Saturday, November 7, 2015

KLINIK OUTPATIENT DEMC POOR SERVICE. PR KE LAUT.

Oh pertama kali dalam hidup aku dapat layanan yang sangat rude oleh golongan yang kononnya profesional. Doktor dan nurse di Klinik Outpatient, DEMC Hospital Shah Alam.

Anak2 aku Habib dan Nuha muntah nonstop dari pukul 7:30pm. Husband balik dari kerja dalam pukul 10pm cam tu terus bawa ke DEMC. Kami ambil nombor dan tunggu giliran. Tapi my husband keep on jenguk kat dalam tu pasaipa nombor giliran tak jalan sebab patient tak ramai. Nurses dok jalan ke hulu ke hilir. Anak2 Aku pula kejap2 muntah kejap2 muntah.

Bila doktor panggil terus masuk ke observation room. Kami baringkan anak2 kat atas katil. Lepas tu doktor bertugas datang terus cakap

"Sekarang tak dak bed. Kami tak boleh buat apa2."

Macamana tau nak kena admit? Belum check lagi.

Dia belum pegang anak Aku lagi. Belum tanya kenapa? Macamana boleh jadi?? Macam tu ka SOP private hospital??

"Biasanya kanak2 jika muntah lebih dari 5 kali mesti kena masuk air." Dia kata.

Itu saya pun tau! Habis tu nak buat macamana sekarang? Anak2 saya dah lembik ni.

"Lebih baik jangan buang masa, jangan buang duit. Encik bawa anak Encik pergi hospital lain"

Buang masa buang duit???

Boleh ke cakap macam tu? Kali ni husband Aku dah tak boleh tahan.

"Kami tak ada bed tak boleh buat apa-apa. "

Check pun tak boleh? So buat apa saya bawa anak2 datang hospital?

"Kat sini (observation room) tak boleh buat treatment." Jerit nurse datang tiba2. Macam puaka.

"So kenapa panggil kami masuk sini???? you ingat I tak boleh bayar ke?? Duit I tak laku ke?? You tau kalau Klinik Dr Koshi bukak I tak datang sini tau..I naik atas terus!! "

Lepas tu memang tak ada ayatvyang elok lagi keluar dari mulut ni ha..Aku terus keluar baru Nuha. Mendidih dah tengok layanan macam tu.

Lepas tu husband Aku bagitau yang bila dia kata Habib ni patient Dr Koshi baru nak selak fail Habib.  Baru nak ke kaunter tanya pasal bilik. Nampak sangat memilih bulu. Jangan pandang orang pakai biasa2 tak boleh bayar. Tak layak dapat rawatan. Aku memang bengang gila. Untuk anak2 apa saja kami boleh buat!! Bukan seorang yang sakit tau. Dua2 orang sekali sakit. By hook or by crook kami nak anak2 dapat rawatan secepat yang mungkin. DEMC ni paling dekat dengan rumah. Sebelum ni Aku pernah dengar kisah macam ni. Hospital tolak patient sebab bukan panel. Tapi patient tu boleh je bayar sendiri. Hari ni terkena kat Aku sendiri.

Kami terus ke Hospital Klang. Tempat lain tak biasa. Dalam 3 jam treatment ambil darah dan drip dah boleh balik.

Sejak Aku ada anak, sejak Habib kena jantung berlubang, macam2 jenis hospital dah kami keluar masuk. IJN, Hospital Kulim, Hospital Klang, PPUM. Tak pernah sekali pun kami dapat pengalaman macam ni. DEMC punya service paling teruk!!! Hospital Kulim dan IJN paling bagus!!

Aku bukan cakap pasal Klinik Specialist ok. Ni pasal Klinik outpatient DEMC. PR ke laut. Klinik Paed Dr Koshi bagus. Dr Ahmad pun bagus. ENT Dr Razak pun bagus. O&G Dr Mazita pun ok. Cuma Klinik Outpatient saja yang akan Aku boikot sampai bila2. Korang tak layak rawat anak Aku! Tengok lah nanti Hospital Shah Alam dah buka krik krik la korang layan cengkerik.

Sunday, August 16, 2015

Semekom :)

Assalamualaikum..

Lama kita tak bersua skrin to skrin ya..
Malas nak menaip sejak ada akaun Instagram ni..ahahah..
Facebook dah jadi catalog saya kahkahkah buku resepi pun ye..
Blog ni walaupun dah lama tak bersiaran, statistik kat Pageview tu boleh tahan jugak ramai yang dok jenguk blog nih..terima kasih saya ucapkan..

Perkembangan terbaru?
tak ada yang terbarunya..
Cuma office saya dah berpindah..
dari rumah ke lot kedai baru..
Kat situ lah stor, kat situlah kilang dan juga office..
InsyaAllah nanti saya kongsikan ya..

Oh ya..kalau kawan2 nak order buah2 potong, jeruk atau rojak yang berkaitan boleh bagitau ya..untuk majlis atau untuk berniaga..saya boleh supply..nak datang kilang pun boleh..

Call, Whatsapp, SMS 019-678 1421
  • Buah-buahan potong (manga, jambu batu, jambu air, kedondong)
  • Semua jenis asam
  • Semua jenis jeruk madu
  • Jeruk pedas asam boi (mangga, jambu batu, betik)
  • Serbuk asam boi (biasa, cili, belacan)
  • Kuah rojak Mak Bee (kecil, besar)
  • Muruku dan Rempeyek
  • Makanan sunnah. (kurma & sebagainya)

Sekian Terima kasih.


Wednesday, April 8, 2015

Halawatul 'Ibadah

"Akulah para pencariMu Ya Allah..
Akulah yang merindukanMu Ya Rabbi..
Tunjukkan ku jalan yang luruh..
Untukku tambatkan langkahku..
 
Akulah para pencariMu Ya Allah..
Akulah yang merindukanMu Ya Rabbi..
Hanya ditanganMu Ya Allah..
Tempatku pasrahkan hidupku.."

Dibawah saya kongsikan kisah yang menyentuh kalbu..kisah wanita solehah yang hidupnya diabdikan untuk suami dan anak2 kerana Allah..manisnya hidup dalam beribadah..moga nanti Allah angkat darjat saya..angkat darjat kita semua kaum Hawa yang menjadi tulang belakang keluarga dengan keredhaanNya melalui keredhaan suami kita..Hiduplah dengan ceria..Kerjalah dengan seikhlas hati..Santunilah keluarga, sahabat handai, jiran tetangga..Sayangilah ibu bapa dan anak2..Cintai dan taatilah suami sepenuh jiwa dan raga..Siapkan diri untuk bertemuNya..Moga Allah jemput kita dalam keadaan yang paling mulia..Moga Allah matikan kita dalam Husnul Khatimah..Amiin..Amiin..Amiin..Ya Rabbal Alamiin..


KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI
 
Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
 
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
 
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta’ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
 
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: ” semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta’ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini.”
 
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu…
 
Si suami meneruskan kata-katanya: ” Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
 
Maha Suci Allah Ta’ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam);
 
“Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga.”
 
Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata:
 
“Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia.” Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..
 
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
 
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta’ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta’ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya.
 
Masyaallah… Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami macam ni… Adakah kita mampu lakukan seperti yang dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya
 
- Baitus Solehah
 
 Allahu Allah..
 
"Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati syurga tanpa IKHLAS di hatinya..
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmatNya tanpa TULUS di hatinya.."

Saturday, April 4, 2015

Tepi Laut

Air laut surut..berselut..
 
 
Terlalu banyak kenangan zaman kanak2 saya datang menjelma bila saya tengok pantai ni..pantai ni kami gelar 'tepi laut'..dulu selalu sangat habiskan masa kat tepi laut ni..nak main, main kat tepi laut..asal hilang ja, mak pi ligan kat tepi laut je lah..rumah maktok saya dekat sangat..rumah arwah nenek (Tok Esyah) lagilah dekat..belakang pokok2 ni ja..

Bangun tidur terus pi tepi laut..balik sekolah terus pi tepi laut jugak..dulu sebelum mengaji dengan arwah nenek (Tok Jah), saya mengaji dengan arwah Mak Tom..rumah Mak Tom kecil ja..macam pondok ja..memang pondok pun..elok ja terletak kat tepi pantai..bila duduk kat tangga tu, angin tak payah cakap lah kan..best sangat2..dengan pokok nyoq melambai2 dan laut terbentang luas di depan mata..fuhh..dari dulu lagi saya teringin sangat nak rumah macam tu..kenangan tu terlukis elok dalam ingatan ni..
 
Habib dan Nuha ikut uncle Anas jalan2 atas batu..bila nampak ketam, pakat lari lintang pukang sampai Nuha terjatuh daaa..nangis la apa lagi..
 
Kalau rajin, berjalan la kami sampai ke hujung pantai panjat batu2 sikit nak ke kawasan Royal Air Force (RAF)..kadang pi situ cuma nak tengok orang mandi kolam dari luar pagar je..teringin sangat nak mandi kolam..kesian sungguh..padahal dah tersedia depan mata kolam yang enfinity yang Allah cipta..biasa la kan..bila dah biasa mandi laut, teringin nak mandi kolam..sekarang dah ada kolam dekat rumah, teringin nak mandi laut pulak..ish..ish..tak tau bersyukur betul! Laut memang tak pernah mengecewakan..Subhanallah!!
 
Dulu, main masak2 kat bawah sampan telangkup ni..konon2 rumah la..haha..
 
Saya rasa jugak membesar kat kampong..saya tinggal dengan maktok sekejap sampai darjah 3..saya belajar bawa motor pun kat rumah maktok..bawak motor tokwan..pertama kali terbabas langgar peti surat..kahkahkah..peti surat jenis terpacak kat tanah, macam tengah tunggu orang langgar dia pulak..pagi2 boleh tengok bot2 nelayan naik bawa ikan segar2 dari laut..kadang Pak Cik Man sedekah ikan untuk maktok dan arwah nenek..bila cuti sabtu ahad sengaja saya tunggu dan tengok Pak Cik Man dan lain2 longgok ikan, timbang ikan, asing2kan ikan..kadang saya tolong juga asing2kan ikan..cuma lemparkan ja ikan2 ke kumpulan masing2..seronok tau..

Bila hujung mingu pulak Ah Peng datang masuk kampong jual barang..dia bentang kain then longgok segala macam pakaian yang ada dari dalam kereta dia semua dia bawak keluar..nak baju apa semua ada..baju seragam sekolah, kain batik, baju tidur, telekung, stoking, underwear, tuala, selimut sebut ja semua ada..orang kampong tak payah keluar shopping pun tak apa..Ah Peng bawak semua..kalau tak da size, tunggu next 2 weeks macam tu dia mai lagi..boleh beli hutang pulak tu..bayar sikit2..setiap kali dia mai, pakat dok hulur buku 555..sekarang ni pun rasanya Ah Peng ada lagi..masih lagi keluar masuk kampong bawa barang penuh kereta..dari satu kampong ke satu kampong dia masuk ..

Teringat dulu pernah sekali terjadi tragedy ombak besar..tapi saya tak ada kat situ..bila ombak dah tak berapa nak besar baru kami datang rumah maktok nak tengok kemusnahan semua..habis rumah2 tepi laut ni musnah ditelan ombak..bayangkanlah ombak setinggi pokok nyoq..tinggi tu..masa tu berita Dunia Jam 10 dok siar pasal tragedy ombak ni je lah..Alhamdulillah rumah maktok ok ja..tapi rumah arwah nenek (Tok Esyah) lah yang rosak teruk sebab rumah arwah nenek betul2 tepi laut..rumah tu pun hampir tenggelam juga..separuh dinding bahagian luar terbenam dalam tanah sampai ke tingkap..maknanya bila buka tingkap terus boleh pegang pasir..

Dulu pantainya lebih jauh..lebih luas..tak ada batu2 semua ni..sejak tragedy ombak besar tu lah yang kerajaan naikkan batu2 ni dijadikan tebing..dah tak boleh bergolek2 lagi dah..kalau nak golek2 main pasir boleh jalan sikit arah ke Pantai Bersih..setiap kali balik kampong saya akan singgah beli cendawan goreng kat situ..fuhh..sedap sangat..dan lagi satu fav saya Ais Kacang Mak Jah..dulu warong Mak Jah berdepan dengan sekolah St. mark Butterworth (seberang jalan) tapi la ni dah pindah kat belakang kuil Hindu kata Maktok..Ais Kacang yang sebenar2nya..bukan ABC penuh warna warni tu..tapi Ais Kacang dengan ais krim..yang paling best ada buah pala dalam tu..kacang shanthong pun banyak..sedap sangat..Ais Kacang macam tu memang tak ada kat mana2..fuhh..meleleh dah ni..

Lagi satu kalau korang nak tau, rumah Ismail Arifin aka Lepat pun kat kampong ni jugak lah..sejak kecil memang selalu la jumpa Lepat tu..lepas kes anak dia dilarikan oleh bekas isteri, selalu juga tengok dia macam orang gila dengan rambut dreadlocks dia tu kan..kadang terserempak dia  kat KOMTAR..kadang terserempak kat Jetty..now Alhamdulillah tengok hidup dia kembali ceria dengan anak2 Aminah dan Azali serta  isteri Germany dia tu..cantik betul..macam tu lah hidup kita kan..kadang Allah uji kita, Allah test tahap kemampuan kita..bila dah lulus, kita naik level..kalau cemerlang, kita naik level dan dapat reward sekali!
 
Sekali sekala balik tengok maktok, tengok tokwan memang best..setiap kali balik memang tak sah kalau tak singgah melawat ke rumah maktok..bila balik rumah maktok terasa macam pulang ke sarang..
 
Hello!! I'm Home!!
 

Friday, April 3, 2015

Gigi Dah Luruh

 
 
Dah banyak hari dah gigi dia dok goyang..mama nak tengok pun tak bagi..sekali tu bila dapat tengok terus terkejut nampak ada gigi lain sedang tumbuh kat belakang gigi yang goyang tu..

Bila abbu free hari tu terus bawa Habib pergi jumpa dentist..

Ok, saya boleh je nak bawa Habib ni jumpa dentist sendiri2 tapi en suami ni kalau bab si Habib ni dia terlebih concern sikit..dia nak ikut pi klinik jugak..kalau Habib demam ke, selsema or batuk sikit pun dia akan treats Habib macam sakit teruk..mungkin sebab dia teringat masa Habib sakit dulu kot..tapi yang bab ni saya cukup rimas..saya jenis buat tak tahu je..jangan layan sangat sakit tu..tapi kalau demam, saya buatkan sup..saya demah badan semua..kalau setakat batuk selsema,  saya bawa ke playground kerap2 sikit..haha..bawa mandi kolam..bila dia happy, penyakit tu akan keluar sendiri..Dr Muhaya kata kita ni sakit bukan sebab virus ke berjangkit ke hapa..emosi kita tu yang remuk..sebab tu antibody jadi tak kuat..contohnya bila kita selalu marah anak, anak pun selalu sakit la..sikit2 batuk, sikit2 selsema, sikit2 demam..penawarnya ada pada kita..beri lebih perhatian..layan dia selayaknya..

  • kalau demam, jangan selimutkan..bagi pakai stoking then buka aircond dan kipas kuat2..biar panas keluar..bagi mandi dengan kerap atau demah badan selalu..
  • kalau batuk, bagi minum madu..
  • kalau selsema, bagi makan vitamin C banyak2..

Beberapa tahun kebelakang ni saya memang dah jarang suap ubat pada anak2..kalau sakit dah lebih 3 hari baru bawa jumpa doctor..takut jangkitan bakteria pulak kan..asal sakit memang bawa jumpa doktor..tapi syukur lah doktor Koshi kat DEMC tu memang dah faham dah mama dia macamana..so selalunya doctor tak bagi antibiotic..cuma pesan doctor kalau lebih 3 hari masih tak surut, bawa datang balik..tapi selalunya memang dah tak repeat la..sembuh macam tu saja..lain dengan en suami dia memang sangat risau kalau anak2 dia tak sihat..cepat je dia nak suap ubat..mujur la doctor banyak membantu explain kat dia sama..if sakit bekaitan dengan virus, akan ambil masa nak sembuh..tapi kalau bakteria kena ambil antibiotik..kalau saya cakap dia macam nak tak nak dengar sangat..biasa la kan..egonya tuh di sini! haha..doktoc cakap baru dia percaya..

Hari tu bawa Habib jumpa dentist..Dr Nagarani kat section 9..doktor tu buat lembut sangat..saya recommend sangat2..dulu saya buat minor surgery pun dengan dia jugak..pernah sekali saya buat crown kat gigi geraham bahagian atas kat dentist lain konon nak murah sikit terus rasa menyesal sebab dentist tu kasar nak mam***..sakit hang tau dak..konon buat crown sebab nak selamatkan gigi terus rasa macam pi serah diri untuk di tonyoh sekuat hati oleh dentist pulak..duhh..menyesal sampai sekarang..

Masa masuk dalam bilik procedure tu Habib macam cuak sikit sebab dia ingat doctor nak check ja..dia pun tak sangka doctor nak cabut gigi dia 2 batang sekali..saya masuk dengan Nuha konon nak tengok Habib sekali Nuha nak nangis tengok abang dia kena cabut gigi..terus dia nak keluar tunggu kat luar dengan abbu..bila mama ada kat dalam tu of cos la mama terus bertukar jadi assistant..asal nampak anak nak termuntah cepat2 lap dengan tisu..bila nak kumur, mama yang ambil air bagi dia kumur..haruuu..nasib baik lah doctor tu ok..kalau tak dah tentu kena halau..huhu..tindakan refleksi seorang ibu macam tu la kot kan..lagi2 surirumah..haha..

Sekian cerita tentang gigi Habib luruh..sengaja mama tulis untuk kenangan Habib di hari tua..jumpa lagi di lain entri..k bai!
 

Tuesday, March 31, 2015

Negatif.

Orang negative boleh drag kita jadi negative juga..hati2 lah nak berbual ke, nak bergaul ke dengan orang2 macam ni..Nauzubillah..ya kita ni pun bukan positif sangat..bila di tarik cepat saja nak terikut..

7 tahun jadi surirumah tangga, salah satu factor untuk terus jadi surirumah ialah mulut, aurat dan pergaulan terjaga..ya..itulah salah satu factor yang buat saya syukur sangat2 jadi surirumah..bila dah jadi surirumah ni masa kita dianggap banyak..jadi boleh la sesiapa pun nak call dan luah masalah tanpa mengira masa..

Bila dah luah masalah, luah cerita pasal orang pula..orang semuanya salah..orang tu salah..orang ni salah..dia seorang saja betul..dia saja yang perfect..tanpa minta pun dia bagi nasihat berjela..aduhh..ni berleter ke apa nih..tapi bila cerita masuk bab mak ayah konon mak ayah salah didik anak..hantar anak sekolah tahfiz lepas tu tak dapat kerja elok..

