Tuesday, April 9, 2013

Jagung Rebus Yummy!!

Bahan-bahan:

2 batang jagung - dibelah tiga
Garam
Gula
1 sb Susu pekat manis
1 sb Majerin - saya guna Planta

Cara-cara:

Rebus jagung selama 25 minit..jangan terlalu lama kerana permukaan jagung akan mengecut dan tidak cantik..sebelum tutup api taburkan dengan garam dan gula ke dalam periuk jagung..garam dan gula tidak boleh ditabur terlebih awal kerana jagung akan menjadi liat..tutup api dan biarkan terendam seketika..

Untuk hidangan, campurkan susu pekat manis bersama majerin hingga sebati dan lumurkan pada jagung..siap dan sedap dimakan panas2..selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment