Saturday, August 30, 2014

Mihun Kuah Laksa


Resepi asal adalah dari maklong saya. Maklong memang pakar buat laksa. Memang sedap sangat2. Berasap group wassap saya minta resepi maklong. Maklumlah first attemp nak buat kuah laksa ni. Tapi biasa la kan orang muda suka sangat nak bereksperimen dengan masakan sendiri. Nak tambah itu tambah ini. Konon nak buat lagi sedap. Lain dari yang lain. Caiitt. 

Untuk buat kuah laksa ni kena plan betul2 nak makan dengan apa. Dengan laksa atau mihun. Sebabnya kalau tak plan betul2 kalian mungkin akan TERLUPA untuk membeli bahan utama tersebut. Jadi terpaksalah makan kuah laksa dengan mihun. Nak minta suami tolong belikan laksa kat pasar pun susah juga takut dia bising kang. Asyik terlupa beli barang je. Dah dua kali pergi pasar pun dok lupa lagi..berangan ke hapa. Adoi. Puas juga cari laksa kering di kedai berdekatan tapi ilek..tak dapat juga..Keluaran Ca Ya Nun Alif ada la tapi yang tu saya boikot. Rembat je lah mihun buat makan dengan kuah laksa. Lagipun anak2 lebih suka mihun dari laksa.

Ok resepi yang bakal saya kongsi dengan diri sendiri ni (hihi) sumbangan Maklong saya dan Kak Azlita masamanis. Blogger cake baker yang terkenal tu. Saya campur tolak ikut suka hati dan jadilah seperti yang saya suka. Nak kata laksa Penang pun boleh, asam laksa pun boleh..seperti biasa saya salin balik resepi ni untuk rujukan sendiri di hari kemudian. Ok, jom intai resepi..Ada 4 steps kesemuanya. Sesuai untuk 1st timer macam saya.

Kuah Laksa.

Step 1.

Bahan rebus :
5 ekor Ikan sardin 
2 ekor ikan termenung
5 keping asam keping
2 st garam
Air

Cara-cara:
Cuci ikan bersih2. Siap selawat..satukan semua bahan dalam periuk. Air ikut suka hati lah nak banyak mana. Rebus ikan sehingga masak. Tutup api. Sejukkan seketika. Kaut ikan dan asingkan tulang dan isi. Blend tulang ikan dengan air rebusan sehingga halus dan tapis masuk balik dalam periuk. Isi ikan pula dibahagi 2 bahagian. 1 bahagian blend sampai halus. Lagi 1 bahagian ramas2 sampai hancur. Juga masukkan balik ke dalam periuk. 

Step 2.

Bahan kisar :
10 biji cili kering - potong kecil dan rebus.
1 ulas bawang putih.
1 biji bawang besar.
2 biji cili padi - Just nice untuk tekak anak2 saya. Kalau nak pedas boleh tambah lagi.
1 batang serai.
1 inci halia.
2 inci belacan bakar.

Cara-cara:
Blend semua bahan kisarsehingga jadi pes dan masukkan ke dalam periuk.

Step 3.

Bahan lain :
5 tangkai daun kesum.
2 batang bunga kantan - saya larikan setengah batang untuk dihiris sebagai topping.
1 senduk kecil petis atau otak udang.
1 kiub pati ikan bilis.
Garam secup rasa.

Cara-cara:
Masukkan semua bahan lain ke dalam periuk dan boleh buka api. Masak sehingga betul2 mendidih. Saya guna api sederhana perlahan dan masak agak lama juga untuk dapat texture dan warna yang menarik.

Step 4.

Bahan topping:
Telur rebus.
Bunga kantan.
Timun.
Bawang besar.
Nanas.
Daun pudina.
Cili padi - saya skip.
Daun salad - saya skip.
Limau kecil - saya skip.

*Hiris bahan topping ikut selera masing2. Lebih halus lebih cantik.

Untuk bahan utama mihun ataupun laksa, rendam dahulu lebih kurang 3 jam (lagi lama lagi bagus) sebelum rebus sehingga lembut. Kemudian toskan dan boleh hidang dan topping ikut citarasa masing2. 

Jazakallahu khairan kathira buat tuan punya resepi.

Selamat Mencuba!


Anak bujang penggemar laksa (semua jenis noodles dia suka)

Petis atau otak udang halal produk muslim.

Kasih Sang Suami

Suami pulang dari pasar dengan barang basah di tangan. Tapi terlupa nak beli apam balik yang dikirim isteri.

Isteri menjerut hati. Tak nak makan sarapan  pagi. Suami keluar semula tanpa telefon ditangan. 

2 jam kemudian suami pulang kerumah dengan peluh didahi. 

"Sorry..i jalan kaki..kereta rosak di pasar tadi." 

Suami hulur bungkusan apam balik ke tangan isteri. Suami berlalu pergi.

Luluh hati. Begitu besar kasihnya pada isteri. Isteri salahkan diri sendiri yang begitu emosi T.T

Saturday, August 23, 2014

MH17 : Malaysia Berkabung

Innalillahi wainna ilaihi raaji3uun..

Tiada kata yang dapat mengungkap rasa dalam hati..terasa begitu sugul..sedih..airmata mengalir deras tatkala melihat keranda yang diusung keluar dari perut pesawat Boeing 747 itu..lebih deras lagi airmata mengalir apabila melihat anak2 mangsa yang masih kecil meraung disini keranda..anak yang turut sama dalam solat jenazah..hati keibuan ini benar2 terusik..membayangkan betapa hebat ujian dan dugaan yang di tanggung oleh keluarga mangsa..

Tanggal 22 Ogos 2014, dari jam 8:30 pagi hingga jam 12:00 tengahari mata saya tertumpu dikaca tv..teruja benar ingin menjadi saksi kepulangan para jenazah yang menjadi mangsa pembunuhan kejam diudara yang mana pesawat yang mereka naiki ditembak jatuh berkecai dibumi..tidak dapat saya bayangkan jika ia terjadi kepada ahli keluarga atau sahabat handai..ingin sekali bersama mereka yang menyambut kepulangan mangsa secara live..

Kadang terasa begitu sayu..alangkah beruntungnya mangsa2 MH17 yang diberi penghormatan sebegitu di mata dunia..matinya di hari baik, di bulan yang baik..perginya ditangisi seluruh pelusuk dunia..diiringi dengan doa yang tak putus2 hingga ke saat ini..Allahu Akbar..penghabisan yang diimpikan..

Terdapat sesetengah kaum kita yang langsung tidak punya emosional intelligent..tiada hati dan perasaan..mengeluarkan komen yang mengguris perasaan..bertelagah menghukum segala istiadat kononnya mengikut ritual agama bukan Islam..Ya Tuhan..terasa malu nak mengaku kita sebangsa, seagama..

"Mangsa bukan siapa2 nak diagung2kan..lain lah alim ulamak!!"

Di mata manusia mungkin tak hebat mana, di mata Allah siapa tahu kan..Ingat ya..kita dipilih untuk ke syurga Allah bukan dengan pahala yang menggunung tapi dengan Rahmat Allah..ya, nak dapat Rahmat perlukan pahala..tapi Allah boleh pilih siapa saja untuk syurgaNya..alim ulamak juga belum tentu masuk syurga..malah belum tentu dapat pengakhiran Husnul Khatimah..wallahu 3alam..

"Berkabung bukan cara kita..itu cara orang Kristian.."

Allahu Allah..memang ya berkabung bukan cara kita..tapi tiada perkataan yang lebih sesuai diungkap untuk menterjemahkan keadaan dimana kita diminta untuk menghormati para jenazah yang bukan seorang ya tapi ramai saudara seagama, senegara kita yang telah menjadi mangsa..kita bersama2 bertafakur mengikut kepercayaan masing2..yang Muslim tentulah diminta sedekahkan Al Fatihah..kalau guna bahasa Arab yang sama maksud 'berkabung' mesti tak jadi isu..

"Mana boleh pakai baju hitam pegi kubur macam orang Kristian.."

Andai pakaian hitam membawa maksud meniru agama lain, seeloknya buang saja pakaian hitam yang ada..sebab dalam Islam tak ada istilah hari ni tak boleh pakai, hari lain boleh pakai..tempat ini boleh pakai, kat tempat lain tak boleh pakai..saya terbaca di news feed, kalau hari raya, hari merdeka, hari perkahwinan kita boleh pakai baju sama warna..so hari perkabungan why not? Tak jadi masalah sebenarnya..yang jadi masalahnya bila keluarnya fatwa kaum kera yang entah apa2..Islam itu mudah..selagi ia tak bertentangan dengan Syarak, buat lah..tak ada masalah..selagi tak ada ritual yang tak selari dengan Islam, buatlah..tak susah pun..yang penting akidah..GPS kita kena straight to Allah..jangan kiri kanan nanti sesat..Allah Akbar..wallahu 3alam..

Akhir kalam, Saya berdoa agar kita semua dikurniakan pengakhiran hidup Husnul Khatimah yang diidam2kan..Saya juga berdoa agar keluarga mangsa MH17 tabah meneruskan hidup tanpa insan tersayang disisi..begitu juga dengan keluarga mangsa MH370.. Dan semoga roh2 mangsa MH17 dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama dengan orang2 beriman serta beroleh syurga idaman..

Al-Fatihah & R.I.P

Wednesday, August 20, 2014

Sagu Gula Melaka

Saya sebenarnya teringin sangat nak makan sagu ni..try google tengok resepi mudah sangat..dan bahan2 pun ada baki buat bubur kacang hari tu..jadi buat je lah..heheh..

Resepi mudah macam ni berlambak kat internet..google je..tapi nak jugak saya post dalam ni..sebabnya nanti bila nak buat lagi saya godek2 blog sendiri ja..tak payah susah2 dah..heheh..

Ada 3 steps..step yang pertama masak sagu dulu..

SAGU.

Bahan2 :
1 cawan sagu.
3 cawan air.

Cara2 :
Didihkan air dalam periuk. 
Masukkan sagu.
Masak hingga sagu kembang dan hilang warna putih.
Jika air kering, boleh tambah air panas.
Angkat dan toskan sagu ke dalam penapis.
Alirkan air paip ke dalam penapis tu untuk buang kanji sagu.
Masukkan ke dalam bekas.
Tekan dengan sudu hingga manpat.
Sejukkan dalam fridge.

Step ke-2..

AIR GULA MELAKA.

Bahan2 :
2 ketul gula Melaka. 
Air.
Daun pandan.

Cara2 :
Masukkan ketiga2 bahan ke dalam periuk dan masak hingga gula cair sepenuhnya dan mendidih.
Tutup api.
Sejukkan.

Step ke - 3..

SANTAN.

Bahan2 :
1 cawan santan.
Air.
Garam.

Cara2 :
Masak semua bahan hingga mendidih.
Sejukkan.

Akhir sekali apabila semuanya sejuk boleh hidangkan. Nak tambah ais pun boleh..

Selamat mencuba..


Friday, August 15, 2014

From Malaysia, we #supportGaza!!

Assalamualaikum..

Saya free hari ni..hihi..tak de benda nak buat..maka terjadi lah entri ni..walhal baju sebakul belum lipat..huhu..

Saya beli tshirt ni dari sarcasteek.com..kain elok sangat2..100% cotton..saya ni cerewet sikit bab jenis kain..murah atau mahal, branded ke tak itu belakang kira..yang penting jenis kain lebih2 lagi untuk anak2 memang wajib yang elok..yang tak panas..
Bila tengok tang label..alahai..made in Bangladesh rupanya..jadi saya tahu la berapa harga kos sehelai tshirt tu..tapi tak pe lah..lagipun 100% keuntungan dari hasil jualan tshirt ni pihak sarcasteek.com salurkan ke Rumah Pengasih Warga Perihatin..
See..muat2 je dengan Habib..
Balik dari kelas math petang tadi terus bawa anak2 pergi PKNS..sempat la cik Nuha ni ambil lolipop di kedai kami..tapi Habib tak minat pula..candies berlambak2 depan mata pun dia buat tak tahu je..

Asalnya nak cari beg sekolah dan kasut Nuha..beg sekolah dia dah koyak rabak..kesian Nuha..kasut pun dok lasam yang pink tu lah..raya pun pakai yang tu..pergi sekolah pun yang tu jugak..nak jalan2 pun sarung tu jugak..sebijik perangai mama..pakai barang sampai lunyai baru beli lain..dah berkenan sepasang kasut tapi tak de saiz pulak :(

Akhirnya balik tangan kosong..Mama malas nak round dalam tu lama-lama..Nuha pun tak suka shopping..macam mama jugak..asal masuk kedai je dia nak nangis dah..

'mahal la mama..jom balik la..'
'Nuha penat la..Nuha tak nak beg..mahal tau..'
'Jom la balik..beg Nuha kan dah ada..'

Tapi mama kesian kat Nuha..beg Nuha dah koyak..
Abang beli robot pun dia buat tak kisah je..tak sibuk pun nak minta belikan untuk dia jugak..saya suruh pilih mainan pun tak mau..nak belikan belon helium pun tak mau jugak..bagus betul Cik Nuha ni..

Nantilah bila anak2 ke sekolah baru saya pergi belikan beg dan kasut Nuha..beg tu dah rabak pun dia suruh saya 'tape' je..huhu..mak mana yang boleh tahan dengar macam tu nak oiii..cair hati mama nih..nanti mama belikan okey..

Sekian entri hari..maaf tajuk tak selari dengan isi..hihihi..just to show the support from Malaysia to Gaza..and dont forget to pray for them and for a better Malaysia too..

Adios.




Thursday, August 14, 2014

Kuah Kacang @ Kuah Satay Mudah dan Sedap

Kuah kacang ni saya masak masa hari raya pertama hari tu..hari ni baru nak share resepi..heee..asalnya resepi kuah kacang ni saya google je..siap tulis cincai2 dalam buku..tapi rasanya lebih selamat saya buat entri dalam blog ni..mana tahu buku tu hilang ke..koyak ke..dah kena minta tolong en google lagi..lagipun senang saya nak cari resepi ni lagi tahun depan..


Resepi ni sangat mudah dan sedap..saya olah balik resepi ikut bahan yang ada dalam rumah..kacang tanah yang ada pun tak cukup..jadi dengan suka hatinya saya cut apa yang patut..huhu..

Bahan-bahan:

300gm kacang tanah.
2 1/2 biji bawang besar - dihiris.
1/2 cawan cili boh.
1 cawan gula melaka.
1 sb gula pasir.
1 cawang minyak jagung.
4 cawan air.
2 st garam.
2 batang serai - dititik.

Cara - cara:

Goreng kacang sehingga masak. Kemudian rendam dalam air seketika dan blend sampai hancur.
Panaskan minyak jagung di dalam periuk. 
Tumis bawang besar sehingga layu.
Masukkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan serai.
Masukkan kacang yang di blend tadi dengan sedikit air. Kacau rata.
Masukkan air lagi.
Masukkan gula melaka dan gula pasir.
Perasakan dengan garam.
Pastikan kuah kacang tidak terlalu pekat. Jika pekat tambahkan air. 
Kacau dengan api perlahan sehingga semuanya sebati.
Dah siap. Dah boleh hidang bersama nasi impit.

Senang kan? Selamat mencuba!

Wednesday, August 13, 2014

Legoland..Yeay!!

Sebenarnya dah lama saya dan en suami plan nak ke Legoland..nak bawa si Habib ni ha..minat sangat dengan bricks Lego tu..dah berkali2 janji dengan dia..tapi tak sampai2 juga..kami juga pernah nak pergi sama2 dengan kawan kami Haidar dan Sumi sekeluarga tapi tak jadi juga..memandangkan jadual cuti anak2 Sumi pun pack, asyik travel ke luar negara je jadi terpaksa la kami pergi dulu..next time lah ye..

Kami tiba di JB dalam pukul 8 malam terus check in hotel CIQ di JB Sentral..hotel ni hotel baru..bilik pun bersih sgt2..thank you to bro Ananthan,  yang baru kami kenal di stesen petrol JB Sentral..org utara jugak.. atas cadangan beliaulah kami menginap disini..

Awal pagi lagi kami dah bertolak ke Legoland..sebelum tu kami sempat breakfast di kopitiam berdekatan hotel..sambil bersarapan pun ada saja uncles aunties bagi duit raya kat Habib dan Nuha ni..haha..murah rezeki sungguh..sesudah sarapan terus gerak ke Legoland..

Tiba Legoland jam 10 pagi..tak ramai orang sangat waktu itu..kami ambil day tiket sahaja utk ke theme park..Legoland sgt besar..jadi jika dtg sehari saja lebih baik cuma ambil tiket salah satu park je..nak round satu hari pun tak habis..next time dtg masuk ke waterpark pula..tapi jika beli tiket combo lebih jimat..kena tinggal 2 hari lah jawabnya..hihi..

Family picture first!!


 Choo choo..beratur lama juga nak naik train ni..
Waaaa...
Dan tempat yang paling lama kami singgah tentunya miniature land..dimana bangunan dan monumen  menarik di Malaysia dan dunia dibina menggunakan lego..sangat2 kagum..bukan sahaja cantik malah tidak statik..ada movement disitu..Habib memang peminat bricks Lego..jadi keterujaannya sangat ketara  sampai tak nak bergambar..ditelitinya setiap rekabentuk terutamanya kenderaan pengangkutan seperti kapal terbang, keretapi, kapal dagang, kren dan sebagainya..bila besar nanti nak jadi Engineer agaknya..hih..tapi kadang cakap nak jd firefighter..boleh je..asalkan patuh syariah ok..hihi..





Banyak lagi gambar miniature ni dalam handfon en suami..kalau rajin saya upload lagi ye..tak janji :p

Food court yang menyediakan makan tengahari juga sangat selesa..kami cuma ambil 2 set nasi ayam kanak2 bersama ribena dan buah potong serta Sepinggan fish and chips..portionnya besar jadi ianya terlebih dari cukup utk kami 4 beranak..disini boleh bayar guna voucher yang diberikan..sambil makan kami dihidangkan dengan nyanyian oleh kugiran berbusana raya..lagu boleh request :)

Splish splash..hahah..best main ni..habis basah baju..
My Little Einstein..

Lots of lots of lots of bricks..
Future Engineer..





Kami tengok permandangan Legoland dari atas observation tower..bentuknya sama mcm menara taming sari di Melaka..cantik sungguh permandangan Subhanallah..

Kami masuk ke semua tempat dan main hampir semua permainan..tapi roller coaster memang awal2 lg en suami dah cakap TAK BOLEH..
Cuaca waktu tu mendung dan kadang2 hujan..bila hujan berlarilah kami masuk ke indoor park atau ke restoran untuk isi perut..

Terror la Nuha drive..heheh..slow and steady!
Abang champion !! 


Sebelum pulang kami isi perut dulu dengan nasi lemak dan asam laksa..perghh..memang sedap..share je dengan anak2 dan ada fries dan nugget utk diorang alas perut..pekena asam laksa dan white coffee dikala hujan renyai tersangatlah haeven..

Kami beli cenderamata sedikit sebelum exit..harganya usah ceritalah..yang untungnya orang luar yang bawa Dolar ditangan..yang pegang Ringgit beragak2 juga nak membeli..huhu..

Overall Legoland sangat best..anak2 pun enjoy dan puas hati..boleh lepas bebas dalam tu..kalau boleh nak datang lagi bawa anak2..next next next time lah ye..hihih..


Monday, August 11, 2014

Selamat Hari Raya!! 2014

Selamat Hari Raya maaf zahir & batin buat semua pembaca blog yang saya kasihi..kenal ke tak belakang kira..yang penting dibulan yang mulia ini, saya nak minta maaf jika terkasar bahasa, terlajak kata, terguris hati, tersalah fakta, tersalah faham, tershow-off mungkin, saya mohon maaf dari hati yang tulus..kosong-kosong ya!

Tahun ni kami beraya sakan..dari Shah Alam ke Johor Bharu, balik ke Shah Alam semula kemudian pulang beraya ke kampung halaman di Kedah dan Pulau Pinang..penat juga nak pack dan unpack tapi semangat nak beraya tetap menbara dihati..cewahh..




Mama selfie dengan Nuha dalam Masjid.

Pagi raya sama seperti kalian, kami bersarapan dirumah dan ke Masjid Shah Alam terlebih dahulu untuk solat sunat Aidilfitri.
Juadah raya saya sediakan sendiri walau tahu tak ramai orang yang akan datang ke rumah kami hari tersebut tapi saya tetap juga memasak..menu raya kami Nasi Minyak, Kari Daging dan Salad. 


Ketupat Palas saya order dari Jutawan Ketupat Frozen..saya cuma perlu rebus ja..sedap dan senang..Ketupat Nasi pula saya masak yang instant ja..Kuah Kacang saya masak ikut resepi en Google..heheh..Kek Coklat pun buat sendiri..Kacang Rugget dalam balang tu pun saya goreng sendiri ikut resepi Kak Azlita Masam Manis..menjadi!!
Sebahagian dari pekerja kami warga Bangladesh datang beraya..
Tengok diorang makan buat saya rasa puas hati sangat2..

Hari yang sama, hari raya pertama selepas Zohor kami bertolak ke Pagoh untuk beraya dengan sahabat2 en suami disana..kemudian kami terus ke JB dan bermalam disana. 

Keesokkannya iaitu hari raya kedua kami terus ke Legoland. Cerita dan gambar saya masukkan di lain entri lah ye..


Hari raya ketiga kami bertolak dari JB untuk pulang ke Shah Alam..kami bertemu lagi dengan sahabat en suami Saiful. Saiful suruh kami bermalam di rumahnya di Melaka dan kami terpaksa menolak..tak manis rasanya datang mengejut ke rumah orang. Malam2 pulak tu. Lain la kalau awal2 lagi dah plan. Kami terus saja pulang ke Shah Alam dengan janji akan kembali datang beraya di rumah Saiful lain kali.

Kembali ke rumah sendiri memang satu kelegaan. 
Esoknya hari raya keempat saya servey harga tiket kapal terbang untuk pulang ke utara pula. Naah reseki kami anak beranak return tiket flight AirAsia dari KL ke Penang cuma RM24 sahaja..saya booked terus untuk kami 3 beranak. En suami tak ikut sebab kedai dah mula beroperasi. Saya book juga return tiket untuk mak. Memang nak culik mak nanti..heheheh..

Hari raya kelima, saya bersiap2 barang2 nak bawa balik kampung..

Hari raya keenam rakan kami Voo nak datang beraya. Jadi saya masak banyak sikit dan jemput jiran dan sepupu kami untuk datang memandangkan kami belum berjumpa lagi..maklumlah beraya di kampung masing2..

Juadah hari tu saya masak sendiri juga..

Nasi Kesyuri, Kari Daging, Dalca Ayam, Ketam Goreng, Ayam Goreng Berempah, Sup Ayam, Salad dan Salsa. Buah-buahan oren dan tembikai serta kek yang saya beli dari bakeri.

Kali ni memang saya masak sendiri sorang2..penat juga tapi best!! En suami ada hal dan tak dapat nak tolong..

Sepupu saya Kak Shasha dan suaminya Abang Lan..

Voo (chinese) datang bersama ibunya dan 3 orang anak dara berserta maid..
Kak Mawar (dress merah) jiran kami pula bersama suami mat salehnya - Abang G dan anaknya Tisya..

Nuha dengan anak Kak Shasha - Ariana dan baby Voo..

Our son shine =)

Tetamu pulang hampir jam 5 petang. Saya berkemas2.
Malamnya kami ke KLIA2 dan terus terbang ke Penang. 3 beranak je.


Ayah fetched kami di airport Penang. dan yang bestnya adik saya Iman pinjamkan kereta Prevenya..
Sampai je Kulim terus terbongkang.. Tidur tak sedar diri.. Yelah siangnya buat makan2..macamana tak penat kan??

Esoknya hari raya ketujuh kami keluar beraya pula..memandangkan hari Ahad hari terakhir cuti jadi terus saja kami maraton dari rumah ke rumah. Malangnya saya tak ambil gambar pun huhhuh..mungkin dah jumpa makcik2 seronok pula dok bersembang hingga lupa nak bergambar.. 

Hari tersebut kami ziarah ke 7 buah rumah. Memang letih dan sengkak perut dibuatnya..

Rumah kenduri Makcik Chun di Tasek Gelugor.
Rumah Uncle Lala di Seberang Jaya.
Ziarah Makcik di rumah pusaka arwah maktok di Sungai Nyiur.
Rumah Mak Chaq Wan di Inderawasih Perai.
Ziarah Maktok dan Tokwan di Bagan Ajam.
Rumah Makteh Zam di Lahar Kepar.
Akhir sekali Rumah Maklong di Permatang Tok Labu, Penaga.

Seronok berjalan..

Hari raya ke lapan kami ke Taman Kobis, Kulim rumah Pakteh..kemudian ke Padang Serai, rumah mak ndak..seterusnya kami ke Alor Setar pula ziarah makngah..pulang ke rumah jam 10 malam.

Hari raya ke sembilan..kami ziarah maktam pula di Permatang Kuang..sebelah malamnya pula kami bersama maktam, paktam, serta maklong ke rumah Pak Chaq di Taman Perwira, Bukit Mertajam.

Esoknya hari raya ke sepuluh dah nak balik semula ke Shah Alam..tak sempat juga nak ziarah ke rumah Achik dan Mak Njang..tapi tak apa sebab kami sempat jumpa dan beraya..kami ke Penang Airport sebelah petang..singgah beli makanan dan makan di rumah adik saya Iman. Kemudian terus ke airport..dari rumah Iman ke airport tak de la jauh sangat..
Saya bawa mak pulang bersama..

Jam 11 malam kami terbang pulang ke sarang..tiba di KLIA2 jam 11:45 malam dijemput en suami. Lega rasanya..

Hari raya ke sebelas kami berehat di rumah dan unpack barang dan baju2 semua..kerahkan si Habib ni untuk siapkan semua homeworknya..

Hari raya ke dua belas ke rumah Tok Cik Wahab pula di PJ..sempat la snap gambar sekeping dua..


Keesokan harinya YB Aisyah dan family pula singgah ke rumah dan bawa mak balik ke Kulim..sebenarnya saya dah beli tiket Airasia untuk mak tapi ikut YB naik kereta lagi seronok katanya..ada kawan buat sembang..

Sempat la saya masak serba sedikit untuk jamu YB sekeluarga..

Sekian cerita raya sakan untuk tahun ni..jumpa di lain entri..byee..Fuhh!!