HELLLOO..berani hang call aku semata2 nak perlekeh dan perleceh mak ayah aku??!

Mak ayah salah didik anak?? so aku ni dah jadi apa? dah rosak akhlak ka??Adik2 aku yang yang lain tu dah jadi mat pit ka?? Menitik air mata aku tau..sampai hati cakap mak ayah aku macam tu..

Adik2 aku lagi 2 orang dihantar ke sekolah tahfiz tak dapat kerja elok?? aduhai..ini bab akidah..orang berakidah tak persoal lansung pasal benda ni..aku pun tak berani nak ulas..tapi semua orang tau kot rezeki tu datang dari Tuhan..Allah akan bagi kepada hamba2Nya yang berusaha..depa tak dapat kerja elok sebab depa malas berusaha bukan sebab depa sekolah agama..bukan sebab jadi tahfiz..

Ya aku mengaku perangai adik aku sorang tu ujian untuk mak ayah..siang malam mak ayah risau kat dia..kerja tak menentu..dengan perangai dia lagi..perbuatan dia kat orang luar..sampai mak ayah terpaksa tebal muka sebab dia..tak adil kiranya sebab dia sorang mak ayah aku dicop tak reti didik anak..tak adil ok..mak ayah pun banyak berdoa untuk dia..kat depan Kaabah baru ni pun mak banyak berdoa untuk dia sambil teresak2..aku pun tak pernah lupa berdoa untuk dia..tapi tak pernah pula aku doa minta dia dapat kerja elok..sebab aku tak pandang serong kat dia sebab kerja dia..cukuplah la dia ada dekat dengan mak ayah..bila mak ayah tak sihat dia bawa mak ayah pergi klinik..dia ada untuk belikan makanan untuk mak ayah kalau mak ayah tak sihat atau tak larat masak..tapi satu yang mak aku selalu bangga dengan dia, dalam dada dia ada alQuran..dia hafaz alQuran..lidah dia selalu mengalunkan ayat2 alQuran..dalam bilik, adik2 yang lain dengar muzik, dia dengar alQuran..aku pasti..Allah sedang rancang sesuatu untuk dia..untuk mak ayah juga.. doa mak ayah tak ada hijab..biar lah orang nak caci dia..tapi yang peliknya orang yang caci tu pun minta tolong dia jugak..huhu

Aku ni kahwin dengan Bangladeshi..kawan2 en suami raaaaaaamai sangat yang berjaya jadi bisnesman termasuk en suami sendiri..aku tengok dengan mata kepala ni macamana rajinnya dan committednya depa..depa masuk Malaysia pun bukan ada sijil pun..depa cuma ada support yang kuat ahli keluarga..ni ahli keluarga sendiri perlekeh, perleceh, perli so macamana nak hidup?! macamana nak berjaya..

Ok lah terlebih emosi pula aku pagi ni..setiap orang ada limit..kalau dah melebih limit pecah la kan..dah banyak kali dah mak ayah aku diperlekeh..tapi kami buat tak tau je sebab mak pun pernah cakap buat tak tau dah la..niat nak tolong dia sudah..pekakkan je telinga..dia dah tak ada sapa2 dah nak luah perasaan..nak marah..so tahan je la..tapi mana ada anak yang boleh biar mak ayah diperlekeh kan?

Oklah..
Tak guna duit banyak kalau makan sorang2..
Tak guna rumah besar kalau tak de orang nak tumpang..
Jaga la silaturrahim..
Berkatalah yang elok2..
Ingatlah selalu..someone is always important than something..
Manusia boleh berubah..
Dia boleh berubah..InsyaAllah..
Moga kau juga berubah!

Monday, March 30, 2015

Doakan Ya!

Congratulation to myself!!
 
 
 
Yeay!!
 
 
 
Akhirnya..
 
 
 
Yeay..
 
 
 
Tak sangka sangat..
 
 
 
Alhamdulillah..
 
 
.
 
 
.
 
 
.
 
 
.
 
 
.
 
 
.
 
 
Khabar gembira yang disampaikan oleh Dr Marzita sangat lah mendamaikan jiwa..
 
Alhamdulillah cyst yang dikesan oleh sebuah klinik tak besar mana..Alhamdulillah..
 
Maaf ya..
 
Gambar di atas bukannya fetus..huhuhu..
 
Itu adalah cyst (endometriosis) yang kecil saja saiznya..lebih kurang 40mm saja..
 
Alhamdulillah result pap smear juga normal tiada masalah..
 
Syukur padaMu Ya Allah..
 
Lepas ni kena ambil HPV shots pula untuk kesihatan berpanjangan..
 
Doakan ya..
 
Doakan senggugut teruk saya hilang..

Doakan saluran fallopian tidak tersumbat..
 
Doakan cyst hilang juga..
 
Doakan saya berbadan 2..
 
Doakan ya..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy 4th Birthday Nuha Sumayyah!!

Happy Birthday Nuha..sorry mama lupa nak post dalam blog..24.3.2015 genap umur Nuha 4 tahun..baby mama dah besar rupanya..

Tiada hadiah paling istimewa tanpa doa yang mama panjatkan kepada Allah untuk kesejahteraan Nuha sepanjang hidup di dunia dan di akhirat..Nuha sangat penyayang orangnya..manis budaknya..mama dah boleh bayangkan masa depan Nuha sebagai seorang doctor haiwan yang selalu Nuha lakonkan terhadap BayBay..dengan kot warna biru macam surgeon tu Nuha tangkas tangani haiwa2n yang sakit..

Akan mama dan abbu corakkan hidup Nuha dengan pelbagai warna menarik dan bersinar2 bercahaya..akan mama dan abbu tatang Nuha sehingga Nuha mampu untuk berdikari dengan sendiri..akan mama dan abbu bajai hidup Nuha dengan keimanan dan ketaqwaan kepada yang Esa..juga ketahuilah Nuha sangat beruntung punya abang yang luarannya agak kasar dengan Nuha tapi sebenarnya dialah yang paling sayangkan Nuha..dia yang ingatkan mama jangan lupa buatkan kek untuk birthday Nuha..dialah yang called abbu suruh beli hadiah untuk Nuha..dia juga yang cadangkan kepada abbu untuk belikan patung Hello Kitty..Nuha pun sangat gembira dengan hadiah tu..beberapa saat kemudian abang conteng patung baru Nuha dengan marker pen kan?! haha..dia cuba untuk jadi abang tapi dalam masa yang sama dia masih lagi kanak2 macam Nuha..

Happy Birthday Nuha..Nuha selalu buat mama bangga ada anak macam Nuha..terima kasih sebab jadi anak yang baik, anak yang rajin selalu tolong mama masukkan baju dalam mesin..tolong basuh pinggan dan cawan sendiri..dan terima kasih juga sebab jadi anak yang sangat berdikari..semuanya Nuha uruskan sendiri..doa mama tak akan pernah putus untuk Nuha..dan untuk abang juga..

Happy Birthday Nuha Sumayyah Binti Md. Abdul Maleque. Mama loves you so much!

Saturday, March 28, 2015

Terminate. Titik.

 
 
 Ingat lagi tak tentang rumah duplex yang saya post tempohari. Beberapa hari selepas tengok rumah tu saya dan en suami seakan angau dengan rumah tu..sampai termimpi-mimpilah..terus bincang dengan agen, katanya kami boleh dapat banyak diskaun..
Saya pun dengan selambernya cubalah apply. Mana tahu rezeki kami kan..kalau dapat 90% atau at least 85% pun ok la..rumah kedua tak banyak yang kita boleh dapat kan..boleh la nak korek2..
 
Few weeks lepas tu tak sangka ok..loan rumah yang kami apply untuk rumah duplex ni berjaya diperolehi sebanyak 77%..lebih kurang RM538k gitu..Selepas bincang..en suami suruh terima ja..sejak hari tu hati saya dah berbolak balik sebab semuanya jadi lambat dan tak betul..diskaun yang digembar-gemburkan pun tak banyak mana..so, down payment kena top up lebih dari yang sepatutnya..sepatutnya bermakna kami dah setuju dari awal untuk certain amaun dan dah buat budget lah kan..jadi bila dah over budget..hati dah macam berat dah..
 
Dah cerita dengan Mak, Mak kata kalau boleh afford terima sajalah kan..tapi detik hati kita hanya kita yang boleh rasa..so, mak suruh fikir habis2 dan buat istiqarah..jangan terburu2 buat keputusan pesan Mak..
 
Malam tu saya buat Istiqarah..tapi tak nampak petanda pun..cuma rasa tak sedap hati je..separuh hati nak rumah ni..separuh lagi rasa macam tak sesuai dengan kami..tapi heret jugalah kaki jumpa Banker dan sign beberapa document..keesokan harinya jumpa Lawyer pula untuk sign SPA..masa tengah dok sign SPA yang beratus2 helai tu sempat la sembang2 dengan lawyer..lawyer pesan apa saja diskaun yang dijanjikan perlu ada hitam-putih..ada surat la maknanya sebab dalam SPA tak tulis semua diakaun tu..ye la rumah ni under-con so, memang diaorang letak harga asal lah kan..haih..dan2 jugak saya call agen minta agen buat surat..dalam dok sembang dengan agen tu pun dia bagitau yang kami perlu bayar lebih lagi untuk down-payment..duhh..hati saya memang dah terbalik dah..cakap tak serupa bikin..Masalahnya, SAP semua dah sign..so, saya beritahu lawyer untuk hold dulu..selagi saya tak dapat surat dari agen/developer tentang diskaun jangan buat apa2 lagi dengan SAP..so, lawyer tu pun ok..dia hold dulu..dia tak bagi developer sign SAP tu lagi dan tak stamping..
 
Balik rumah malam tu saya susah nak tidur..terjaga malam saya terus buat istiqarah lagi dan bincang dengan en suami..ye financially kami mampu nak bayar down-payment (yang dijanjikan) dan installment tapi realitinya kalau diskaun semua tu hanya auta saja kami memang tak mampu nak bayar down-payment..dah kira over budget..takkan nak habiskan semua savings ke situ kan..in case kalau jadi apa2 macamana? abundant ke? haa..tak ke naya..
So, esoknya tu lepas subuh saya berteleku dok fikir..nak ke tak nak..nak ke tak nak..masa beli rumah yang yang kami tinggal ni dulu, semuanya jadi smooth ja tau..kami dapat apa yang dijanjikan..sangat berbeza dengan kali ni..awal2 lagi dah tak 'jujur'..so pantas jari saya wassap lawyer beritahu keputusan kami..bukan senang ok, nak suruh terminate selepas apa yang kami gone through..dah sign doc dengan Banker..dah sign SPA..rasa bersalah sangat..tapi demi kebaikan sendiri dan masa depan..kami terpaksa buat keputusan juga..Cuma kami kena bayar penalty je lah..rugi memang rugi..tapi hati dah jadi lapang..lapang ok..kami tak nak beli rumah lagi sehingga 2 tahun akan datang..2 buah kereta dah nak habis bayar tinggal lagi satu je lambat lagi..so, settlekan yang 2 tu dulu..cantikkan account bank seperti apa yang diajar oleh Banker - Mr. Kong..lagi 2 tahun mesti lebih banyak % loan yang kami boleh dapat kalau ikut nasihat dia..beli rumah ni tak rugi..tapi kena bijak juga la kan..baru la dalam untung ada untung..
 
Saya beritahu Mak..Mak kata cari rumah landed lah..mahal pun tak apa..ada tanah sendiri..cukuplah kondo sebijik..emm..Mak kata lagi..kadang Allah bagi pentunjuk dengan menggerakkan hati kita.. ya lah Mak..
 
Setiap apa yang terjadi, ada hikmahnya..banyak juga kami belajar dari 2 orang Banker dan Lawyer tu..dan ianya sangat2 berguna di masa akan datang..thanks a lot..
 
And you know what!? few days lepas tu saya dapat tahu yang loan dari Bank yang kami apply tu interestnya adalah yang paling tinggi! damn!! so, nampak tak hikmahnya tuh di sini..

NOTA TAMBAHAN : Rumah ni memang sangat cantik, moden dan boleh jadi investment yang sangat bagus. Terletak di kawasan yang membangun. Akan datang harganya mungkin mencecah jutaan Ringgit. Apa yang berlaku, bukan rezeki kami. Itu saja! Allah is a Great Planner..
 
 
 

Pantai Tanjung Asam

Cuti sekolah hari tu sempat lah bawa anak2 balik kampong..lagipun mak baru balik dari Umrah so spent some quality time sekejap la dengan maktok dan tokwan..sebelum tu, kami ambil mak dari KLIA2 balik ke Shah Alam dulu..esok paginya baru bertolak balik ke Kulim..rehat sehari di Kulim, kami bergerak ke Penang pula nak merisik2 bunga di taman untuk si kumbang tua pula..kihkihkih..selesai sampaikan hajat, kami terus nak cari pantai..dan tokwan drive kami terus ke sini..Pantai Tanjung Asam..awesome sangat tau tempat ni..nak dapat port cantik, kena la mendaki sikit..sikit je tak jauh pun..
 Wah,,best budak2 ni berendam..rasa macam nak terjun sekali..apakan daya baju tak bawa..budak2 ni pun mandi pakai underware je..haha..
Tengok view ni..Subhanallah..tenang setenang-tenangnya..air pun hijau je..best betul tengok bebudak ni mandi dibawah teduhan pokok apa ntah..memang best..silalah google dan pergilah beriadah ke sana..ok..done!

Saturday, March 7, 2015

Pisang Goreng Cheese


Beli pisang goreng, balik rumah curah  campuran (susu pekat manis + butter + cheese) dan tabur dengan ceddar cheese..heheh..jadi pisang goreng cheese..

Dasar pemalas!!!

Let It Go!!

Kelmarin treadmill dan exercise bike dah selamat dibeli oleh Encik & Puan suami isteri (lupa tanya nama..my bad!) nak bawa balik Johor katanya..terima kasih banyak2..ada lagi selonggok bikes Habib dan Nuha nak let go nih..tapi kena tanya budak dua orang tu dulu..huhu..kalau ikutkan hati mama nak jualkan ja semua tu..nanati kalau bebudak tu setuju, saya post iklan ye..saya memang nak clearkan space kat bahagian tu so boleh letak almari buku kat situ..saya nak buat build-in bookshelf tapi en suami macam tak setuju..dia lagi suka letak almari buku biasa..boleh ubah2..ermm..kita tengok nanti siapa yang menang!!

Badan letih sangat hari ni..first time pergi PIBG meeting..pukul 12pm baru habis..Habib pulak ada TKD..dah la breakfast minum coffee je pagi tadi..diorang jamu bihun tapi perut saya ni jenis tak boleh makan bihun pagi2..nanti kembung..emosi pulak tak berapa setabil..malas nak cakap2 hari ni..diam lebih baik..rasa nak marah je bila balik tengok baju sekolah nak kena cuci..kasut sekolah..kain baju harian berlonggok belum cuci..comforter pun kena cuci lagi..ada orang ter'babas' malam tadi..mimpi jadi bomba gamaknya..habis comforter, cadar semua..hmmm..tengok pun dah rasa letih..tak cuci nanti bau hancing pulak..aduhhh..mujur la dapat suami perihatin..balik rumah dia dah siap masak..Alhamdulillah..

En suami ke Melaka hari ni..saya balik dari sekolah, terus dia past batton..so semua saya kena settle sendiri..okeyyy..

Tarik nafas dalam2..
Hembus perlahan..
Let it go ~~

Thursday, March 5, 2015

Asam Pedas Ikan Sembilang

Yumm..
Resepi ni saya ambil dari blog Mat Gebu. saya ikut sebiji-sebiji. Alhamdulillah menjadi..sedap pulak tu..dah lama teringin nak makan ikan sembilang ni..dapat jugak akhirnya..tapi bahagian kepala ikan ni saya tak ambil..saya buang..Nampak kepala ikan tu scary sikit macamana ntah..hahah..terus campak masuk tong!! ok resepi ni macam biasa saya paste kat sini untuk tatapan sendiri di masa akan dating..

Bahan-bahan :

Bendi
1 genggam daun kesom
1 batang serai di ketuk
3/4 sb asam jawa extra
2 senduk nasi cili kisar
1 batang bunga kantan dibelah 4
1 biji tomato dibelah 4
Sedikit perasa Iman
Garam dan gula secukup rasa
Air


Bahan-bahan kisar :

6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan
1/2 camca teh lada hitam biji

Cara-cara:

Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan masukkan bahan kisar dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan).
Bila mendidih, masukkan ikan, daun kesom, bunga kantan, tomato dan bendi . Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak hingga bendi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas2..emmmmm..sedap!!
     

Wednesday, March 4, 2015

Hari 'Suka Nikah'

Ahahahaha..lawak la Habib ni..pecah perut mama tauu..
Bukan 'suka nikah' la..sukaneka!! teacher lama ajar 'Sport Day'..teacher baru ajar Sukaneka..so perkataan baru dengar main hentam je sebut ya..lain makna dia tu..huhuhuhu..
Matahari baru nak naik..terpacak betul2 depan muka mama..
 
Bersiap sedia untuk ber'suka nikah'..kahkahkah..
Habib lari dalam guni..acara ni dinamakan Cinta Bawaku Pergi kot namanya..cikgu2 pun kemain kreatif letak nama acara ikut nama drama tv..huhu..acara Suamiku Encik Sotong pun ada..haha
Group Habib dapat nombor 2..yeay!! tahniah Habib..Habib rumah Biru..
 
Untuk setiap acara hanya 3 hadiah je ada..so yang dapat nombor 4 tak dapat hadiah..kesian tengok muka budak2 tak dapat hadiah..kena bangkitkan dalam PIBG nih..hadiah ni macam tak ada apa untuk kita tapi besar maknanya kepada budak2 nih..bagi saguhati pun tak pa la kan..sayu hati saya tau tengok muka budak2 yang tak dapat hadiah..
Yeah!! you really makes me proud on your 'suka nikah' day, son..hahah..

Thursday, February 26, 2015

Dinner Hari Ini

Ada hati nak masak ketam masak kari ala-ala restoran chinese muslim tapi tak menjadi..huhu..jadi gulai ketam jugak tapi kering tak dak cravy..tak jadi pun tak apa lah asalkan sedap sudah kan..haha..anak2 dan en suami makan tak komplen pun kira ok lah tu..ni sebenarnya dinner kami hari ni..tengahari tadi tak masak..saya dan anak2 makan nasi lemak sorang sebungkus..en suami kerja makan kat luar..saya bekalkan Habib roti sapu nutella je ke sekolah hari ni..bila dah siap semua kerja mengemas, mendobi, melipat, petangnya baru kelam kabut masak..dapat la 2 mata lauk buat dinner tadi..ketam masak kari dan sayur campur..

