nak dapat anak?
"Belum ada lagi..makcik tolong la doakan..mana tau doa makcik lagi makbul dari saya!" 

Laki orang mana? 😬
(Dah tau dah laki kita Bangla dia tanya lagi)
Dia orang Bangladesh. 

Macamana boleh kenal?
Hehe..jodoh.. Pernah pi sana dak? Kat sana depa makan nasi tak? 😬
Bagitau la A-Z.. 

Tak payah sentap2. Orang yang sentap2 ni tak ada keyakinan diri sebenarnya. Jangan beri sesaat pun hidup kita kat orang lain. Kalau dah suka sentap ni maknanya hidup kita ada kat tangan orang la. Orang tu boleh sesuka hati kacau bilau kan hidup kita. Kesian.

Baby baru lahir faham2 la kalau nak sentuh kena bersih la kan.. Tapi budak2 kalau jatuh sakit demam, selsema or batuk jangan salahkan anak orang lain. Anak kita sakit sebab emosi dia tak kuat. Emosi tak kuat antibodi pun tak kuat. Sebab apa? Sebab hang dok marah anak selalu. Sebab tu antibodi dia tak kuat bukan salah orang salahkan diri sendiri. 



Monday, June 27, 2016

Corus Paradise Hotel 2016

Minta maaf la gambar lama tak tak lepas-lepas nak upload, dok jadi draft sampai terlupa nak retry publish. Haih. Tak apa kan asalkan ada entry untuk kenangan masa depan. 

Tengok muka anak-anak ni rasa macam cepat nau depa ni membesar. Makin besar makin banyak akal. Makin besar makin adventure sampai tak terkejar mamanya. 

Oklah enjoy gambar. Ada banyak tempat lagi ni tak upload lagi.







TRAUMA

Korang ada tak kenangan masa kecil2 yang korang tak boleh lupakan?
Saya pun ada.

Dalam banyak2 tu ada satu peristiwa atau memori yang sangat membuatkan darah saya mendidih. Saya tak tau nak buat macamana? Saya berdoa selalu agar ia tidak menjadi dendam. Saya buat solat hajat dan juga taubat. Saya selalu minta Allah lembutkan hati saya agar saya lupakan peristiwa lalu.

Waktu tu umur saya dalam lingkungan 6-7 tahun.
Saya tak ingat keseluruhan peristiwa tapi yang selalu terngiang-ngiang di kepala saya adalah imej arwah maktok saya yang dalam posisi duduk sambil kakinya diluruskan kedepan. Arwah dimaki hamun oleh seseorang sampai dari keadaan duduk terus terlentang ke belakang. Betapa kecewanya dia. Wajah arwah ketika itu tak mungkin dapat saya lupakan. Saya turut rasa sakit yang sama.

Satu lagi imej adalah di rumah yang sama pada waktu kejadian yang sama (malam) sepupu saya yang lebih tua membawa saya ke tingkat atas. Kami menangis. Sepupu saya juga menekup telinga saya supaya tak dengar perkelahian tersebut. Tapi saya dengar dengan jelas dan suara-suara bengis serta bait-bait kata itu terngiang-ngiang sampai sekarang. Saya juga dengar suara ayah bertikam lidah kembali demi mempertahankan ibunya. Saya dengar semua.

Ada lagi imej yang kerap bertandang adalah ketika arwah maktok saya sakit tenat. Saya tak pasti ia terjadi pada waktu yang sama atau berlainan. Waktu itu malam juga. Tapi yang pasti kesihatan arwah merosot sejak peristiwa itu. Doktor terpaksa di panggil datang ke rumah. Dalam diam saya berdoa di tangga agar Allah selamatkan maktok. Saya tak berani nak pergi dekat maktok. Kaki saya kaku.

Kenangan itu tak habis disitu kerana anak Doktor tersebut rupanya menjadi rakan sekelas saya. Setiap kali saya lihat Khuzaimah saya akan teringat kejadian itu.

