Ingat lagi tak tentang rumah duplex yang saya post tempohari. Beberapa hari selepas tengok rumah tu saya dan en suami seakan angau dengan rumah tu..sampai termimpi-mimpilah..terus bincang dengan agen, katanya kami boleh dapat banyak diskaun..
Saya pun dengan selambernya cubalah apply. Mana tahu rezeki kami kan..kalau dapat 90% atau at least 85% pun ok la..rumah kedua tak banyak yang kita boleh dapat kan..boleh la nak korek2..
Few weeks lepas tu tak sangka ok..loan rumah yang kami apply untuk rumah duplex ni berjaya diperolehi sebanyak 77%..lebih kurang RM538k gitu..Selepas bincang..en suami suruh terima ja..sejak hari tu hati saya dah berbolak balik sebab semuanya jadi lambat dan tak betul..diskaun yang digembar-gemburkan pun tak banyak mana..so, down payment kena top up lebih dari yang sepatutnya..sepatutnya bermakna kami dah setuju dari awal untuk certain amaun dan dah buat budget lah kan..jadi bila dah over budget..hati dah macam berat dah..
Dah cerita dengan Mak, Mak kata kalau boleh afford terima sajalah kan..tapi detik hati kita hanya kita yang boleh rasa..so, mak suruh fikir habis2 dan buat istiqarah..jangan terburu2 buat keputusan pesan Mak..
Malam tu saya buat Istiqarah..tapi tak nampak petanda pun..cuma rasa tak sedap hati je..separuh hati nak rumah ni..separuh lagi rasa macam tak sesuai dengan kami..tapi heret jugalah kaki jumpa Banker dan sign beberapa document..keesokan harinya jumpa Lawyer pula untuk sign SPA..masa tengah dok sign SPA yang beratus2 helai tu sempat la sembang2 dengan lawyer..lawyer pesan apa saja diskaun yang dijanjikan perlu ada hitam-putih..ada surat la maknanya sebab dalam SPA tak tulis semua diakaun tu..ye la rumah ni under-con so, memang diaorang letak harga asal lah kan..haih..dan2 jugak saya call agen minta agen buat surat..dalam dok sembang dengan agen tu pun dia bagitau yang kami perlu bayar lebih lagi untuk down-payment..duhh..hati saya memang dah terbalik dah..cakap tak serupa bikin..Masalahnya, SAP semua dah sign..so, saya beritahu lawyer untuk hold dulu..selagi saya tak dapat surat dari agen/developer tentang diskaun jangan buat apa2 lagi dengan SAP..so, lawyer tu pun ok..dia hold dulu..dia tak bagi developer sign SAP tu lagi dan tak stamping..
Balik rumah malam tu saya susah nak tidur..terjaga malam saya terus buat istiqarah lagi dan bincang dengan en suami..ye financially kami mampu nak bayar down-payment (yang dijanjikan) dan installment tapi realitinya kalau diskaun semua tu hanya auta saja kami memang tak mampu nak bayar down-payment..dah kira over budget..takkan nak habiskan semua savings ke situ kan..in case kalau jadi apa2 macamana? abundant ke? haa..tak ke naya..
So, esoknya tu lepas subuh saya berteleku dok fikir..nak ke tak nak..nak ke tak nak..masa beli rumah yang yang kami tinggal ni dulu, semuanya jadi smooth ja tau..kami dapat apa yang dijanjikan..sangat berbeza dengan kali ni..awal2 lagi dah tak 'jujur'..so pantas jari saya wassap lawyer beritahu keputusan kami..bukan senang ok, nak suruh terminate selepas apa yang kami gone through..dah sign doc dengan Banker..dah sign SPA..rasa bersalah sangat..tapi demi kebaikan sendiri dan masa depan..kami terpaksa buat keputusan juga..Cuma kami kena bayar penalty je lah..rugi memang rugi..tapi hati dah jadi lapang..lapang ok..kami tak nak beli rumah lagi sehingga 2 tahun akan datang..2 buah kereta dah nak habis bayar tinggal lagi satu je lambat lagi..so, settlekan yang 2 tu dulu..cantikkan account bank seperti apa yang diajar oleh Banker - Mr. Kong..lagi 2 tahun mesti lebih banyak % loan yang kami boleh dapat kalau ikut nasihat dia..beli rumah ni tak rugi..tapi kena bijak juga la kan..baru la dalam untung ada untung..
Saya beritahu Mak..Mak kata cari rumah landed lah..mahal pun tak apa..ada tanah sendiri..cukuplah kondo sebijik..emm..Mak kata lagi..kadang Allah bagi pentunjuk dengan menggerakkan hati kita.. ya lah Mak..
Setiap apa yang terjadi, ada hikmahnya..banyak juga kami belajar dari 2 orang Banker dan Lawyer tu..dan ianya sangat2 berguna di masa akan datang..thanks a lot..
And you know what!? few days lepas tu saya dapat tahu yang loan dari Bank yang kami apply tu interestnya adalah yang paling tinggi! damn!! so, nampak tak hikmahnya tuh di sini..
NOTA TAMBAHAN : Rumah ni memang sangat cantik, moden dan boleh jadi investment yang sangat bagus. Terletak di kawasan yang membangun. Akan datang harganya mungkin mencecah jutaan Ringgit. Apa yang berlaku, bukan rezeki kami. Itu saja! Allah is a Great Planner..
NOTA TAMBAHAN : Rumah ni memang sangat cantik, moden dan boleh jadi investment yang sangat bagus. Terletak di kawasan yang membangun. Akan datang harganya mungkin mencecah jutaan Ringgit. Apa yang berlaku, bukan rezeki kami. Itu saja! Allah is a Great Planner..
No comments:
Post a Comment