Wednesday, February 25, 2015

Mendobi

Dah besar dah anak dara ni..semua kerja nak buat sendiri..tadi pi dobi comforter pun nak buat sendiri jugak..dari tuang sabun sampai masukkan coins semua dia buat sendiri..

Homemade Fries

First time cuba buat fries sendiri..huhu..ada 3 steps yang kita kena buat.

1. Rebus kentang hingga empuk.
2. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga permukaan kentang melecur. Rehatkan.
3. Goreng sekali lagi. Angkat dan taburkan sedikit garam.

Siap!garing di luar, empuk didalam..boleh makan bersama sos cili dan mayo. Tapi saya lagi suka ketchup dan mayo berbanding sos cili. Selamat mencuba!

Spagetti Aglio olio

Resepi ni saya ambil di blog The Kasihs..sedap sangat..anak2 pun suka..jadi saya nak share dengan kalian..boleh lah masak buat bekal untuk anak ke sekolah..
 
Resepinya super duper ringkas..
 
Bahan-bahan :
 
Spagetti yang telah direbus dengan sedikit olive oil.
Udang.
Olive Oil.
Bawang putih.
Kiub pati ayam.
Garam.
Cili flakes.
 
Cara-cara:
 
Spagetti rebus siap2.
Panaskan olive oil dalam pan.
Tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan udang atau apa2 protein yang kalian suka.
Masukkan 1/2 kiub ayam.
masukkan garam.
Masukkan spaghetti tadi.
Kacau rata.
Taburkan cili flakes.
Gaul.
Siap!
 
Selamat Mencuba.
 

Monday, February 23, 2015

Ikan Masin Masak Asam


Resepi ringkas ini khas buat orang yang tak beranak tapi mengidam sangat nak makan masakan dalam pantang..


Bahan-bahan:

Apa2 jenis isi ikan masin dipotong kecil.
1 biji bawang besar dihiris nipis.
1 ulas bawang putih di tumbuk.
1 inci halia ditumbuk.
5 biji cili padi di ketuk.
1/2 sudu teh asam jawa extra.
3/4 cawan air.
Garam jika perlu.
Gula secukup rasa.

Cara-cara:

Goreng ikan masin dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih,  halia dan cili padi  sehingga garing.
Masukkan air.
Masukkan asam jawa.
Masukkan ikan masin tadi.
Biar mendidih seketika.
Perasakan dengan garam dan gula.
Siap.

Makan dengan nasi panas sedap sangat..selamat mencuba!!



# Ini ialah cubaan pertama update blog melalui email.
 

Saturday, February 21, 2015

Preloved Treadmill Y-VIYALDI TK-151 & Exercise Bike Y-SPRINT Magnetic Bike by TAKASIMA Untuk Dijual!

SOLD

Item : 1 unit Exercise Bike Y-SPRINT Magnetic Bike sahaja (seperti dalam gambar di atas)
Warna : Biru (seperti dalam gambar di atas)
Tahun Beli : 2011
Harga nak let go : RM 200 (boleh nego sampai let go)
Kondisi : Masih kukuh.
Sebab nak let go : Jarang guna dan tak ada ruang nak simpan. Ruang yang ada sekarang nak letak almari buku.
 

 
Item : 1 unit Treadmill Y-VIYALDI TK-151 sahaja (seperti dalam gambar di atas)
Warna : Hitam (seperti dalam gambar di atas)
Harga beli : RM 2000++
Tahun Beli : 2011
Harga nak let go : RM 900 (boleh nego sampai let go)
Kondisi : Masih elok, lancar dan kukuh.
Sebab nak let go : Jarang guna dan tak ada ruang nak simpan. Ruang yang ada sekarang nak letak almari buku.
 
Ini ialah model treadmill TAKASIMA yang paling murah. sangat sesuai untuk gaya hidup aktif mahupun sederhana kerana ianya sangat mudah untuk di laras. Papan panal control juga sangat basic mudah untuk di kendalikan oleh sesiapa sahaja.
 

Jika berminat boleh SMS atau WHATSAPP saya di talian 019-6781421
Sekian.
 

Masak Lemak Udang

Lama saya post resepi kat blog ni..bukan tak masak..masak tetap masak..hari2 masak..tapi dah tak rajin nak ambil gambar makanan dah..so bila nak post pasal resepi gambar pula tak ada..

Hari ni terajin pula..so saya nak share resepi hebat, sedap dan mudah ni..orang malas yang suka masak macam saya ni, meh salin cepat..resepi ni untuk korang..

Masak lemak udang atau orang Penang panggil Sambal Goreng..jangan terkejut ye..memang depa panggil Sambal Goreng pun..Resepi ni mudah ja..

Bahan- bahan:

15 ekor udang sederhana buang kulit dan urat belakang
3 batang serai dihiris nipis2
6 biji cili padi dihiris nipis2
sebiji bawang merah dihiris nipis2
seulas bawang putih dihiris nipis2
secubit asam jawa extra (boleh ganti dengan belimbing buluh)
1/2 cawan santan pekat
3/4  cawan air
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

Cara-cara:
Gaulkan udang bersama garam dan kunyit.
Panaskan periuk dengan sedikit minyak masak.
Tumis semua bahan hiris sampai naik bau.
Masukkan udang tadi.
Gaul sebati.
Masukkan santan.
Masukkan air.
Masukkan asam jawa.
Sentiasa kacau hingga mendidih.
Tutup api.
Siap.

Mudah kan..saya dan anak2 suka sangat..makan bertambah2..tapi en suami macam tak berapa kena dengan selera dia..so bila en suami tak ada, baru saya masak masakan ni..ok lah..nanti bila rajin saya ambil gambar makanan dan post resepi lagi ya..ok bye..

Friday, February 20, 2015

Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang

Hutan Liput Lentang ni terletak di sebelah Lebuhraya Karak, Bentong berdekatan dengan Bukit Tinggi..turun dari Bukit Tinggi tu jangan hala ke KL pula..ikut arah ke Kuantan..lebih kurang 2.5km je jaraknya..ikut signboard Hutan Lipur Lentang..
 
