Monday, June 25, 2012

BLOGs Saya!!

Saya minat menulis..tapi tak ada skill..saya suka menulis sejak kecil lagi..tulis cerpen..tulis puisi..tulis diari..bila dah pandai guna komputer saya taip karya saya di komputer..saya ulang2 baca karya yang saya tulis setiap hari..hihi..dan setiap kali baca ada saja yang nak diedit..

Bila masuk Kolej, saya belajar guna internet dan berblog..blog pertama saya adalah pada tahun 2005..andainya saya masih aktif mungkin saya cuma makan duit hasil Nuffnang je kan sekarang ni..kuikuikui #jokes# blog tu memang usang tak pernah diterokai pun..

Sarah The Kampung Girl sarahnurlatib.blogspot.com
#jangangelaknaa#

Selepas itu saya aktif di friendster pula dan berblog disitu..kebanyakan karya yang dipaparkan disitu adalah hasil karya saya sendiri..ada juga tulisan makteh saya disitu..tak ada yang special pun..tapi hasil idea sendiri saya kira sungguh bermakna dan berharga..kan??

Tapi malangnya pihak Friendster delete semua blog content dan blog tu dikira tak wujud dah..ppfff..hangin je tau..

Dan akhirnya terlahirlah blog ini..blog yang saya sayang..blog ini umpama open diari saya, idea saya, pandangan seduit saya, karya saya dan semualah..boleh juga dikira back up memori saya sebab semuanya ada disini..resepi, gambar dan yang penting readable but not erasable..hopefully!

Blog ini asalnya ditulis hanya untuk saya dan anak2 saya..tapi memandangkan saya punya sedikit audiens jadi saya cuba untuk menulis seperti saya menulis sekarang..

Selamat membaca..yang baik dari Allah..dan yang buruk you already know where come from..TQ!

Friday, June 15, 2012

Nasi Mandy Ayam



Resepi ini sesuai untuk family kecil macam family saya..cukup untuk 2 orang makan tengahari dan malam..huhu..Resepi ini juga dicopy dari SINI dan di olah sedikit demi memenuhi tekak sendiri..

Bahan-bahan ayam:

1/2ekor ayam ~ di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil mix spice
1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
1 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.

Nasi:

3 cawan beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
1 1/2 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1/2 biji bawang besar ~ hiris halus
2 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi dah masak, titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan biarkan seketika.

Sos:

1 biji tomato
3 biji cili padi
1 tangkai batang ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta salad.

Selamat mencuba!

Cemburu

Tips dari aktor Faizal Hussien untuk suami..
Jika baru dapat anak, beri lebih perhatian kepada isteri..
Jika dapat anak kedua, beri lebih perhatian kepada anak pertama..
Setuju tak? Sebab saya sangat setuju!!
Suami yang bergelar bapa..Jangan terlebih excited bila baru dapat baby sebab isterimu yang dalam pantang tu lebih perlukan perhatian ..
Tapi kan..terfikir juga..apa perasaan suami saya ya..bila anak sulong disahkan Jantung Berlubang..perhatian saya 100% pada si anak..erm..

Dan Bila dapat anak kedua, perhatian WAJIB ke arah yang sulong..sebab cemburunya bukannya drama..cemburunya tak tersirat..nampak jelas..dizahirkan melalui perlakuan..

Anak sulong saya juga sama..kerap kali memukul adik kerana cemburu..tambahan pula si adik menyusu badan..hampir 24 jam berpelukan dengan saya..Kelakuannya juga kadang menjadi-jadi minta perhatian..Tapi Alhamdulillah..semakin besar semakin bijak..semakin kurang perasaan cemburu..atau mungkin saya makin bijak mengambil hatinya..atau mungkin dia semakin sayang pada adiknya..Atau mungkin adik yang sangat cute itu berjaya mencairkan hati abang..
Saya yang tak berapa tua ni pun kalau kurang perhatian dari suami, merajuk juga..inikan pula kanak2 kurang 4 tahun itu..

Apapun kena pandai ambil hati kedua2nya (so far)..bila hati anak2 senang..happy je..baru lah hati kita pun happy..terasa seperti orang paling happy di dunia bila dengar gelak tawa anak2..

Sunday, June 3, 2012

Kalau Beralasan

Bangau oh bangau!
Kenapa engkau kurus?
Macamana aku tak kurus,
Ikan tak nak timbul..

Ikan oh ikan!
Kenapa tak nak timbul?
Macamana aku nak timbul,
Rumput panjang sangat..

Rumput oh rumput!
Kenapa panjang sangat?
Macamana aku tak panjang,
Kerbau takmakan aku..

Kerbau oh kerbau!
Kenapa tak makan rumput?
Macamana aku nak makan,
Perut aku sakit..

Perut oh perut!
Kenapa engkau sakit?
Macamana aku tak sakit,
Makan nasi mentah..

Nasi oh nasi!
Kenapa engkau mentah?
Macamana aku tak mentah,
Kayu api basah..

Kayu oh kayu!
Kenapa engkau basah?
Macamana aku tak basah,
Hujan timpa aku..

Hujan oh hujan!
Kenapa timpa kayu?
Macamana aku tak timpa,
Katak panggil aku..

Katak oh katak!
Kenapa panggil hujan?
Macamana aku tak panggil,
Ular nak makan aku..

Ular oh ular!
Kenapa nak makan katak?
Macamana aku tak makan,
Itu makanan AKU!!

#banyaknya alasan!!!! Kalau ular tak tamatkan..mau sampai minggu depan saya dok menaip lagi..hahah

Pernah dengar tak hadis yang mengatakan kita tak boleh cakap 'kalau'?? Saya tak pasti hadis tu diriwayatkan oleh siapa..(correct me if i'm wrong)..Tapi yang pasti saya pernah belajar semasa tingkatan 5 dahulu..andainya kita cakap 'kalau' sama la macam kita salahkan takdir..sampai ke sudah pun takkan habis..contohnya..

Kalau ular tak makan katak,
Mesti katak tak panggil hujan..
Kalau katak tak panggil hujan,
Mesti kayu api tak basah..
Kalau kayu api tak basah,
Mesti nasi tak mentah..
Kalau nasi tak mentah,
Mesti perut tak sakit..
Kalau perut tak sakit,
Mesti kerbau dah makan rumput..
Kalau kerbau makan rumput,
Mesti ikan timbul..
Kalau ikan timbul,
Mesti bangau tak kurus..
Kalau bangau tak kurus,
Mesti bangau dah gemuk..HAHAHA..
Kalau bangau gemuk,
Mesti di baham buaya..
#pulak dah!!

Kalau..satu perkatan yang banyak huraian..
"kalau aku tak buat macam tu mesti tak jadi macam ni"
"kalau aku jadi kaya aku nak buat rumah terapung"
"kalau aku dapat kahwin dengan anak PM..mesti aku bakal jadi PM jugak"

Ada sisi baik dan buruknya..berangan macam mat jenin tak ada salahnya..Tapi andai digunakan untuk membuat banyak alasan..sudah tentu tak bagus kann..

"Kalau jalan tak jammed tadi mesti pukul 8am aku dah terpacak depan pintu office..sungguh..tak tipu..wallahi!" tuu diaa aihh..

Terpulanglah nak guna 'kalau' yang macamana kan..apa yang keluar dari mulut kita mencerminkan peribadi kita..betul tak..tanda soal..titik.

Mati

Bab mati selalu macam takut ja nak bincang kan?? Teringat saya dan suami pernah bincang ala ngusik2 bab mati dalam kereta..last2 masing2 diam merenung jalan..cd pula time tu mainkan lagu opick-rapuh..huhuh..bergenang ja airmata..

"meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu"

Selalu kalau kita baca blog ke buku ke magazine ke kalau ada bab masyarakat yang sakit..yang perlukan bantuan dan semangat hidup mesti ada juga ayat ni mencelah..

"makcik redha..kalau Tuhan nak ambil dia sekarang makcik izinkan" ataupun "pergilah nak..mak tak nak kau menderita lagi.."

Saya pernah berada dalam situasi sebegitu..dikelilingi insan2 yang turut sama menderita melihat zuriat mereka menderita di IJN..sungguh tak tergambar perasaan2 itu..ada yang menerima takdir dengan redha..ada yang menangis pilu..ada yang menyesal bak kata akak berbangsa India depan katil Habib..

"kalau saya tau ini macam mau jadi..saya kasi cuci saja dulu..5 bulan dalam perut pun boleh suruh doktor cuci"

Tapi saya untung..saya berkawan baik dengan Ibu bapa tabah..ibubapa yang positif..mereka yang menaikkan semangat saya dan suami untuk berjuang sehabis habisan demi anak tercinta..tak pernah ada satu doa pun dari saya mahupun suami agar anak kami diambil balik oleh Allah..tak ada satu doa pun juga agar Allah menamatkan riwayat anak kecil ini..sungguhpun penyakit Habib tidak seserius mana..tapi doa dan harapan kami agar Habib sembuh sepenuhnya dan membesar sebagai anak yang sihat..anak yang soleh..anak yang pintar..Kami sentiasa berdoa agar Allah berikan ketabahan hati dan kekuatan semangat yang tinggi yang luar biasa kepada kami..

