Fuhh!! Tengah dok mengah berjogging atas treadmill depan tv tetiba Nuha pula terjaga dari tidur..lantas saya masuk bilik capai handphone dan susukan Nuha sambil update blog..ermm macam tu la orang perempuan kan..lagi2 yang dah bergelar ibu..setiap masa yang ada digunakan sepenuhnya sebaik mungkin..
Hari ni saya cuma nak kongsi sedikit gambar dan cerita kami sekeluarga di Zoo Negara weekend yang lepas..sejak ada anak ini kali ke-7 tak silap saya kami ke Zoo..termasuklah Zoo Negara, Zoo Taiping dan Zoo Melaka..
Habib seorang pencinta haiwan..tiap kali pulang dari sekolah kami pasti singgah di kedai aquarium berdekatan dengan sekolahnya..tiap2 hari tak pernah jemu..
Saya juga pernah mendengar seorang kanak2 pintar yang bercita2 menjadi seorang saintis berkata yang ibubapanya seringkali membawanya ke zoo ketika kecil..disebabkan itulah minat menjadi seorang saintis itu timbul! Beliau juga banyak memenangi pingat berkaitan sains..
Pada mulanya saya agak keliru..kalau nak jadi Vetinerian (tak tau eja) tu logik la jugak kan..saya bukannya pandai sains pun..apa kaitan sains dan haiwan pun saya tak tahu sangat..
Sejak itu saya tak kisah kalau nak bawa anak2 tengok haiwan selalu..saya selalu menyokong kehendak mereka..saya tak paksa..malah saya sendiri yang akan pujuk en suami yang malas nak ke Zoo kerana katanya tiketnya sangat mahal dan tak berbaloi dengan keadaan Zoo yang tidak diselenggarakan dengan baik..kadang2 kesian sangat pada haiwan yang sering dibiar kelaparan..mungkin pihak Zoo mahu haiwan2 berkenaan mesra dengan pengunjung..pengunjung boleh beri mereka makan (dengan daun yang tersedia)..pernah sekali Siamang yang terkurung dalam sangkar dengan muka sedihnya menadah tangan meminta makanan dari kami..sungguh kesian!
Minat pada haiwan itu sifat azali anak2 saya yang saya kira cukup bagus untuk memupuk sifat penyayang dan bertanggungjawab..sayang sekali kami tak boleh membela kucing kerana Habib alah dengan habuk dan bulu kucing..yang ada cuma 3 ekor ikan yang dinamakannya Curry bun, Pau dan Cookie..kreatif tak Habib pilih nama ikan..hahah..lagi 4 ekor ikan cuci cermin tu tak ada nama..
Ok lah cukup dulu membebel untuk hari ni..jom kita sihatkan badan dengan senaman..kurangkan makan dan minum yang manis2..InsyaAllah boleh maintain..badan cergas dan sihat..paling penting tidak gemuk kerana gemuk adalah punca segala penyakit terutama penyakit MALAS! (sempat lagi tuh!)
Enjoy the gambars ye..gambar Chombi (sea lion) and the gang perform tak dapat nak upload sebab ada dalam handfon en suami..al maklumlah..bateri iPhone saya ni macam cheesecake..kejap je habis! Heheh..
Tuesday, January 29, 2013
Saturday, January 26, 2013
Santai Bersama Nuha
Ewah..ewah macam tajuk program kat TV pulak..heheh..tapi lagi best dari layan meleTOP ok?! Heheh..
Lawak je naa..hari ni en suami dan Habib tak ada kat rumah..cuma tinggal saya dan Nuha..en suami yang baru pulang dari Melaka balik rumah terus kidnap Habib bawa pergi Ampang..nak ambik passport katanya..haih! macam2..ada ke patut passport sendiri pun boleh lupa..
So tinggallah saya dan Nuha..here some pictures santai bersama Nuha yang meleTOP!

Monday, January 21, 2013
Stim Ikan Bawal
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal dikelar
2 inci halia dihiris nipis
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih dicincang
2 batang serai di ketuk dan dipotong serong
1 biji limau nipis (ambil jusnya sahaja)
2 biji tomato ceri dihiris (boleh letak lebih)
2 biji cili padi dipotong kecil
1 sb minyak
Secubit garam dan gula
Cara-cara:
Panaskan pengukus..saya cuma panaskan kuali besar bersama air dan letakkan jaring besi seperti dalam gambar..
Dalam mangkuk, letakkan ikan bawal dan susun semua bahan cantik2..masukkan sekali jus limau nipis dan minyak serta garam dan gula.. Siap! Dah boleh kukus sehingga masak..pastikan kuali ditutup rapi agar wap kukusan tidak keluar..aromanya sungguh sedap menusuk kalbu..
Selamat mencuba!

Labels:
Resepi
Puding Roti Kun Fayakun
Puding roti @ bengkang roti ini adalah inspirasi dari Farah Lee isteri Ally Iskandar yang sangat comel tu..boleh jenguk ke blognya untuk dapatkan the exact recipe sebabnya saya bakal kurangkan dan lebihkan mengikut ingredient yang ada di rumah..resepi yang sangat mudah..
Baha-bahan:
1 pek roti saiz kecil + 4 keping lagi
1 kotak susu HL 1 litre (minus 1/2 gelas sbb saya dah minum)
1 biji telur ayam
5 sb butter
3/4 cawan gula
1 st esen vanila
Gula perang (optional)
Cara-cara:
Panaskan oven..
Gaulkan butter dan gula sehingga hancur..masukkan susu..kemudian masukkan roti yang telah dicarik2..boleh minta bantuan anak2 kerana sangat seronok dapat koyak roti..
Masukkan telur ayam dan esen vanila..gaul sebati dan biarkan seketika..
Akhir sekali tuang adunan ke dalam loyang..boleh susun lebihan roti yang dipotong cantik diatas adunan dan taburkan coklat chip jika ada..saya cuma taburkan gula perang..siap! Dah boleh bakar selama 30 minit dengan suhu 180dc..mengikut oven masing2 sehingga garing dipermukaan..
Maka jadilah puding roti kun fayakun! Yang penting simple dan sedap..garing diluar lembut didalam..

Saturday, January 19, 2013
Pasta Sup Ayam
Sup ayam dah jadi fav anak2..macam2 sayur berwarna warni saya letak nak tambat anak2..tapi kadang Nuha saja yang habiskan semua..Habib pula lebih suka hirup sup saja..
Hari ni saya cuba menu baru inspirasi dari Dr Halina..pasta sup ayam..walah..berselera sungguh mereka makan..saya jadi sedikit sneaky hari ni..semua sayur saya chop kecil2..daging ayam juga begitu..jadi mudah untuk mereka makan tanpa memilih..
Caranya amat mudah..masak sup ayam kegemaran anak2 seperti biasa..masukkan sekali pasta yang comel bersama ayam..bila ayam empuk, pasta pun turut sekali masak..mudah kan..
Selamat mencuba..

Thursday, January 17, 2013
Mengidam Durian Crepe!!
Siapa yang cipta Durian crepe ni memang WIN lah..dah terindu-rindu nak ngap..terkenang-kenang keenakkannya..meleleh-leleh air liur..slrrpp!
Hari ni saja saya nak tayang gambar durian crepe ni..sambil tengok sambil kesat air liur ya..haha..
#saya masih berbadan satu..the end :)

Makan
Mak di #KL112
Ya ampun..dah seminggu acara berlangsung hari ni baru nak buat entri..hemm..
Tiap2 tahun jika ada rally macam ni mak mesti datang..kaum keluarga tahu benar minat mak..mak seorang aktivis Pas..mak banyak buat kerja2 sukarelawan dalam jemaah Pas mahupun dalam komuniti..
Mak sangat aktif..mak juga antara orang kuat dalam jemaah..mungkin sikap mak yang ikhlas tanpa mengharapkan apa2 balasan membuatkan orang percaya dan selalu harapkan mak..
Pada mulanya saya agak kurang senang dengan aktiviti mak..kerana mak seringkali tinggalkan kami adik-beradik untuk menyertai misi kemanusiaan bukan setakat di Malaysia malah di beberapa daerah di Indonesia dan salah satunya di Acheh..namun saya sangat bersyukur kerana ia menjadikan saya kini seorang yang sangat berdikari dan kuat semangat..
Seringkali mak sebut pada saya..
"mak dah nampak kenapa semua urusan hidup kakak mudah saja..Allah balas pada mak dengan cara memberi kemudahan hidup kepada anak2 mak.."
Ya, saya angguk..berkat usaha dan doa mak yang tak pernah putus..
Kali ini mak datang bersama adik bongsu saya Shahidan serta sahabat2nya bersama YB Siti Aisyah Ghazali (ADUN Merbau Pulas)..2 buah kereta kesemuanya..Mereka kecuali YB, bermalam dirumah saya sebelum bertolak ke #KL112 keesokan harinya..
Saya sokong mak..sokong perjuangan mak..biar apa orang kata usah peduli..yang penting ayah izin dan paling penting Allah redha..
Keep it up mak!!

General
Wednesday, January 16, 2013
Dating with Habib
Sedikit gambar buat kenangan..
You've got all my attention boy!! I love you so much!! Promise me you will be kind and gentle to adik..and the most important you must #LISTEN to mama and abu..okey?! No more yelling..no more screaming..you are very good boy!! I know..all you need are just my fully attention..
Enough for today..next time kita dating lagi :)
Mama Sayang Habib!!

Daging Masak Kunyit
Bahan-bahan:
Isi daging dihiris nipis
2 inci halia ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 st serbuk kunyit
1 biji bawang besar dihiris bulat
10 biji cili padi
1 biji ubi kentang dihiris bulat
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Air
Garam
Minyak
Cara-cara:
Panaskan minyak..goreng kentang sehingga masak..ketepikan..
Gaulkan daging bersama halia dan bawang putih yang ditumbuk, serbuk kunyit, garam, minyak masak, kayu manis dan bunga lawang serta air..
Masukkan semua adunan ke dalam kuali dan biarkan masak sehingga daging lembut..jika perlu tambahkan lagi sedikit air..
Akhir sekali setelah daging empuk, masukkan kentang yang telah digoreng, bawang besar dan cili padi..masak sehingga bawang layu..siap! Sedia untuk dihidang..
Selamat Mencuba!

Sunday, January 13, 2013
Ayam Masak Kicap Lada Hitam
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 biji ubi kentang dihiris bulat
2 biji bawang besar dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
2 inci halia dikisar
1 biji bawang besar (saiz kecil) dihiris bulat
10 biji cili padi
1 st asam jawa extra
1 sb serbuk lada hitam
3 sb kicap manis
1 biji tomato
Garam
Air
Cara-cara:
Panaskan minyak..Goreng ayam bersama kunyit dan garam seperti biasa..ketepikan..
Goreng kentang sehingga empuk..ketepikan..
Dengan minyak yang sama..tumiskan bahan kisar dan cili padi sehingga naik bau..masukkan lada hitam, kicap dan asam jawa..kacau rata..masukkan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang anda mahu..akhir sekali masukkan tomato dan bawang besar yang dihiris bulat..perasakan dengan garam..biarkan mendidih seketika..barulah masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi..siap!

Nasi Lemak
Bahan-bahan Nasi:
2 cawan beras dibasuh bersih
1 cawan santan
2 cawan air
1 biji bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang serai diketuk
1 sb minyak masak
Garam
Cara-cara:
Satukan semua bahan kedalam rice cooker dan masak..
***
Bahan-bahan Sambal:
1 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 biji bawang besar dihiris bulat
1/2 cawan cili boh
1/2 st asam jawa extra
1 batang serai diketuk
Air
Garam
Gula
Serbuk Perasa
Minyak
Cara-cara:
Panaskan minyak..untuk dapatkan sambal yang cantik dan sedap lebihkan minyak dari biasa..saya guna lebihan minyak gorengan ikan bilis..
Tumis bawang besar yang dihiris terlebih dahulu sehingga lembut kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau..campurkan cili boh dan asam jawa serta sedikit air..masak sehingga pecah minyak..masukkan serai..jika sambal terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air..perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa..siap!
***
Lain-lain:
Sediakan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun sebagai pelengkap..siap!

Wednesday, January 9, 2013
Ujian Kesegaran Minda
Jawab spontan, jangan byk fikir!
Baca satu demi satu!
Concentrate!
1. Kertas A4 apa warna dia ?
2. Asap warna dia ?
3. Tisu warna dia apa ?
4. Lembu minum apa ?
*yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sbb lembu minum air..
1. Rambut anda warna apa ?
2. Tulisan ini warnanya apa ?
3. Jalan raya warnanya apa ?
4. Kelawar tidurnya bila ?
*yang jawab malam, ertinya konsentrasi anda terganggu. sbb kelawar tidur siang hari..
1. Warna cendol apa ?
2. Daun kelapa warnanya apa ?
3. Warna bagi kebanyakan daun ?
4. Harimau makannya apa ?
*yang jawab rumput itu salah. sbb harimau makan daging..
:)

Tuesday, January 8, 2013
Kari Ikan Tanpa Santan
Bahan-bahan:
4 ketul/ekor Ikan
1 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
2 biji cili padi dikisar
2 sb serbuk kari ikan
2 st serbuk jintan putih
1 sb halba campur
1 tangkai daun kari
1 biji tomato dibelah 4
6 batang bendi
1/2 st asam jawa extra
Garam
Gula
Air
Minyak masak
Cara-cara:
Panaskan minyak masak..tumis semua bahan kisar bersama daun kari dan halba campur sehingga naik bau..kemudian masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih dan asam jawa dengan sedikit air..kacau perlahan dan biarkan hingga pecah minyak..kemudian masukkan lagi sedikit air..jangan terlalu cair..masukkan pula ikan dan tomato..biar sehingga mendidih dengan api perlahan..akhir sekali masukkan bendi dan perasakan dengan garam dan gula..siap!

Sayur Goreng Sos Tiram
Bahan-bahan:
Lobak merah dihiris
Kobis bunga dipotong kecil
Sawi dipotong kecil
*boleh guna sayur lain
1/2 biji bawang besar dipotong bulat
2 biji bawang putih
2 sb sos tiram
Garam
Serbuk perasa
Air
Minyak masak
Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak masak..tumiskan bawang putih dan juga bawang besar sekejap..masukkan sos tiram serta sedikit air..masukkan pula lobak merah dan juga kobis bunga..masak sehingga sedikit lembut..kemudian masukkan sawi dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa..awas jangan terlebih garam kerana sos tiram sudah masin..siap!

Ketam Goreng
Ketam lagi..haih tak jemu ke? Hari ni en suami beli ketam untuk anak2 je..beli 2 ekor je..cukup la kan..
Hasil carian di google, saya pilih nak goreng ketam ni untuk anak2..
Pertama kali saya masak ketam goreng ni..rasanya boleh tahan..tapi jika next time nak masak lagi saya pasti goreng bahagian badan sahaja..bahagian kaki dan kepit ketam tak boleh goreng..susah nak makan..
Ok lah back to the recipe..
Bahan-bahan:
2 ekor ketam dibelah dua
1 sb serbuk kunyit
1 st serbuk jintan putih
1 st serbuk kari ketam
1 st garam
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 tangkai daun kari
Minyak masak
Cara-cara:
Panaskan minyak..gaulkan semua bahan bersama ketam hingga rata dan goreng seperti biasa tetapi jangan terlalu lama nanti ketam akan jadi kering atau terlebih masak..siap!
Aromanya yang harum semerbak dan sangat sedap diratah begitu sahaja..selamat mencuba!

Monday, January 7, 2013
Nuha & Teddy
Mama tak de keja nak upload gambar Nuha yang manis ni tengok tv..budak sekarang cukup pandai..tak payah ajar semuanya tahu sendiri..nak tutup tv ke..buka tv ke..aduhai..mama yang letih nak control..
Saya sempat ambil gambar dia posing dengan teddy..sambil baring beralaskan tikar buluh..(buluh ke?ntah!) rileks je ye..mama nak join boleh?

Family
Kuah Durian
Petang2 yang berangin ni enak juga dapat makan roti cicah kuah durian..kebetulan semalam en suami borong D24 yang siap dikopek dari The Store, gerainya betul2 depan stall jeruk saya..mana boleh tahan kan..beli jugak lah..ada special discount lagi..tapi ada ulas yang agak keras jadi hari ni saya leburkan semua sekali jadi kuah durian..
Kuah durian ni resepi asli mak saya..memang sedap dan amat mudah..
Bahan-bahan:
2 paket durian @ 10+ ulas
1 tin susu cair
2 senduk kecil gula
2 helai daun pandan
Secubit garam
Cara-cara:
Satukan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan sambil kacau jangan tinggal..sehingga semua isi durian tertanggal dari bijinya..siap! Mudah kan..
Resepi asal mak saya menggunakan santan dan gula merah..lebih berlemak..rasanya memang tak boleh lawan lah..
Kuah durian ni kegemaran en suami..kadang dia ratah begitu sahaja dan dijadikan sebagai manisan..saya lebih suka jika dihidangkan sejuk2..rasa nyaman je lalu kat tekak ni..bila dimakan bersama roti terasa seperti makan roti bersama ais krim durian..mmm..sedap! Cubalah memang mudah dan sedap!

