Wednesday, September 17, 2014

Celebrated Malaysia Day With Panda..

Selamat Hari Lahir Malaysia! 
Sempena Hari Malaysia kali ni, kami sekeluarga ke Zoo Negara..dah berpuluh kali ke Zoo pun masih tak jemu2 lagi..maklumlah anak2 suka sangat dengan haiwan2 ni..saya nak share satu tips..kalau nak ke Zoo atau mana2 tempat tumpuan..pergilah pada hari bersejarah kerana tentu ada special appearance yang menarik dan pastinya tiada pada hari2 biasa..

Pada Hari Merdeka yang lalu, kami ke Aquaria di KLCC..macam2 aktiviti yang mereka buat khas untuk menyambut pengunjung pada hari tersebut..sangat seronok tak tak jemu langsung..anak2 pun sangat enjoy..Hari ni pun sama..sempena Hari Malaysia, walau parking penuh sesak, namun ternyata berbaloi untuk menunggu kerana pengalaman yang kami dan pengunjung lain lalui dalam Zoo amat bermakna sekali..tentunya ada kelainan pada hari ini..

Melangkah ke dalam Zoo kali ini sangat berlainan..keadaan dalam Zoo lebih bersih dari dulu..lebih cantik dan kemas..kebanyakan tempat dah siap direnovasi..menarik sekali..tujuan utama kami ke Zoo hari ini hanya untuk melihat Panda..Xing-Xing dan Liang-Liang..Tapi macam biasa lah..plan nak round sejam dua je..tapi terlajak sampai hampir 4 jam dalam tu..ok lah..jom terjah apa yang best sangat tu..

At the Zoo entrance..
Nak cerita ni..budak perempuan ni pilih sendiri baju dia..huhuhu..tengahari panas terik pun nak jugak pakai baju tebal2..kasut macam biasa la..sandle tak nak..flat shoes pun tak nak..kasut sukan jugak yang jadi pilihan dia..Abbu ikut je perangai dia..Mama malas nak layan..suka hati lah..
Homemade spiral pasta bolognese..*bekalunch untuk bebudak ni..
Happy kids are on the way to the Zoo..mama sayaaangg dedua nih..
At the Panda Convention Centre..sementara tunggu turn..
Dah masuk rumah Panda..sejuk kemain beraircond..
Tuan rumah tidur terkangkang..dan dan saya teringat kat Po dalam Kungfu Panda tu..sebijik macam Po..berat tulang!
See..tidur dalam iman..siap senyum lagi..
Tetamu datang melawat ni..
Ni sekoq lagi..main aci nyorok..boleh pulak time orang datang rumah dok tidur tak sedar diri..pemalas sungguh..

Nak masuk dalam tu banyak syarat yang kita kena patuhi..biasa la..V.V.I.P..
Tak boleh buat bising..
Tak boleh ambil gambar yang ada flash..
Tak boleh bawa masuk stroller..
Tak boleh bawa makanan..
Masa yang dibenarkan melawat cuma 15 minit je..Tapi ok la..masa menunggu tak de la lama sangat..dan dalam tu ada aircond jadi selesa sangat walau sesak dengan orang ramai..

Masa keluar tu sempat beli pau ni..comel kan? Tetiba teringat lagi kat Po..Po kan tolong bapak dia jual Pau..hahaha..Po..Po..singgah kedai sorvenire terbeli jugak la fridge magnet Panda 2-3 ketul walau dah pesan kat budak2 ni tak boleh beli apa2..comel sangat la you ni..

Cik Nuha get excited..see..cantikkan Zoo sekarang..ada gazibo macam ni..tempat duduk pun dah banyak..boleh relax hilang penat sekejap..oh ya..kami tak naik tram tau..jalan kaki..baru ada feel..budak2 ni merayu2 nak naik tram..tak payah..kita jalan lagi best..semua haiwan kita boleh tengok dekat2..lama2..hihihi..
Kalau naik tram kena duduk je..tak boleh buat macam ni ;)
Lagi..
Dan lagi..
Beza betul karektor anak lelaki dan anak perempuan ni..tapi si adik dah terikut abang sikit2..nak kasut macam abang..nak seluar macam abang..boleh ke macam tu? Abang ni macam idola dia..yang baik ok la..tapi kadang tu apa yang abang nak itu yang dia nak..kalau benda ada dua tak apa..kalau satu, berebut lah jawabnya..tapi adik sentiasa sweet..senyum manis je..suara pun lembut..
Kesayangan mama..anak2 berdempek je dengan Abbu..mama kat belakang tukang take picture..inilah nyawa..inilah jantung hati mama..
Kalut je dia..ni nak pegi mana pulak ni..
Leopard dan Panter dalam satu sangkar..macam nak gaduh pun ada..kat sini kami lama sikit sebab ada aksi menarik dari dua ekor nih..
Leopard jugak..tapi tak join dengan gengster 2 ekor tadi..
Wooo..The King sudah keluar..dia show off kejap..Roar..Roar..lepas tu berdiri statik macam tu dalam 2 minit tak bergerak..so semua orang boleh take picture dia..macam ni baru best..
Zoo keeper baling ikan di kawasan lapang ni so semua bangau berlari terbang ke situ..best..Habib apa lagi..kejar la..
Abang Buaya..takutt..
Kesian ai..sapa pun tak sudi ambil gambar :( selfie je lah dengan bangau nih..
kejar lagi.
Malayan tapir..berkubang ke bang!!
Cantik rumah giraffe sekarang..bersih dari dulu..tapi kelaparan..asyik menjelir je..
Masuk Butterfly Farm pula..ingat tak lagu ni..

"Dari ulat dari kepompong..
Ia hidup dalam kelonsong..
Cukup masa kepompong pecah..POM..
Jadi rama-rama yang indah..

Rama-rama terbang merata..
Sungguh cantik aneka warna..
Hisap madu di kebun bunga..
Tapi sayang hidup tak lama.."

Betul sayang..dia hidup tak lama..
Muka masing2 dah letih..lapar pun ye jugak..
Tapi budak ni tak nak balik lagi..aduhh..puas pujuk baru dengar cakap..energy budak ni memang tK boleh kalah la..energetik sangat..penat mama dan abbu..umur dah 6 tahun..tak lama lagi dapat lah akalnya tu..Fuhh..

Ok sampai sini je bye..

*bekal + lunch = bekalunch

No comments:

Post a Comment