Wednesday, February 18, 2015

Menabung

Terbaca blog K.Lyna Noh tentang Cara Jimat Ajar Anak Menabung buat saya pun nak cerita jugak bab menabung ni. Saya setuju sangat ajar anak menabung ke dalam tabung transparent..Ia beri motivasi kepada anak untuk terus menabung..Ini pengalaman pertama saya memandangkan saya sedang mengajar Habib iaitu anak sulung saya cara menabung.

Mula2 saya ajar Habib menabung macam biasa iaitu baki duit belanja sekolah terus masukkan ke dalam tabung. Memang cepat tabung Habib penuh sebab dia jarang belanja dia sekolah. So tak jadi masalah untuk dia menabung. Jadi saya fikir saya nak ubah sedikit cara menabung.

Saya belikan Habib dompet comel gambar karector kegemaran dia. Nuha pun dapat juga. Kemudian saya beri Habib & Nuha duit belanja seminggu terus.

Habib
KAFA = RM1 x 5 hari = RM5
Sekolah = RM2 x 5 hari = RM10
Total = RM15

Nuha
RM1 x 5 hari =RM5

Saya memang dah bersedia halalkan siap2 kalau duit tu semua hilang. Ini semua proses untuk jadikan Habib seorang yang bertanggungjawab. Jadi untuk Habib saya beri dia RM1 sebanyak 15 keping. Tapi abbu bagi cadangan agar Habib cuma bawa 10 keping je dan simpan selebihnya dalam tabung siap2. Kalau tak cukup nanti korek tabung. Haha. Setiap hari selepas pulang dari sekolah atau KAFA saya akan tanya, Habib beli apa? baki duit tinggal berapa RM? Saya juga minta Habib untuk buka dan tunjuk dompet kepada saya. Hasilnya dihari terakhir minggu masih ada duit berbaki RM3. Maknanya, dalam seminggu Habib cuma belanja RM7 sahaja untuk KAFA dan sekolah. Semestinya baki duit itu terus masuk tabung.

Apa yang saya lihat, bukan saja Habib berjaya untuk berbelanja dan menjaga dompet sebaik mungkin, tetapi dompetnya juga berada dalam keadaan baik. Nampaknya anak bujang saya dah besar dan boleh bertanggungjawab.

Nuha pula cerdik bebenar. Bila nak beli something tak nak guna duit sendiri. Hmmm. Duit dia memang tak terusik la jawabnya. Walhal dia yang paling banyak belanja. Kalau hantar Habib ke sekolah ada saja yang dia nak beli di kantin. Pulak tu mama yang kena bayar. Baik simpan je dompet tu kat rumah. Huhu. Kat rumah pulak asyik buka dompet kira duit je kerjanya. Takut hilang. Haha.

Oklah..nanti nak kena belajar cara didik anak perempuan belanja dengan berhemah pula. Kalau dah berjaya, saya share kat sini ok.



No comments:

Post a Comment