"makcik redha..kalau Tuhan nak ambil dia sekarang makcik izinkan" ataupun "pergilah nak..mak tak nak kau menderita lagi.."

Seringkali kita dengar ayat2 sebegini terpacul dari mulut mereka..tapi kenapa?? Dah hilang semangat kah? Dah jemu menjaga mereka kah? Selalunya ayat2 begini keluar di saat2 akhir hidup pesakit..betul tak? Tak sedih ke pesakit bila dengar orang yang mereka sayang 'halau' mereka dari hidup..

Dan yang paling sadis..kalau Allah nak ambil nyawa mereka..Allah tak pernah dan tak akan minta izin dengan sesiapa pun..kun fayakun..zapp!!

Kan elok kita doa yang baik baik..kita bercakap yang baik baik dengan pesakit..bukan apa yang kita fikir terbaik..siapa kita untuk tentukan hidup dan mati mereka..

"along..mak sentiasa doakan along..mak nak along sihat..mak akan jaga along tak kira macamana pun keadaan along..Allah kata doa ibu sentiasa dimakbulkanNya..along kena percaya..kalau along boleh zikir dalam hati along ikut mak ya..Subhanallah..walhamdulillah..walailahaillallah..wallahu akbar!"

Cuba cakap yang baik2 doa yang baik2 walaupun kita tahu pesakit dah nyawa2 ikan..doktor pun dah cakap tak ada harapan..ayat di atas adalah dari seorang ibu kepada remaja lelaki berumur 14 tahun di IJN..anaknya sedang bertarung nyawa antara hidup dan mati..sungguh tabah ibu itu..tak pernah sedetik pun dia mengalah..biar apa orang fikir..even the doctor sekalipun..sebagai ibu kita kena fikir, cakap dan buat yang baik2 lebih2 lagi terhadap anak yang sakit..Wallahualam..


Saturday, June 2, 2012

Mak : ketumbuhan & pinggan!

"mak jaga diri elok2..mak cepat sembuh..rehat banyak2..tak payah merayau sangat..tak payah susah2 pi kilang pinggan..ingat sakit tu dulu..biar sihat betul2 dulu.."

Haih!? Baru 2 hari lepas doktor buang ketumbuhan dalam mulut dekat kerongkong hari ni mak call tanya..

'kak nak pinggan macamana..hari ni ada promosi kat kilang pinggan tu..ni mak dok pilih la ni..'
'mak pilih la yang elok2..nak yang color putih..kalau ada periuk tanah mak beli la 2 3..'

Laju je saya jawab tanpa risaukan keadaan mak..huhuh..mana taknya..periuk tanah tu kalau kat sogo mau seratus lebih harganya..kalau kat situ cuma tiga puluh ringgit saja..hishhh..time dah balik shah alam baru la nak buat promosi..tak aci betul!!

Ingat pinggan..ingat mak..hahah..mak oh mak..jaga diri baik2 no..sekian terima kasih..

Telekung

Assalamualaikum..

Tetiba rasa nak cerita pasal telekung..beberapa hari ni asyik keluar ke shopping kompleks saja..asal nampak kiosk atau kedai jual telekung mesti nak singgah nak belek.. 'nanti nak beli lah..buat pakai sembahyang raya'..

Kat rumah ni cuma ada 3 pasang telekung..satu pemberian mak njang masa umur saya 15 tahun kalau tak silap..telekung cantik berenda color pink..masih elok terjaga..saya simpan untuk kegunaan tetamu..satu lagi berwarna ungu pemberian boyfriend saya 6 tahun yang lalu..sekarang dah jadi suami saya..heheh..telekung yang sangat cantik..lain dari yang lain..telekung ni saya guna setiap hari..setiap kali solat..dan yang terbaru pemberian mak ole-ole dari Jakarta 2 tahun lepas..telekung berwarna putih polos..

Seingat saya..saya tak pernah beli telekung dengan duit sendiri..dulu semasa bersekolah di sekolah berasrama..saya punya koleksi telekung yang agak banyak dan cantik..maklumlah anak perempuan tunggal..asal balik rumah mesti nak tukar tukar telekung dengan mak..sampai dah kerja dan ada duit sendiri pun masih guna telekung yang mak beli..tak pernah beli sendiri..

Kali ni pun saya tak mau beli sendiri..nak minta dengan suami..biar dia yang belikan..setiap kali saya solat dia juga dapat pahala..betul tak?

Cakap pasal telekung raya teringat pula puasa pun belum habis ganti lagi..dah sembang bab raya..apa daa..heheh..selamat berpuasa sunat + ganti ya..Assalamualaikum..