Terbaru.
Saya dan Khuzaimah bertemu di Group Whatsapp Sekolah. Hati saya seolah ditoreh kerana sebelum ini saya boleh buat-buat lupa tapi sekarang kenangan lama datang mengusik hati yang kotor ini. Apa yang perlu saya buat? Hanya Allah saja yang memahami.

Sejak peristiwa tersebut saya jadi trauma. Saya tak ingin langsung berbaik dengan pelaku berkenaan. Seingat saya, sejak peristiwa tersebut saya tak pernah bersalaman dengannya walau hati bersih saya meminta untuk menjalinkan hubungan baik kembali. Moga Allah ampunkan saya. Apa yang perlu saya buat? Saya hanya mangsa keadaan.

Ramadhan ini, saya berharap dapat move on walau saya tahu saya masih tak dapat melupakannya. Saya juga selalu berdoa moga Allah bahagiakan arwah disana setelah apa yang dilaluinya didunia. Moga Allah ampunkan segala dosa arwah dan tempatkannya di kalangan orang-orang yang soleh. Saya tak pernah melawat pusara arwah sejak hari pengkebumiannya tetapi saya sering merasa yang arwah dekat dengan saya.

Untuk si pelaku, moga Allah tunjukkan kau ke jalan yang benar. Lihatlah apa yang kau dah buat kerana tak ada ubat yang boleh merawat luka trauma.




Friday, June 17, 2016

Nadi


Fuhh. Bergenang air mata bila teringat balik. 

Umur 5-6 tahun saya pernah berjaga dengan Mak dan ayah jual nasi berlauk pukul 2 pagi masa bulan puasa waktu orang kilang balik kerja. Letak meja ja dalam pagar rumah. Orang kilang turun ja dari bas berderu masuk sampai tak cukup ruang. 

Masa sekolah rendah saya pernah jual tikam 10-20 sen. Buat sendiri kertas tikam tampal pada manila kad. Hadiah tikam kebanyakkannya dari mainan terpakai milik saya dan adik2. Hadiah utama wang RM1. Huhu..

Dalam masa yang sama juga saya buat sendiri asam jawa bergula. Saya gentel asam jawa Mak bulat2 macam guli kemudian gaul dalam gula dan balut dengan plastik. Jual pada kawan.

Setiap kali cuti sekolah saya akan balik tinggal di kampung dengan arwah Maktok dan Makcik. Saya bantu buat semua kerja dalam dan luar rumah dan saya dapat upah. Biasanya sangat lumayan. 

Sepanjang Ramadhan saya akan bantu Mak buat kuih raya. Seingat saya upah paling mahal saya dapat masa umur saya 11 tahun iaitu sebanyak RM100. Untung Mak beribu2 waktu tu. 

Saya dan sepupu juga pernah jual rojak buah dan laksa di Pantai Bersih. Umur 11-12 tahun masa tu. Ramai pelanggan datang beli. Seronok sangat rasa macam main masak2 dan main jual2 pula.

Masuk sekolah menengah dah tak ada aktiviti jualan sebab tinggal di asrama. Tapi ada sekali saya dan Makcik saya yang sama sekolah jual kacang dan asam kering dipek kecil2 50 sen satu. Kami bawa beg plastik besar penuh barang jual dari bilik ke bilik.

Tamat pengajian di Kolej hari Jumaat, hari Isnin saya masuk kerja sebagai Sales Trainee (sales girl) di KL. Tak menganggur. Saya jual barang dari meja ke meja, restoran, kedai, pejabat semua tempat saya masuk. Jumpa semua orang dari orang bawahan yang kerek sampai orang atasan yang sangat cool.  Kerja tak glamor tapi pengalaman tu sangat berharga dan ia telah mengubah jati diri saya. 

Berhenti dari situ saya berkerja di call centre. Walaupun tak ada aktiviti jual beli tapi pengalaman disitu menjadikan saya seorang yang berhemah apabila berdepan dengan masalah. Ia juga banyak membentuk diri saya dan cara saya berkomunikasi dengan orang lain. 

Kemudian saya kerja jual kain dalam shopping kompleks di KL juga. Gaji ada basic dan komisyen. Dalam masa yang sama saya di upah oleh boss untuk susun semula ayat BM kitab Baduizzaman Said Nursi asalnya bahasa Turki yang telah di translate dari BI ke BM. Lumayan juga upahnya. Minat saya dengan penulisan bercambah dari situ. 

Akhir sekali saya berkerja di Kedai sendiri jual Jeruk sampailah sekarang. Saya tak ada ilmu dalam perniagaan. Tapi jiwa raga dan minda saya telah di set sebagai seorang usahawan sejak kecil lagi. Saya ada minat yang berkobar2 dan pengalaman yang teramat bernilai harganya.




Saturday, May 7, 2016

Redha

Assalamualaikum..

Beberapa hari ni saya bersemangat lain macam ja..saya bersiaran dari rumah saja setelah Kedai Haras saya berpindah. Saya banyak spent masa dengan anak2 dan buat kerja rumah. Kerja office pun tak ada yang tertangguh melainkan yang di luar bidang saya. 

Untuk makluman kawan2, saya terpaksa pindah ke permis yang lain disebabkan hasil jualan yang sangat tidak memuaskan dan tak berbaloi dengan sewa bulanan. Jadi kami decided pindah ke permis yang lebih murah sewanya. Kami dapat jimat banyak dengan berbuat demikian tapi banyak yang rugi juga.

Yang ruginya proses untuk dapatkan sijil Mesti dan sijil Halal untuk produk Asam Boi jadi tertangguh sebab syaratnya perlu ada permis Kedai. Walaupun itu hanya pengiktirafan sahaja sedang kan produk kami 100% Halal, tapi kami sangat2 perlukan pengiktirafan tersebut untuk maju ke depan dan masuk pasaran 'Budak Besar'. Rasa ralat juga. Tapi InsyaAllah saya sendiri tak akan mengalah dan berputus asa. Saya tak akan berhenti untuk mencuba lagi. Mana tahu dalam masa terdekat, kami dapat kumpul modal yang kami telah jimat tadi untuk beli unit shoplot sendiri. Siapa tahu kan. Kita plan lagu lain. Allah punya plan lagi baik. 

Ada hari kita macam buat apa pun tak jadi. Ada hari lain pulak apa yang kita pegang semuanya menjadi. Macam tu lah saya rasa sekarang. Beberapa hari ni hidup rasa smooth ja berbanding hari2 yang lepas. Lapang ja hati dan fikiran. Saya yakin saya dapat perasaan tenang macam hari ni sebab saya redha. Saya tak mengeluh langsung. Berbeza sangat dengan saya yang dulu. Apa yang jadi, jadi lah..saya cuma buat apa yang perlu saya buat. En suami macam stress sikit. Ye lah nak pindah kan stor ingat mudah ke? Walaupun Stor tak besar mana tapi barang2 dan perkakas yang ada dah serupa kilang. Nak cari permis lain lagi. Deposit permis baru lagi. Bukan sikit tau. Yang lama pun belum dapat balik.  Semuanya kena fikir. Tapi saya sangat cool. Alhamdulillah saya boleh cool. Follow the flow ja. Kemana arah hidup ni bawa, ikut sahaja selagi tidak langgar hukum syarak. Saya pujuk en suami. "It's Okey! It's all right! All good thing..all good thing.." Haaa gitu..

Saya pernah kenal dengan orang yang nak jaga nama tapi poket syarikat koyak rabak. Bila dah jadi macam tu nak berdiri balik sangat susah. Mana2 bisnes pun cashflow tak boleh tercekik. Cashflow mesti aktif untuk survive. Kalau dah rasa nak tercekik cepat2 selamat kan diri. Dan saya bersyukur saya kenal beliau. Dari pengalaman beliau lah saya buat keputusan macam ni. Ya SAYA! Bukan KAMI..sebab saya yang mendesak en suami suruh pindah. Kalau boleh en suami nak tunggu sampai lepas raya tapi saya dah nampak jalan lain. Saya dah istiqarah. Saya yakin dengan keputusan tersebut. Mungkin sebab tu lah saya boleh cool. 

