Tuesday, April 2, 2013

Malaysiamu..

Jangan di tanya apa yang patut Malaysia beri kepada kita..
Tanyalah apa yang patut kita beri kepada Malaysia..
Jangan di tanya apa yang patut Malaysia buat kepada kita..
Tanyalah apa yang patut kita buat kepada Malaysia..

Ayuh ibu..
Jalankan tanggungjawabmu..
Mainkan perananmu..
Malaysia perlukan kamu..

Tanpa didikan darimu..
Tiada Malaysia berilmu..
Tanpa didikan agama darimu..
Tiada Malaysia yang makmur..
Tanpa didikan akhlak darimu
Tiada Malaysia yang santun..
Tanpa didikan amanah darimu..
Tiada Malaysia yang berintegriti..
Tanpa kasih sayang darimu..
Tiada Malaysia yang penyayang..
Tiada Malaysia yang tinggi menjulang..

Sesungguhnya..
Malaysia perlukan kamu..
Bersama melahirkan generasi baru..
Generasi beriman dan berilmu..

Wahai ibu..
Diam ubi berisi..
Bising ayam berbakti..
Begitulah umpama suri...
Kasihmu tiada peri..

Malaysia perlukan kamu ibu..
Bukan untuk berkempen menabur janji..
Bukan untuk berjihad sampai mati..
Bukan untuk berlelah memancing undi..
Bukan untuk berpolitik tanpa henti..

Seorang guru boleh mendidik seorang wanita..
Namun seorang wanita berilmu mampu mendidik 10 orang anaknya..
Hebatnya ibu..

Malaysia..
Majukan lah wanita mu..
Majukan lah kaum ibumu..
Terdidik wanitamu..
Terdidik Malaysiamu..
Terpelihara cantik wanitamu..
Cantik jualah Malaysiamu..

Ibu..
Didiklah anakmu..
Ajarkan zuriatmu..
Agar mereka tahu
Dosa dan pahala..
Agar mereka tahu
Syurga dan Neraka..
Agar mereka mahu
Hidup mulia atau
Mati sebagai syuhada'..

Ayuh ibu..
Jalankan tanggungjawabmu..
Mainkan perananmu,.
Usahlah kamu sibuk membentuk Malaysia..
Kerana Malaysia terbentuk darimu..

#saQahnOt


No comments:

Post a Comment