Tuesday, January 29, 2013

Zoo

Fuhh!! Tengah dok mengah berjogging atas treadmill depan tv tetiba Nuha pula terjaga dari tidur..lantas saya masuk bilik capai handphone dan susukan Nuha sambil update blog..ermm macam tu la orang perempuan kan..lagi2 yang dah bergelar ibu..setiap masa yang ada digunakan sepenuhnya sebaik mungkin..

Hari ni saya cuma nak kongsi sedikit gambar dan cerita kami sekeluarga di Zoo Negara weekend yang lepas..sejak ada anak ini kali ke-7 tak silap saya kami ke Zoo..termasuklah Zoo Negara, Zoo Taiping dan Zoo Melaka..

Habib seorang pencinta haiwan..tiap kali pulang dari sekolah kami pasti singgah di kedai aquarium berdekatan dengan sekolahnya..tiap2 hari tak pernah jemu..

Saya juga pernah mendengar seorang kanak2 pintar yang bercita2 menjadi seorang saintis berkata yang ibubapanya seringkali membawanya ke zoo ketika kecil..disebabkan itulah minat menjadi seorang saintis itu timbul! Beliau juga banyak memenangi pingat berkaitan sains..

Pada mulanya saya agak keliru..kalau nak jadi Vetinerian (tak tau eja) tu logik la jugak kan..saya bukannya pandai sains pun..apa kaitan sains dan haiwan pun saya tak tahu sangat..

Sejak itu saya tak kisah kalau nak bawa anak2 tengok haiwan selalu..saya selalu menyokong kehendak mereka..saya tak paksa..malah saya sendiri yang akan pujuk en suami yang malas nak ke Zoo kerana katanya tiketnya sangat mahal dan tak berbaloi dengan keadaan Zoo yang tidak diselenggarakan dengan baik..kadang2 kesian sangat pada haiwan yang sering dibiar kelaparan..mungkin pihak Zoo mahu haiwan2 berkenaan mesra dengan pengunjung..pengunjung boleh beri mereka makan (dengan daun yang tersedia)..pernah sekali Siamang yang terkurung dalam sangkar dengan muka sedihnya menadah tangan meminta makanan dari kami..sungguh kesian!

Minat pada haiwan itu sifat azali anak2 saya yang saya kira cukup bagus untuk memupuk sifat penyayang dan bertanggungjawab..sayang sekali kami tak boleh membela kucing kerana Habib alah dengan habuk dan bulu kucing..yang ada cuma 3 ekor ikan yang dinamakannya Curry bun, Pau dan Cookie..kreatif tak Habib pilih nama ikan..hahah..lagi 4 ekor ikan cuci cermin tu tak ada nama..

Ok lah cukup dulu membebel untuk hari ni..jom kita sihatkan badan dengan senaman..kurangkan makan dan minum yang manis2..InsyaAllah boleh maintain..badan cergas dan sihat..paling penting tidak gemuk kerana gemuk adalah punca segala penyakit terutama penyakit MALAS! (sempat lagi tuh!)

Enjoy the gambars ye..gambar Chombi (sea lion) and the gang perform tak dapat nak upload sebab ada dalam handfon en suami..al maklumlah..bateri iPhone saya ni macam cheesecake..kejap je habis! Heheh..

No comments:

Post a Comment