Tempat mandi manda pula terletak berdekatan dengan tempat parkir..jadi, kita tak payah la nak menapak jauh2 kan..saya angkut sekali dengan bekalan yang kami bawa dari rumah..betang tikar dan duduk lah tengok en suami layan anak2 main pasir..
Sungai ni cetek je..sesuai sangat untuk kanak2..anak2 saya ni tak kisah pun nak mandi manda..bebudak lain semua kemain seronok berenang-renang..mungkin sebab anak2 saya dah selalu mandi kolam kat rumah kot..diorang lagi seronok nak main pasir, kutip batu, kutip daun semua..angkut la segala mangkuk cawan buat main..
 
Tengok Cik Nuha tu..nak mandi cebok je air jirus kat kepala..haha..'kampong' betul la hang ni Nuha..tak tau cara nak mandi sungai..huhu..kena dedahkan selalu nih..
 
Best juga tempat ni..kemudahan semua ada..tandas bersih, surau pun dekat..InsyaAllah kalau datang sini sure nak singgah lagi..saya akhiri dengan pesanan Dr. azizan Osman ni..
Ya tahun ni tahun membina kewangan..ada lagi projek menanti..tapi jangan la kedekut dengan anak2 pula..kita kerja kuat ni untuk siapa? untuk anak2 juga kan..boleh je pilih tempat riadah yang boleh create bonding dengan family, close to nature, flora dan fauna..dalam masa yang sama tak membazir..contohnya bawa bekal dari rumah..kan best macam tu..beriadah ni penting untuk eratkan hubungan selain hilangkan stress..Alhamdulillah anak2 pun happy dan behave..tak pula diorang minta belikan macam2..

Animal Park, Bukit Tinggi, Pahang

Yeay!! dah sampai Animal Park..
Eh sebelum tu kami dah isi perut siap2 dalam kereta..saya bawa bekalan dari rumah nak picnic kat tepi sungai tapi perut masing2 dah lapar so makan je lah dulu dalam kereta..perut anak2 ni kena jaga selalu..kalau tak penuh merengek je sampai bingit telinga..
Kemain asyik menikmati nasi dengan kari ayam..sedap la tu..

Di sini cuma terdapat rusa dan arnab je..oh ada kuda seekor..boleh juga kalau nak ride..semua haiwan di lepas bebas dalam kandang yang tertutup..seronok melayan anak2 kat sini..arnab semua comel2 belaka..en suami tanya pada penjaga tu kalau2 ada arnab yang nak di jual..malangnya tak ada..huhu..
Cik Nuha ni penyayang orangnya..cita2 nak jadi Doctor Animal..saya kata Vet la..dia kata taaakkk..Doctor Animal..hmmm..lantak pi lah..ke hulu ke hilir dia kejar arnab nak suap makanan..dah puas main dengan rusa dan arnab, kami bertolak balik..cadangnya nak singgah picnic di Hutan Lipur Lentang pula..

Japanese Village, Bukit Tinggi, Pahang

Japanese Village ni terletak berdekatan dengan Colmar Tropicale..nak datang sini boleh bawa kereta sendiri atau naik je tram yang disediakan..FOC je..so nak balik nanti tunggu je kat pondok yang telah disediakan..
Bila dah sampai pitstop, lepas tu menapak lah ke Japanese Village..jauh betul sampai kejang kaki berjalan..naik tangga, naik bukit, turun bukit..hadoii..yang peliknya Habib ni naik tangga pun berlari..naik bukit pun berlari jugak..mama nak angkat kaki pun tak larat dah..ajaib sungguh..mai mana tak tau energy dia..saya nasihatkan tak payah la bawa stroller..dukung je anak senang sebab banyak anak tangga yang kita kena lalu nanti..
Finally sampai jugak..huhu..kat area sini ada orang jual takoyaki..bau macam sedap tapi takut tak halal pulak..so pendamkan hasrat..makan takoyaki kat plaza depan rumah sudah..
Dia selalu di hadapan..tak terkejar dah..
Boleh bergambar dengan kimono..saya tak cuba pun..
Yang bestnya ni lah..anak sungai..ada mini waterfall jugak kat situ..tenang je rasa..bunyi deruan air tu buat hilang penat mendaki..huhu..Cik Nuha merengek nak basuh tangan..layankan aje..
Berkenan sangat la dengan rumah ala Jepun nih..very2 neat..
Ok..turun balik..bila turun happy lah kan..ini je gambar yang saya ambil sebab betul2 penat la..semput bawa beban badan sendiri..huhu..gambar Habib je berlambak..sebelum balik beli sedikit cenderahati buat kenangan..lepas ni nak tunggu tram balik ke Colmar balik then ambil kereta terus ke Animal Park..jumpa di next entry ok..bye..

Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang

Sebenarnya kami tak rancang pun nak pergi Bukit Tinggi ni..ingat nak balik kampong cuti raya cina kali ni tapi Mak pula nak mai KL..lagipun cuti sekolah bulan 3 nanti pun nak balik kampong jugak so tak apalah..raya di sini sajalah..
Awat muka macam jeruk je tu hah?? sebenarnya Nuha nak ikut Habib pergi toilet tapi mama tak bagi..bila suruh bergambar monyok je lah..
Haaa tengok muka kemain manis bila jumpa abang dia..tak boleh berpisah langsung..satu lagi perangai dia yang saya perasan, bila dia cakap dengan Habib tapi Habib buat tak tahu je, sat lagi merajuk la dia..
SubhanAllah..MashaAllah..cantik kan view nih?!



Eh!? malu pulak..kata nak belon kena la bergambar dulu..
Sebenarnya salah kot bagi angsa ni makan popcorn..tapi kesian angsa tu lapar..
Ada dua ekor..sepasang kot..Nampak kami terus datang sua mulut minta makanan..
Budak ni berlari je kerjanya..energetic betul!
Ok..jom kita ke Japanese Village pula..naik tram..padahal naik kereta sendiri pun boleh cuma takut tak ada parking sebab orang ramai betul hari tu..ok lah saya masukkan entri Japanese Village di entri yang lain ok..

Oh ya by the way, driver tu dok bercerita kat en suami yang The Chateau Spa & Organic Wellness Resort yang terletak berdekatan dengan Colmar ni sebenarnya Hotel 7 bintang..harga bilik untuk semalam RM7k++..duhhh..pitam..harga pakej 10 hari dari airport and then naik heli landing kat Bukit Tinggi lebih kurang RM75k++ all in termasuk segalanya organic..rasanya orang kaya yang sakit je kot yang menginap kat sini..nak recover kan..so spent time kat sini tenang la sikit kot..huhu..