Kalian ada fav series tak? saya tak pernah minat drama/filem melayu melainkan buah tangan Yasmin Ahmad..jangan tanya kenapa saya tak minat..tak adil jika saya komen atau kondem sebab saya tak tonton pun..Channel tv kegemaran saya adalah TLC..kadang2 DIVA..itu sahaja..
Selain melangut tv..saya suka dengar radio ikim fm terutama di waktu pagi dan juga di dalam kereta atau semasa tunggu anak di sekolah..segmen kegemaran tentunya Islam Itu Indah di ikim fm setiap Rabu jam 10.00 pagi..rancangan tu sebenarnya dah banyak ubah diri saya dari seorang ibu yang garang kepada seorang ibu yang semakin cool..masih lagi struggle untuk jadi ibu yang cool sebenarnya..bukan senang nak didik gen Z ni..diri kita yang kena ubah dulu..diri kita yang perlukan ilmu..diri kita sendiri yang perlu dipenuhkan dengan segala kebaikan terutama kasih sayang..baru boleh nak berikan kepada anak2..jadi saya sememangnya perlukan motivasi untuk terus istiqamah menjadi ibu yang cool dan solehah..
Walau siapa pun kita, sebagai ibu kita tetap kena belajar..jangan berhenti belajar..kita ada 'produk' prototype dalam tangan..takkan nak produk tu jadi dummy selamanya kan..terlalu banyak sumber yang boleh kita jadikan rujukan..tak salah kita nak belajar dari buku atau ebook atau tv malah facebook juga tiada masalah..guna medium yang kita pilih itu sebaiknya..pilih page yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan..umpama pisau ditangan tukang masak dan pisau ditangan penjenayah memainkan peranan yang berlainan..jadi kita sendiri yang pilih macamana nak manfaatkan medium yang kita ada..
Sebagai ibu muda gen Y kadang kita ni degil..banyak sangat logiknya..selalunya kita nak ikut kepala otak sendiri je..apa yang mak kita nasihatkan kita ambil mudah je..kita Google dulu kesahihannya..kita timbang2 dulu..kalau betul baru kita ikut..kalau tak, masuk telinga kiri keluar telinga kanan lah jawabnya..ego kemain tinggi konon kita lagi pandai..mak tak tau pun Google tu apa..jadi kita ambil inisiatif sendiri untuk cari maklumat tanpa perlu bertanya kepada mak lagi..itu kita yang gen Y nih..bayangkan esok2 anak2 kita yang gen Z tu pulak macamana..nak tak nak kita kena ikut perkembangan..kena serba tahu..kena lebih cekap dan pantas dalam menyelesaikan semua permasalahan anak..
Ambillah peluang sekarang..kalau anak bertanya kita kena jawab..beri perhatian kepada anak..luangkan masa berkualiti sebanyak mungkin dengan anak2..akan sampai satu tahap anak2 dah tak peduli kita dah walau fizikalnya masih perlukan kita, masih dekat dengan kita..akan datang anak2 akan cari maklumat sendiri..selesaikan masalah mereka sendiri..itu yang takut tu..anak2 sekarang mungkin lebih bijak (evolusi) tapi sebenarnya kematangan dan pertimbangan mereka tak macam kita dulu..
Saya throwback sikit ye..semasa saya darjah satu, saya berulang alik ke sekolah dari rumah maktok jalan kaki sendiri..jaraknya lebih kurang 1km..dari Bagan Lebai Tahir ke SK Bagan Ajam..JALAN KAKI OK! hari pertama persekolahan saya dah berdikari..mak tak tunggu dikantin waktu rehat..saya buat sendiri semuanya..tapi zaman anak saya sekarang dah masuk darjah satu masih saya hantar sampai depan kelas..2 minggu pertama saya tunggu dikantin..bukan anak saya tak boleh berdikari tapi saya seolah2 tak harapkan anak..zaman kita dulu jalan lah sampai 10 km pun tak ada apa2..sekarang??? depan rumah pun ada yang kena culik..
Keadaan semasa, pencemaran, virus/wabak sedang menggugat kebebasan anak2 kita sekarang..anak2 banyak bergantung harap dengan kita..nak keluar kena keluar dengan kita..sendiri2 tak boleh..nak main air kena make sure berjaga2 takut kena virus kencing tikus..nak main kat taman pun takut kena gigit dengan nyamuk aedes..nak lepas bebas takut kena culik..banyak sangat 'larangan' walau kita tak peduli pun tapi awareness tu tetap ada..anak2 kita terlalu bergantung dengan kita..jika kita tak jadi orang paling dekat yang boleh diharap, ada orang lain akan ambil tempat tu..nak harapkan cikgu? berapa jam je kat sekolah..dan dalam beberapa jam tu cikgu bertukar2..so most of the time anak2 dengan kita..saya sebagai surirumah pun kadang tak ada kualiti time dengan anak..so macamana nak handle dan urus masa kita? thats why kita kena belajar..kan seronok kalau kita ibu yang cool..selalu buat aktiviti yang fun dengan anak..create rumah kita as fun place to lives in..best kan..
Ok, saya nak share tv series kegemaran saya dengan kalian..saya rasa reality tv tentang parenting macam ni sangat bagus untuk di tonton..
No 1 : Little People Big World
Google je pasal Roloff Family ni..ber page2 akan keluar kisah mereka..banyak yang saya belajar dari Matt & Amy Roloff..they are little people..dengan keadaan fizikal macam tu pun mereka dapat besarkan anak2 yang average size cuma sorang je kerdil..
Apa yang menarik tentang Roloff ni, anak2 mereka dibesarkan dengan cara seimbang..selain akademik mereka banyak buat aktiviti outdoor..dari bermain sampai berkerja..segala kerja pertukangan, mekanikal, berkebun dan pembinaan semuanya didedahkan kepada Jeremy, Zach, Molly dan Jacob sejak awal usia lagi..
Ya mereka juga tak perfect, rumah macam tongkang pecah tapi apa yang saya lihat kedua parents Matt & Amy lebih pentingkan kebahagiaan anak..sangat positif dan selalu encourage anak2..mereka juga hormat dan terima idea anak..yang tu saya kagum sangat..anak2 pun kadang ada yang degil..bergaduh sesama sendiri tapi mereka tetap anak yang membanggakan..
Kisah mereka mengajar bagaimana nak hidup dalam impian..bukan sekadar bermimpi 'impian akan tiba suatu hari nanti'..
Oh ya lagi satu..dari siri inilah saya belajar untuk tidak peduli kepada mata2 yang memandang bila kami di luar beriadah atau membeli-belah..well, saya kahwin dengan warga asing..remember? so ada kelebihan yang saya ada orang lain tak ada..jika dulu saya macam segan sikit tapi sekarang orang tak tanya pun saya beritahu..hihihi..
No 2 : 19 Kids And Counting
19 kids and counting juga jarang saya missed..walau keluarga Duggar ni banyak isu saya tetap minat nak tonton..Jim Bob & Michelle Duggar ni ada 19 orang anak, 3 orang menantu, 3 orang cucu and counting sebab Jill & Jessa dah kahwin tahun lepas dan Jill pun bakal dapat anak..hahaha..berapa banyak dan daaa..
Apa yang best tentang keluarga ini ialah mereka sangat moden, modest, bijak dan juga berpegang teguh pada agama..pada agama mereka lah..dan satu lagi yang bestnya kesemua anak2 Duggar di sekolahkan sendiri oleh Michelle Duggar iaitu ibu mereka sendiri dirumah..banyak tips yang boleh saya dapat sini..
Mereka diajar akademik, muzik, bahasa asing dan juga mentelaah kitab mereka..Anak2 yang besar boleh elaborate kandungan kitab mereka berdasarkan situasi..yang tu saya nak ikut..saya bercadang nak ajar anak2 faham tentang alQuran..bukan sahaja boleh baca dan hafal..saya juga nak anak2 saya boleh elaborate kandungan alQuran dengan baik..sebelum saya ajar of course la saya perlu mentelaah alQuran berpandukan Tafsir terlebih dahulu kan..yang ni berguru lebih baik..
Selain itu, mereka juga diajar bahawa 'Hidup Untuk Memberi'..memberi servis kepada orang yang memerlukan..jadi setiap anak digalakkan untuk menyertai apa saja misi bantuan..mereka tak pergi dengan tangan kosong..sebelum memberi servis, mereka telah dibekalkan kemahiran tertentu untuk berkhidmat..ada diantara mereka ahli bomba, midwife dan sebagainya..mereka akan mengembara ke luar Negara untuk memberi servis..
Apa yang saya lihat, Michelle sangat menggalakkan anak2nya terlibat dalam misi menyebarkan agama mereka..macam2 mereka buat untuk memberi kitab mereka kepada orang awam..contohnya saya pernah lihat mereka buat satu parcel yang diikat dengan paracut untuk dijatuhkan dari atas ke Negara yang punya penganut minoriti seperti Iraq..mereka juga selalu meninggalkan banyak nota2 berkaitan agama mereka di penjara secara percuma tanpa copyright..ternyata mereka kreatif dalam hal begitu..jadi saya lihat, kita boleh ambil inisiatif sebegitu untuk menyebarkan agama Islam..kadang not-yet-Muslim ni bukan tak suka dan tak nak masuk Islam tapi mereka tak tahu tentang Islam..sebagai seorang Muslim, kita juga bertanggungjawab untuk memberitahu not-yet-Muslim tentang Islam..
Saya punya hasrat untuk compile satu journal termasuk calendar, planner, kata2 semangat, Surah2 pendek, Surah2 amalan, Al-ma'thurat, Doa2 harian semuanya berserta makna dalam 2 bahasa iaitu Melayu dan English dan sedekahkan ke penjara. Kalau boleh lah kan..nanti kena call Penjara Kajang dulu..Saya nak beri something untuk akaun akhirat saya nanti..sengaja saya tulis disini agar kalian juga terpengaruh dan boleh tiru dengan inisiatif macam ni..mari kita sebarkan Islam sama2..dakwah dalam diam..selain ia menjadi rujukan banduan Muslim, boleh juga untuk dibaca oleh banduan not-yet-Muslim..
Ok, balik kepada Keluarga Duggar, mereka hidup penuh dengan kasih sayang..mereka mengambil berat satu sama lain..walaupun anak2 berderet, mereka semuanya behave sangat..saya suka pendekatan Michelle yang selalu mendengar, memberi arahan dan menjawab pertanyaan anak2 nya dengan cara berhemah..yang ni saya telan bulat2 dari Michelle..
Saya galakkan kalian tonton siri ni..banyak pengajarannya..ambil yang jernih dan buang yang keruh..kita dah dewasa kann..
No 3 : Cake Boss
Siapa tak kenal Buddy angkat tangan!! Korang memang la..ok lah korang baik..saya ni suka tengok tv hahaha..lepas tu berangan nak jadi cake boss..
Sebenarnya saya ada pengalaman jual kek dan kuih raya..saya selalu bantu mak terutama bila tiba bulan Ramadhan..mak memang pakar..kuih raya yang mak buat semuanya sedap belaka..dah la sedap, cantik, murah dan banyak pulak tu..dulu mak jual kuih raya pada kawan2 ofis ayah, kawan2 mak dan jiran2 kat rumah..memang tak menang tangan mak buat kuih raya dan juga kek..cuma mak tak ada bakat dalam urusan perniagaan so bisnes tu berkubur saja..
Selain berangan nak buka kedai kek dan kuih raya, saya suka tengok cara Buddy uruskan pelanggan..Buddy punya team yang sangat kuat..seluruh ahli keluarganya berkerja keras untuk majukan Carlo's Bakery..kagum sangat2..
Teamnya juga sangat kreatif..determination dia sangat saya kagum..jatuh bangun dalam bisnes perkara biasa..dengan adanya kasih sayang buat kita boleh perga lebih jauh..
Ok lah..dah lenguh tangan saya menulis..banyak yang saya merapu..ambil yang baik, yang tak baik lupakan saja..nanti bila2 saya banyak duit yang tak nak guna, saya nak pergi U.S nak melawat 3 negeri iaitu Oregon, Arkansas dan juga New York..orang yang suka berangan adalah orang yang kreatif dan mampu menyelesaikan masalah dengan mudah..so, jangan ketawakan saya..nanti bila dah jumpa Roloff, Duggar dan Buddy saya cerita di sini ok..bye..
No comments:
Post a Comment