Thursday, April 18, 2013

Mengaji

Assalamualaikum..

Semalam semasa sedang mengajar Habib mengaji saya menjadi sangat marah dan geram sebab Habib kena baca dan ulang semula buku lama kerana dia asyik lupa sebutan beberapa huruf..Setelah diulang juga dia masih lupa..

Tak semena Habib telah terkena tempias kemarahan saya..berkali-kali tapak tangannya yang kecil diketuk oleh saya dengan menggunakan sikat..berkali-kali juga saya ingatkan dia supaya ambil serius setiap kali belajar alQuran..baca alQuran tak boleh salah..tak boleh lupa..nanti tak dapat pahala..Habib ulang dan baca sambil tersedu-sedu..

Lewat malamnya saya tidur dengan rasa kesal :(

Hari ini selesai solat zohor, saya baring dan berehat di playroom..Habib dan Nuha saya biarkan bermain dan buat aktiviti sendiri (dalam playroom)..apa yang mengejut saya Habib ambil buku al-Furqan dan baca semula bahagian yang dia lupa..berulang-ulang kali sambil menunjuk tempat bacaan dengan menggunakan sikat yang sama yang mengetuk tangannya semalam..

Allah Ya Allah..mata saya berair..saya menyesal..bukan sengaja saya nak ketuk tangannya..saya cuma mahu memberi pengajaran agar dia tahu salahnya dan dia tak lupa lagi..hari ini Allah tunjuk hasil pengajaran tersebut..Allahu Akbar..

Saya berjanji dengan diri sendiri saya akan terus sabar mengajarnya dan tidak akan menyakitinya lagi..saya teramat yakin bahawa pesanan yang saya sebut berulang-ulang kali itulah yang membuatkan Habib ingat dan buat hari ini..bukan 'ketukan' ditangannya..

Setelah dia sudah membaca sendiri..saya tanya :

"Habib nak mengaji sekarang ke? Tak nak mengaji malam?"

"Habib nak la..Habib nak try je..nanti Habib tak lupa.."

Kemudian dia sambung lagi..
"Baca alQuran tak boleh salah tau..nanti tak dapat pahala"

Allahu akbar!
Dalam Islam tiada kekasaran!

Saya memohon kepada Allah supaya diberi kesabaran yang tinggi dalam mengajar dan mendidik anak-anak..dan semoga saya tetap istiqamah dalam membuat kebaikan..

"Ya Allah terangkan hati anak-anakku agar mereka dapat menerima ayat-ayatMu dengan mudah..Amiin"



#mohon maaf sekiranya tersinggung dengan cara pakaian dan keadaan anak saya mengaji..saya sudahpun terangkan kepadanya dan dia sedang belajar..


No comments:

Post a Comment