Saturday, January 5, 2013
Tafsir Quran Per Kata
Sebelum ni saya pernah post tentang ilmu talaqi DISINI..Untuk melengkapkan lagi memudahkan kita untuk belajar makna bacaan maka kita digalakkan membeli Tafsir Quran Per Kata ini..
Sebetulnya tengahari tadi saya hampir2 terbeli Tafsir Quran Per Kata ini di internet..harganya RM110 dan siap dapat hadiah tambahan lagi..walaupun saya rasa tak berapa puas hati jika nak beli cara online ni saya buat juga pesanan tapi apabila ingin melengkapkan pembayaran dengan paypal tiba2 ada error mengatakan credit card saya dah expired..saya perlu isikan semula 3 no dibelakang kad yang baru atau 'link to' credit card yang lain..oh ya memang saya dah tukar kad baru pun..
Ah malaslah nak bangun ambil purse untuk semak credit card..kerana waktu itu saya tengah susukan Nuha..jadi tak semahunya saya batalkan saja pesanan..
Sebelah petangnya pula en suami ajak kami sekeluarga ke KL Sentral..tanpa menolak saya pun ikut je dan bila tiba disana rupanya ada promosi buku2 dari MPH di tingkat 2..wah3..bagai kucing disogok ikan..saya pun terus terjah sementara menunggu en suami berjumpa rakannya..
Pusing punya pusing..belek punya belek akhirnya rezeki saya..saya terjumpa Tafsir Quran Per Kata ini..girang rasa hati..harganya juga sama tetapi ada diskaun 10%..jadi harganya menjadi RM99 sahaja selepas diskaun..ada hikmahnya kan..
Disana juga saya sempat sambar sebuah buku karangan Ustaz Pahrol 'Mukmin Profesional'..sengeh sampai telinga..saya sangat teruja..seorang Ustaz yang sangat saya minati..yang sangat cool orangnya dan tidak terlalu tegas..beliau sering berceramah sambil memberi contoh sesuai mengikut zaman..serta banyak memberi motivasi in islamic way..tak sabar rasanya nak baca..
Selain itu saya juga terbeli buku 'Ummi, Kenapa Wajib Tutup Aurat?'..laju je tangan saya sambar dan belek2..saya terfikir nak beli untuk Nuha..tapi Nuha kecil lagi..sekali terselak helaian buku tersebut saya ternampak nama karektor comel bertudung itu adalah Sumayyah! Lantas terus saja saya ambil..tak apa boleh simpan sehingga Nuha Sumayyah pandai membaca..dia pasti teruja!
Akhirnya untuk Habib, saya tak beli apa2 buku pun..buku2 Habib banyak lagi yang belum dibaca..jadi saya cuma belikan puzzle untuk Habib..actually dia yang minta dan tak mampu pula saya nak menolaknya..
Berbalik kepada Tafsir Quran Per Kata ini..saya kira setiap rumah wajib ada sebuah..membaca Quran tanpa faham isi kandungan adalah amat rugi..jom sama2 kita belajar..lagipun dalam alQuran ni sebenarnya banyak perkataan berulang..lagi mudah nak faham jika lagi banyak makna perkataan yang kita tahu..dan yang penting boleh belajar sendiri..
Selain itu terdapat juga Asbabul Nuzul atau sebab2 turunnya (ayat)..so kita boleh tau tentang surah yang kita baca..best kan..tak lah baca secara melulu je..
Ketika umur saya 7 tahun saya sudah pun pandai baca alQuran..sekarang pun umur dah 30 tahun masih pandai baca alQuran jugak..nampaknya tak ada beza..tak ada peningkatan..tak ada perubahan..why not kita try ubah sikit..dari tahu baca je kita ubah ke tahu dan faham..
Saya ni cakap/tulis je lebih2..walhal belum buat pun..kalau pandai cakap/tulis je tapi tak buat berdosa pula..saya mohon maaf siap2 ya..
Saya tahu ramai orang macam saya nak belajar nak cari ilmu tapi banyak kekangan..saya cuma forwardkan ilmu yang orang beritahu saya..dan kongsikan apa yang bermanfaat..selebihnya kena usaha sendiri termasuklah diri saya sendiri..
*Sekadar berkongsi ilmu jauh sekali nak menunjuk pandai..Yang baik dari Allah yang tak baik dari saya..wallahu'alam..

Knowledge
Thursday, January 3, 2013
Ayam Goreng Special
Heee..special lah sangat..resepi ni sebenarnya bukanlah special pun..cuma kadang2 juadah biasa boleh jadi special kalau tahu caranya..
Ayam goreng biasa kalau ditambah ramuan rempah boleh jadi ayam goreng berempah betul tak?
Untuk hari ni saya gaulkan ayam seperti biasa bersama kunyit dan garam..tapi untuk membuatnya nampak special, saya tambah 2 ulas bawang putih dan 2 inci halia yang ditumbuk..perap seketika dan boleh digoreng..bau semerbaknya sahaja boleh buat kecur air liur..
Resepi yang amat mudah dan nampak special..selamat mencuba!

Ayam Masak Kurma Tanpa Santan
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam dipotong kecil
2 biji bawang besar (1 1/2 dikisar dan 1/2 lagi dihiris kasar
2 ulas bawang putih dikisar
2 inci halia dikisar
12 biji cili padi
2 sb serbuk kurma adabi
1 st serbuk jintan putih
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 biji ubi kentang dipotong 8
2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan sehingga ayam empuk..pastikan kuah tidak terlalu pekat..jika pekat boleh tambah sedikit air panas..kemudian perasakan dengan garam dan siap! Mudah kan?!

Amarah
Kan best kalau rasa marah atau sakit hati boleh mogok sehari dua..tinggal semua kerja sekejap untuk tunjuk perasaan..tapi hakikatnya tak boleh..
Makin kuat rasa marah makin laju kaki dan tangan ni buat kerja rumah..makin panjang muncung makin panjang juga tangan ni cuci pinggan mangkuk, mop lantai, sidai baju bagai..makin kuat hempasan pinggan mangkuk kat sinki makin rajin pula tangan buat jemput2 udang..hampehh!
Aduhai..orang perempuan kalau marah selalu dikata mood PMS..tapi memang betul pun! Kalau datang mood PMS lagilah mudah meletup..hormon tak stabil..(salahkan hormon pula!) itu tak kena ini tak kena..sikit2 nak bentak..
Tapi kalau diorang (orang lelaki) faham ok la kan..tapi kadang buat2 tak faham juga..bila tengok rumah clean & clear bila kita marah diorang pula senyum kambing..happy je walhal hati kita ni dah bengkek..
Kadang masuk bilik kunci pintu duduk sorang2..layan facebook lawak ke..baca buku kartun ke..baca blog ke..kadang bila masuk waktu solat terus je solat..baru la macam lapang sikit dada..
Prof Dr Muhaya bagi tips jika kita tension ke apa kita boleh duduk dalam 'bilik minda' sendiri..bilik minda ni cuma kita sorang je yang boleh masuk..kita boleh bayangkan satu tempat yang tenang dan damai..sambil pejam mata bayangkan kita berada di tepi waterfall ke..tepi pantai ke..mana2 lah asalkan tempat tu tempat kegemaran kita..kita boleh syok sendiri..
Saya pun cuba..sambil goreng jemput2 udang..saya pejam mata sekejap..cuba bayangkan tempat2 kegemaran saya..bersantai si tepi pantai, tak jadi..ditepi sungai juga tak jadi..saya cuba pula bayangkan berada diawangan, tak jadi juga..akhirnya saya biarkan fikiran saya sendiri menjelajah..
Dan apabila saya cuba bayangkan saya berada disebuah bilik yang wangi dihiasi dengan hiasan comel2 serta terdapat dua orang bayi disitu..ya Habib dan Nuha..hati saya jadi sungguh tenang dan lapang..perasaan gembira dan terharu seorang ibu melihat bayi comel yang masih dibedung kembali menerjah..hilang segala rasa marah..sakit hati semua..
Saya tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan..Ternyata wajah anak2 saya akan sentiasa menjadi penyejuk hati saya..
Akhirnya jemput2 udang cicah sos terhidang bersama teh o panas..dan kami sekeluarga makan sambil girang gumbira dengan keletah anak2..saya yang masam mencuka tadi menjadi bahan en suami menyindir..
Terasa lapang dada melihat anak2 gembira..rumah kemas, bersih dan teratur serta en suami yang menjamah makanan yang saya masak tadi dengan lahapnya..syukur ya Allah..nikmat mana yang mahu didustakan..
*sekadar gambar hiasan..

Kisah
Subscribe to:
Posts (Atom)