" tu lah..nak kaya lebih, cukup lah apa yang ada.." Mendatar ja suara..

Lebih kurang macam ni lah kata2 yang saya dengar dan saya tak pernah expect ia keluar dari mulut orang yang dekat dengan saya. 

Orang bisnes bukan jenis orang duduk diam. Orang bisnes tak pernah selesa dengan kedudukan dia. Ni bukan nak cakap besar. Tanyalah mana2 orang bisnes pun. Dia akan gali lubang lain pulak kalau bisnes pertama dah stabil. Bukan sebab nak kaya lagi atau tak cukup kaya malah bukan juga sebab tak reti bersyukur. Fe'elnya  memang macam tu. Tengok saja Jutawan Terlajak Laris tu. Dah ada Dherbs, jual baju pulak. Lepas tu jual buku. Taja sana sini. Dengar kata nak buat resort pulak. Tak pun tengok IG founder Bella Ammara. Dah jual baju, jual tudung, jual kosmetik now nak buat katering pulak. Seronok tau! Orang bisnes ni tak pernah duduk diam. Macam tu lah tempiasnya semangat ke kami ni. Dah jual Jeruk, jual sayur nak jugak cuba jual kuih raya. Tapi plan tak menjadi so selamat kan cashflow dulu. Cashflow tu ibarat cangkul. Ia boleh digunakan untuk gali lubang ataupun tetak leher sendiri. Muahaha. Sebab tu cashflow kena jaga. Nak gali lubang tak boleh hutang2. Macamana susah pun tak boleh guna modal hutang sebabnya kalau tak menjadi, lubang tu akan jadi lubang kubur diri sendiri.  Seriously!! 

Hari ni dan hari2 akan datang saya bersyukur dengan kurniaanNya. Ada suami yang bertanggungjawab, ada anak2 penawar suka duka dan mak ayah yang sentiasa mendoakan..so apa lagi yang saya nak harapkan. Saya dah belajar banyak benda. Susah, payah, perit, jerih kami suami isteri akan bersatu lawan semua tu. Kalau dulu ada masalah sikit kami akan gaduh sebab masing2 stress. Tapi bukan lagi sekarang. Kami sangat2 matang. Orang cakap suami isteri tak boleh bisnes sama2. Salah. Ada rahsia dan petua nanti saya cerita kemudian.

Ok cukup lah coretan hari ni. Kuncinya redha, tenang, sedar diri, tegas dengan keputusan, pedulikan pandangan orang, bertindak cepat, sentiasa bersemangat dan tidak berputus asa. Relax la Allah kan ada! 


Wednesday, May 4, 2016

Mesin Muruku Terpakai Untuk Dijual


Item : 1 unit Mesin Muruku berserta 1 unit kuali dan 1 unit tungku dapur sahaja (Tidak termasuk tong gas

Warna : Hijau (seperti dalam gambar di atas)

Tahun Beli : 2015

Harga beli : RM5000++ (boleh rujuk resit)

Harga nak let go : RM 3500 (boleh nego sampai let go)

Kondisi : Masih kukuh. Masih elok. 

Sebab nak let go : Dah tak nak guna dan tak ada tempat nak simpan.
 
Ini ialah mesin muruku yang sedikit canggih tapi masih lagi mengunakan tenaga manusia untuk sambut dan bentukkan adunan terus ke dalam kuali. Ia sangat sesuai untuk pengeluar muruku tegar. Tak perlu tekan adunan dengan tangan lagi.

Nota : pengangkutan sendiri.
Lokasi : Shah Alam.

Jika berminat boleh whatsapp saya di talian 019-6781421
Sekian.


Sunday, April 24, 2016

Kiraan Kod Asas Metafizik : Sifat Peribadi

Jom tengok sifat peribadi berdasarkan kod asas mengikut kiraan metafizik. Saya copy je ni. Ingat! Nak berjaya berusaha. Masa depan kita dipengaruhi oleh pelbagai elemen. Kiraan ini hanya berdasarkan tarikh lahir sahaja. 

Ok. Jom kita kira.

Contoh kiraan :
Tarikh lahir 16.09.1990

1+6 = 7
0 + 9 = 9
1 + 9 = 10 . Jadi kecilkan lagi. 1 + 0 = 1
9 + 0 = 9

Kemudian,
7 + 9 = 16. Jadi kecilkan lagi. 1 + 6 = 7

Lepas tu,
9 + 1 = 10. Jadi kecilkan lagi. 1 + 0 = 1

Last,
7 + 1 = 8

Jadi, KOD ASAS contoh adalah 8

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1
KETULENAN (ELEMENT - METAL

Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.

Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.

Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan atau komen daripada orang lain.

Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.
Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene Wenger, Tom Hanks dan Hulk Hogan.

Huraian kod asas 1 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda adalah seorang “leader”. Mempunyai kekuatan diri dan sentiasa berfikiran positif. Teliti dalam melakukan sesuatu perkara.Mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan untuk melakukan sesuatu perkara.
Sentiasa berada di hadapan dan selalu menjadi pemimpin dalam sesuatu kumpulan, persatuan dan sebagainya. Boleh berdikari, tegas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi dan suka bebas.
Ceburilah bidang yang anda minati dan akan membuahkan hasil yang baik kerana kejayaan adalah milik anda. Anda bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang anda minati.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mudah jadi pengikut, sebab anda mempunyai sifat ketua dan kepimpinan. Anda dilihat sebagai diktator dan kurang berdiplomasi.
Anda mahukan pengikut/orang sekeliling anda setia dengan anda. Mementingkan diri sendiri dan tidak mudah menerima kritikan.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2
PENDAMAI (ELEMENT - WATER

Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.

Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar Malaysia).

Huraian kod asas 2 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Dua adalah simbol untuk 2 perkara, 2 situasi, 2 benda dan 2 pilihan dimana anda perlu membuat keputusan salah satu daripadanya.
Anda mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas, tetapi tidak mempercayai kebolehan diri sendiri. Anda adalah ’follower’, pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati membuatkan anda adalah teman yang sempurna.
Dua perkara yang membuatkan anda mudah mencapai apa yang anda inginkan adalah dengan cara diplomasi dan kebijaksanaan. Kunci kejayaan anda adalah bekerjasama dengan orang lain yang memberikan anda halatuju dan arahan.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mempercayai kebolehan sendiri. Sukar untuk membuat keputusan yang muktamad dan mudah ”confuse” untuk membuat keputusan. Disebabkan anda lembut hati, anda tidak tahu mengatakan “tidak” kepada orang lain. Anda juga mudah dipengaruhi oleh orang lain.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3
KETELITIAN (ELEMENT - FIRE)

Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).

Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang lain.

Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Huraian kod asas 3 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda dikaitkan dengan karektor “serba boleh (all-rounder)”. Nombor tiga adalah nombor segitiga, iaitu simbol kepada manusia yang mempunyai anggota badan, jiwa dan roh. jadi, anda lebih kepada kerohanian, kekuatan pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun temurun atau agamanya.
Anda dilihat sebagai agresif, kreatif, mudah bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka, ceria selalu dan mudah bergaul. Juga, kebolehan berfikir dengan baik.
Mempunyai kelebihan lisan/bercakap, yang boleh digunakan dalam bidang penulisan, percakapan dan lakonan. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu.
Yang tak bestnya, anda jarang dapat menghabiskan atau menyudahkan sesuatu perkara/projek. Juga anda suka cakap lepas tanpa berfikir dan boleh menyebabkan orang lain terganggu.

Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4
KONSERVATIF (ELEMENT - WOOD)

Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.

Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret Thatcher.

Huraian kod asas 4 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Analisa Umum:
Individu bernombor 4 adalah seorang yang mahu membina sesuatu berdasarkan logik dan asas yang kukuh. Nombor ini juga menggambarkan “Perancangan”. Tidak suka membuat sesuatu dengan sambil lewa. Mengambil berat kepada butiran terperinci.
Anda juga tekun bekerja, mampu bersabar, bekerja keras dalam sesuatu tugasan, sangat peka dan tradisional. Suka kepada perkara yang mempunyai sistem, logik dan praktikal. Anda juga boleh fokus dalam sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan.
Anda adalah seorang yang loyal (setia) dan konservatif.
Yang tak bestnya, anda suka simpan sendiri, berfikiran sempit, cemburu, amat degil dan suka menggunakan cara sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara.
Individu bernombor empat ini perlu mengambil kira pandangan orang lain dan berterus terang dalam sesuatu perkara itu.

Rahsia Individu Dengan Kod Asas 5
PERINTIS (ELEMENT - EARTH)

Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.
Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears, Ronaldo, Abraham Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Huraian kod asas 5 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Individu ini mempunyai tenaga dan semangat yang amat kuat. Sentiasa mahukan perubahan yang berterusan. Suka mencuba perkara baru dan melakukan perubahan mengikut cara yang luar dari kebiasaan.
Amat bangga dengan kebebasan dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu perkara. Sangat rajin dan akan mencapai kejayaan di kemudian hari.
Sentiasa sibuk mencari sesuatu kerana merasakan dunia ini adalah sekolah. Individu ini juga memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap pengalaman yang diterima.
Berkarisma, boleh memimpin dan selalu menjadi “centre of attraction”. Tak suka berangan-angan.
Tetapi, anda juga adalah yang suka “boasting” atau “jual minyak”. Anda juga seorang yang degil, keras kepala, emosional dan pemarah. Anda juga mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak puas hati serta perasaan terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan tidak tetap dalam melakukan sesuatu.
Individu nombor “5″ ini sepatutnya lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil, melihat sesuatu dengan teliti serta menimbangtara semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sebarang keputusan. Dengan cara ini, individu ini akan menjadi seorang yang dihormati oleh semua orang.

Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6
ROMANTIS - (ELEMENT - METAL)

Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.

Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.

Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).

Huraian kod asas 6 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
“Penyesuaian Diri” adalah cara anda untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Anda “terror” untuk adjust dalam setiap perkara.
Anda selalu memainkan peranan “pendamai” kerana anda mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai persefahaman atau perdamaian.
Cinta merupakan kekuatan anda, apatah lagi anda adalah seorang yang mementingkan keadilan dan saksama. Rumah dan kekeluargaan merupakan titik tolak untuk kebahagiaan anda. Paling produktif, berorientasikan keluarga dan keluarga yang hadir selepas perkahwinan seperti anak-anak, adik-beradik dan saudara mara.
Nombor enam mewakili kesenangan atau kekayaan. Tidak suka pada kemalasan dan membuat sesuatu secara lewa.
Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam melakukan sesuatu, anda akan buat sekiranya ada benefit ataupun kepentingan.

Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7
INTELEKTUAL (ELEMENT - WATER)

Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.

Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.

Huraian kod asas 7 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Individu yang bernombor 7 (tujuh) ini adalah ”Pencari” . Seorang yang terlampau suka berfikir dan cenderung untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik sesuatu perkara dengan mendalam untuk mengetahui sebab musabab ianya berlaku.
Ada kekuatan “6th Sense”. Sukakan “originality”. Merupakan pemikir, sukakan kedamaian, sukakan ketenangan, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya akan menerima sesuatu berdasarkan fakta. Sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah.
Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat membantu, punya minda yang baik dan mampu untuk mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang.
Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang “sensitif”, “berangin” dan suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan taupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika anda berada dalam mood yang salah.

Sikap Individu Dengan Nombor Kod Asas 8 
PENYELESAIAN (ELEMENT - FIRE)

Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.

Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).

Huraian kod nombor 8 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu jabatan, perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah semestinya anda pandai menguruskan keluarga.
Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik. Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas dan kuat bekerja.
Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda. Anda juga seorang yang materialistik.
Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah.

Individu dengan Kod Asas 9
GLAMOUR (ELEMENT - WOOD)

Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.

Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley, Suharto dan Megawati Sukarno.

Huraian kod nombor 9 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda mempunyai kebolehan sebagai “penghibur”. Anda adalah seseorang yang sensitif, mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan personaliti. Mempunyai minat yang mendalam dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib, magik ataupun mistik.
Anda seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan. Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Juga, tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan.
Anda juga mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang lain memahaminya dan terpedaya dengannya. Anda boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram.
Yang tak bestnya, anda mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu. Oleh itu, anda perlu belajar mengawal emosi secara bijak melalui pemahaman prinsip kejayaan, falsafah, metafizik dan kaedah kekuatan kerohanian yang lain.

Macam mana? hehehe. Korang kod asas yang ke berapa?
Selamat mencuba dan mengira.

P/S : Tak payah serius sangat k. Suka2 jer ni ✌️

Kod asas 
Saya : 9 (kebanyakkannya benar bagai dikata 😩)

En suami : 1 (Beliau memang seorang leader/boss yang tegas)

Habib : 6 (Anak sulong saya yang hebat, super duper kreatif dan tak berapa fokus dalam kelas belakang tu rupanya punya kod asas yang sama hebat dengan Albert Einstien.)

Nuha : 4 (Anak perempuan saya sememangnya budak yang bijak, perfectionist dan banyak akal)

Thursday, April 7, 2016

Quality time at The Zoo

Lama tak pi Zoo..rindu dah kat haiwan semua..Ahad lepas sempat bawa Habib & Nuha pi Zoo. Banyak yang dah improve tapi haiwan semua tetap nampak macam kelaparan. Pasaipa?? Harga tiket masuk dan tiket tram hangpa dah penaik, pasaipa tak bagi haiwan makan?? Ni nak marah ni..orang Utara kalau marah keluaq habis loghat utagha dia..

Cik Nuha happy..maklumlah tak payah jalan kaki..ada orang tolong kokkong..

White Tiger ni pun sama kelaparan jugak..dok kunyah rumput ja..Habib tanya "Mama,Tiger ni haiwan yang jenis makan haiwan dan tumbuhan ke?" Err..Mama tak tau nak jawab sebab setahu Mama spesis Tiger ni makan haiwan sahaja..tapi hari ni Mama nampak dia kunyah rumput..ntah tak tau lah kena cek buku DST Habib nanti..
Seronok bawa budak dedua ni jalan2..dah makin besar senang nak handle..
Ni pose wajib ni..1,2 jump!
Dalam banyak2 haiwan, benda alah ni yang paling saya geli sekali.. Capybara atau nama melayunya Tikus Besar..eww! 
Paling sedih tengok gajah kelaparan..mana pi orang jual tebu dan pisang tak tau..dulu ada..kita boleh beli bagi gajah makan..now dah tak ada..kesian sungguh tengok gajah ni kelaparan..
Kambing pun kelaparan jugak. Layan lah cik Nuha ye..mama nak rehat sat! Mueheheh
"Ok BYE BYE pony! Nuha balik dulu..jumpa lagi.

Monday, April 4, 2016

Down to Memory Lane

Lama saya tak mencoret di sini. Hari ni rajin nak menulis mai dah..so mari menulis! Harapnya ada yang sudi membaca..

Hari ni luang masa dengan En suami jalan2 intai2 fulus haha..kami jarang dapat jalan2 berdua..ishh jarang apanya memang tak pernah pun..setakat breakfast berdua kat restoran Mamak pernah lah..
Dari UTC Pudu kami ke Central Market..lama tak pi CM..dulu CM ni tempat jumpa En suami..ahahaha..bukan dating tapi jumpa ja sebab kawan En suami ada buka kedai kat dalam CM ni dulu..habis kerja je terus naik tren turun CM..then kami pi makan dengan kawan2 dia atau kawan2 saya..
Dah lain CM sekarang..macam2 benda ada..paling tak boleh tahan kedai coklat berleluasa..hadoi la..menguji keimanan sungguh..
Jalan punya jalan En suami nak beli baju kelawar (kaftan) kat saya tapi sempat ditepis dengan berhemah bila nampak pricetagnya dekat RM60 sehelai..tak berbaloi..kalau kat Kelantan boleh dapat 3 helai dengan kualiti kain yang sama..jadi kami tengok2 je lah sampai la jumpa kedai kasut ni..saya suka sangat pakai kasut colourful..biar baju dull asalkan jangan kasut..teringat masa sekolah dulu suka sangat sebut "ushar kaki larr!!" Maknanya macam hebat lah..Now lebih kurang sama lah maksud penyampaiannya..Last time masa pi Singapore saya dah beli 2 pasang tak ingat harga SGD13 je kot..tapi tadi kat CM cuma 2 pasang RM50. Harus lah sambar 2 pasang..nak beli Toms ori tak mampu lah naakkk..pakai yang fake sudah..boleh beli banyak..boleh tukar2..

Ok lah sampai sini saja cerita di CM..sampai ketemu lagi..BYE!

Jawapan

Saya doa pada Allah..saya tanya Dia.. 

"Ya Allah kenapa hati aku tak tenang, ya Allah!" Saya ulang banyak2 kali. 

Kemudian saya buka alQuran untuk cari jawapan. Saya buka dan terus baca ayat yang pertama saya nampak dan saya baca tafsirnya. 

Allahu 😢 

4 kali saya buat macam tu semuanya berkisar tentang balasan, dosa, siksa dan azab. Rasa terpukul. Allah sedang punish aku rupanya. 

Kali kelima saya buka AlQuran saya dapat surah al-Israa' ayat ke 32 berkenaan tentang 'jangan hampiri zina'. Saya simpulkan sebagai maksiat atau dosa besar. 

Kali keenam pula surah at-Taubah ayat ke 103 berkenaan dengan sedekah. 

Akhir sekali surah an-Nahl ayat 16 seperti di dalam gambar! 

Allahu Allah..terjawab sudah kenapa hati saya tak tenang. Kadang kita ni (saya la tu) rasa diri dah tutup aurat, jaga pergaulan, tak mengumpat rasa macam diri dah jauh dari maksiat tapi tanpa sedar ada lagi maksiat yang buatkan hati rasa tak tenang. 

4 kali Allah beri peringatan tentang BALASAN. Apa yang saya rasa sekarang adalah kerana balasan dari Allah. 

Kemudian Allah kata JAUHI DOSA BESAR. Saya tahu saya banyak dosa dengan suami 😢 mulai sekarang kena minta ampun selalu dengan suami. Solat pun kena perbetulkan. Jangan buang masa dengan iPhone ja.


Kemudian Allah kata lagi SEDEKAH. Ya sedekah boleh lapangkan hati. Saya selalu sedekah tapi mungkin tak ikhlas dan pahalanya tak sampai atau sedekah itu tak setimpal dengan nikmat yang Allah beri. 


Akhir sekali Allah PUJUK balik. Allah kata Dia bagi ujian lain2. Lain orang lain ujiannya. 


Kadang bila mengadu dengan manusia manusia takkan faham. Bila mengadu dengan Allah hati jadi tenang. Sebab apa sebab Allah kenal kita. Allah dah jawab pertanyaan saya. Saya cek balik. Kena make sure perjalanan hidup saya setiap hari penuh barakah tanpa ada sedikit pun pembaziran. Kena buat solat taubat. Muhasabah diri. 


Insyaallah. Amin. Alhamdulillah. Thank you Allah.