Aidiladha kali ni saya pertama kali masak soto untuk hidangan keluarga..soto ni saya ikut cara Kak Azie dari aziejaya.blogspot.com..tapi macam biasa la..kalau tak skip bahan dan menambah sesuka hati memang tak sah la kan..resepi Kak Azie ni memang sedap lah..recomended!! Untuk yang nak masak banyak, boleh terjah blog Kak Azie sebab resepi yang saya nak kongsi ni saya kecilkan sukatan bahannya dan saya permudahkan untuk hidangan keluarga kecil saya ni..
Cadangnya nak masak Nasi juga tapi tetamu yang nak datang tak jadi pula..seronok tinggal kat Genting Highland gamaknya sampai tak nak turun..hihihi..jadi saya masak soto je lah..tengaharinya pula kami sekeluarga ke Melaka sebab en suami nak bagi gaji untuk pekerja kebun..
Ok jom semak bahan..
Bahan bahan:
2 ketul dada ayam
1 sb serbuk perencah sup Adabi
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
Garam
Serbuk perasa
5 ulas bawang merah diblend
3 ulas bawang putih diblend
1 inci halia diblend
2 batang serai diketuk
Cara-cara:
Panaskan minyak didalam periuk..
Masukkan serai..
Tumiskan bahan bahan yang diblend tadi..
Masukkan serbuk perencah dan semua rempah ratus tadi..
Kacau sehingga naik bau..
Masukkan air..
Kemudian masukkan ayam..
Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa..
Biar hingga mendidih..
Lepas tu boleh tutup api..
Keluarkan ayam dari dalam periuk..
Goreng ayam seketika dan carikkan isi ayam bila sejuk..
Sambal Cili
Segenggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap
Gula
Blend segenggam cili padi dan bawang bawang. Masak dalam periuk, masukkan kicap dan gula.
Bahan bahan Lain:
Taugeh – goreng tanpa minyak (saya skip)
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
Bawang goreng
Soon goreng - goreng dalam minyak panas..tak payah cuci, terus goreng..
Begedil
Nasi Impit – potong kecil
Isi ayam yang dicarik
Begedil
2 biji kentang besar
daging kisar
2 pokok daun sup
3 biji bawang merah
1 biji telur
Garam
Lada sulah
Minyak zaitun
Cara-cara:
Potong kentang dan goreng sehingga empuk..angkat..toskan dan lenyek..masukkan ke dalam mangkuk besar..
Hiris bawang merah dan goreng sehingga garing..satukan ke dalam mangkuk besar bersama kentang tadi..
Goreng daging kisar..satukan ke dalam mangkuk besar..
Hiris daun sup..masukkan ke dalam mangkuk besar..
Dalam mangkuk besar tadi, masukkan garam dan lada sulah..
Titiskan minyak zaitun..
Satukan semua bahan dan kepalkan ikut bentuk begedil..
Bila nak goreng, salutkan dengan telur dan goreng sehingga garing..
Budak 2 orang ni lah 'tetamu' pertama kami..heheh..bangun tidur terus hirup sup..Nuha merajuk sebab Habib tak bagi share ipad..huhuh..
No comments:
Post a Comment