Tuesday, January 8, 2013

Sayur Goreng Sos Tiram

Bahan-bahan:

Lobak merah dihiris
Kobis bunga dipotong kecil
Sawi dipotong kecil
*boleh guna sayur lain
1/2 biji bawang besar dipotong bulat
2 biji bawang putih
2 sb sos tiram
Garam
Serbuk perasa
Air
Minyak masak

Cara-cara:

Panaskan sedikit minyak masak..tumiskan bawang putih dan juga bawang besar sekejap..masukkan sos tiram serta sedikit air..masukkan pula lobak merah dan juga kobis bunga..masak sehingga sedikit lembut..kemudian masukkan sawi dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa..awas jangan terlebih garam kerana sos tiram sudah masin..siap!
Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment