Thursday, January 3, 2013

Ayam Goreng Special

Heee..special lah sangat..resepi ni sebenarnya bukanlah special pun..cuma kadang2 juadah biasa boleh jadi special kalau tahu caranya..

Ayam goreng biasa kalau ditambah ramuan rempah boleh jadi ayam goreng berempah betul tak?

Untuk hari ni saya gaulkan ayam seperti biasa bersama kunyit dan garam..tapi untuk membuatnya nampak special, saya tambah 2 ulas bawang putih dan 2 inci halia yang ditumbuk..perap seketika dan boleh digoreng..bau semerbaknya sahaja boleh buat kecur air liur..

Resepi yang amat mudah dan nampak special..selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment