Tuesday, January 8, 2013

Ketam Goreng

Ketam lagi..haih tak jemu ke? Hari ni en suami beli ketam untuk anak2 je..beli 2 ekor je..cukup la kan..

Hasil carian di google, saya pilih nak goreng ketam ni untuk anak2..

Pertama kali saya masak ketam goreng ni..rasanya boleh tahan..tapi jika next time nak masak lagi saya pasti goreng bahagian badan sahaja..bahagian kaki dan kepit ketam tak boleh goreng..susah nak makan..

Ok lah back to the recipe..

Bahan-bahan:

2 ekor ketam dibelah dua
1 sb serbuk kunyit
1 st serbuk jintan putih
1 st serbuk kari ketam
1 st garam
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 tangkai daun kari
Minyak masak

Cara-cara:

Panaskan minyak..gaulkan semua bahan bersama ketam hingga rata dan goreng seperti biasa tetapi jangan terlalu lama nanti ketam akan jadi kering atau terlebih masak..siap!

Aromanya yang harum semerbak dan sangat sedap diratah begitu sahaja..selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment