Monday, February 2, 2015

Al-Fatihah Buat Arwah Adik Hadif Hadfi :,(

Innalillahi Wainna Ilaihi Raaji3uun..

Sedih tak tahu nak cakap macamana..
Saya kenal ibu arwah..Kak Rafeah ni staff Haidar kawan baik en suami..so bila Haidar & Sumi buat kenduri memang selalu la jumpa Kak Rafeah dan family..Last kami jumpa masa Haidar buat majlis hari jadi anaknya Ahnaf di Safa Restoran Jalan Ampang tahun lepas..aduhaii..tak tahu macamana nak cakap..sedih sangat sebab terbayang2 wajah arwah Hadif ni..

Takziah saya ucapkan buat Kak Rafeah sekeluarga..tabahlah terima ujian ini..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..jangan la akak sedih2..Hadif dah ada kat tempat jauuuhhhh lagi baik dari sini..Hadif dah ada di syurga kak..sedih, rindu memang tak boleh dibendung tapi ingatlah selalu yang akak sebenarnya sangat bertuah sebab dah ada penunggu di syurga..

Usah lah akak salahkan diri sendiri atau sesiapa..apa yang terjadi semuanya ketentuan Tuhan..it was an excident!It may happen to anybody at anywhere.. persetankan saja keyboard warriors yang tak berhati perut..bangkitlah..hiduplah demi abang dan kakak Hadif..saya doakan semoga Allah tenangkan hati akak..lapangkan dada dan dapat terima semuanya adalah qada dan qadar dariNya..Al-Fatihah :'(


KUALA LUMPUR 30 Jan. - Belum pun reda kisah menyayat hati seorang kanak-kanak maut selepas terjatuh bangunan kelmarin, hari ini satu lagi tragedi yang sama berulang.

Dalam kejadian terbaharu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun tujuh bulan ditemukan maut selepas terjatuh daripada rumahnya di tingkat lapan di Villa Ketapang, Taman Nirwana, Ampang dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa Muhammad Hadif Hadfi Mohd. Nazim ditemukan oleh orang ramai dalam keadaan menyayat hati iaitu tempurung kepalanya pecah dan otak bertaburan di tingkat bawah kondominium berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas kanak-kanak yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu ditinggalkan bersendirian oleh pembantu rumah yang menjaganya. Beliau memberitahu, ketika kejadian, ibu bapa mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja masing-masing .

“Difahamkan, pembantu rumah yang berusia 45 tahun itu meninggalkan mangsa berseorangan ketika dia sedang tidur. Pembantu rumah warga Indonesia itu kemudian pergi kedai runcit berdekatan untuk membeli barang.

“Bagaimanapun, mangsa yang terjaga daripada tidur dikatakan mencari pembantu rumah berkenaan. Kanak-kanak itu membuka tingkap dan memanjat basikal yang terletak di luar balkoni namun mangsa terjatuh dan meninggal di tempat kejadian.

“Unit rumah yang didiami mangsa terletak di tingkat lapan iaitu merupakan penthouse. Keseluruhan tinggi bangunan adalah sembilan tingkat,” katanya di sini. Tambah Khairuldin, berdasarkan keterangan pekedai berdekatan, pembantu rumah terbabit dikatakan ada datang ke kedai semasa kejadian berlaku.

“Pembantu rumah itu sudah empat tahun bekerja dengan majikannya dan kita kini sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001. “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejurus kejadian berlaku dan pemeriksaan patologi mengesahkan mangsa maut disebabkan kecederaan parah di leher dan kepala,” ujarnya.

Sementara itu, ibu saudara mangsa hanya mahu dikenali sebagai Liza berkata, anak saudaranya itu memang seorang yang lasak dan diketahui selalu bangun tidur sekitar pukul 10 atau 11 pagi.

“Malah dia juga diajar untuk tidak bermain di balkoni kerana sering diingatkan tentang bahaya berada di situ.

“Saya mengetahui kejadian ini melalui adik ipar saya, Mohd. Nazim yang menghubungi dan memaklumkan perkara ini. Seluruh keluarga masih lagi trauma dengan apa yang berlaku terutama ibu bapa dan dua beradiknya yang lain,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment