Kenapa engkau kurus?
Macamana aku tak kurus,
Ikan tak nak timbul..
Ikan oh ikan!
Kenapa tak nak timbul?
Macamana aku nak timbul,
Rumput panjang sangat..
Rumput oh rumput!
Kenapa panjang sangat?
Macamana aku tak panjang,
Kerbau takmakan aku..
Kerbau oh kerbau!
Kenapa tak makan rumput?
Macamana aku nak makan,
Perut aku sakit..
Perut oh perut!
Kenapa engkau sakit?
Macamana aku tak sakit,
Makan nasi mentah..
Nasi oh nasi!
Kenapa engkau mentah?
Macamana aku tak mentah,
Kayu api basah..
Kayu oh kayu!
Kenapa engkau basah?
Macamana aku tak basah,
Hujan timpa aku..
Hujan oh hujan!
Kenapa timpa kayu?
Macamana aku tak timpa,
Katak panggil aku..
Katak oh katak!
Kenapa panggil hujan?
Macamana aku tak panggil,
Ular nak makan aku..
Ular oh ular!
Kenapa nak makan katak?
Macamana aku tak makan,
Itu makanan AKU!!
#banyaknya alasan!!!! Kalau ular tak tamatkan..mau sampai minggu depan saya dok menaip lagi..hahah
Pernah dengar tak hadis yang mengatakan kita tak boleh cakap 'kalau'?? Saya tak pasti hadis tu diriwayatkan oleh siapa..(correct me if i'm wrong)..Tapi yang pasti saya pernah belajar semasa tingkatan 5 dahulu..andainya kita cakap 'kalau' sama la macam kita salahkan takdir..sampai ke sudah pun takkan habis..contohnya..
Kalau ular tak makan katak,
Mesti katak tak panggil hujan..
Kalau katak tak panggil hujan,
Mesti kayu api tak basah..
Kalau kayu api tak basah,
Mesti nasi tak mentah..
Kalau nasi tak mentah,
Mesti perut tak sakit..
Kalau perut tak sakit,
Mesti kerbau dah makan rumput..
Kalau kerbau makan rumput,
Mesti ikan timbul..
Kalau ikan timbul,
Mesti bangau tak kurus..
Kalau bangau tak kurus,
Mesti bangau dah gemuk..HAHAHA..
Kalau bangau gemuk,
Mesti di baham buaya..
#pulak dah!!
Kalau..satu perkatan yang banyak huraian..
"kalau aku tak buat macam tu mesti tak jadi macam ni"
"kalau aku jadi kaya aku nak buat rumah terapung"
"kalau aku dapat kahwin dengan anak PM..mesti aku bakal jadi PM jugak"
Ada sisi baik dan buruknya..berangan macam mat jenin tak ada salahnya..Tapi andai digunakan untuk membuat banyak alasan..sudah tentu tak bagus kann..
"Kalau jalan tak jammed tadi mesti pukul 8am aku dah terpacak depan pintu office..sungguh..tak tipu..wallahi!" tuu diaa aihh..
Terpulanglah nak guna 'kalau' yang macamana kan..apa yang keluar dari mulut kita mencerminkan peribadi kita..betul tak..tanda soal..titik.
No comments:
Post a Comment