Antara doa dalam doa-doa dhuha saya setiap hari. Sebagai isteri yang ada pendapatan sendiri, kadang saya tak pernah kisah pun suami bagi wang saku ataupun tak. Saya ada gaji saya guna gaji saya sendiri.
Pastu ada hari tu saya dengar Ustaz cakap antara sebab rezeki suami susah nak masuk adalah dia 'terlupa' nak bagi wang saku kat isteri sebab ye la isteri dia kan ada gaji sendiri. Ustaz kata walaupun isteri mampu dan ada lebih dari cukup tak bermakna dia boleh abaikan tanggungjawab dia.
Nafkah adalah wajib.
Sejak hari tu saya selalu doa selepas solat dhuha supaya Allah halalkan atau sedekah kembali kepada suami segala nafkah yang tertangguh. Saya minta Allah ampunkan dia. Maknanya suami tak terikat apa-apa dengan kita. Mohon pada Allah supaya tak ada 'pemberat' pada rezeki dia lagi. Untung-untung dapat pahala sedekah lagi.
Alhamdulillah (hanya Allah yang layak dipuji) smooth saja kerjanya sekarang. Pekerja pun ok tak ada yang buat hal. Kebun pun makin besar. Syukur sangat-sangat.
Kadang kita tak berkira pun tapi sebenarnya kita ni yang jadi penyebab suami dapat dosa. Ingatkan dia selalu tentang tanggungjawab dia. Kalau pi shopping, pi lenggang kangkong sudah π tak payah bawa purse.
Saya ni surirumah sepenuh masa. Gaji saya dari kedai jeruk pun tak besar mana. Saya tahu ramai kawan-kawan saya yang kerja besar-besar gaji pun besar-besar yang mana belanjanya lagi besar jadi boleh la sama-sama amalkan ni.
Minta Allah halalkan setiap nafkah yang tertangguh dan yang terlepas pandang. Kesian kat suami kita π Saya dah rasa dan nampak impact doa depan mata. Moga Allah makbulkan doa kita.
Ameen.
No comments:
Post a Comment