Saturday, May 17, 2014

Hari Ibu 2014

Masih tak terlewat lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di dunia ni..mungkin kita patut sambut hari ibu pada hari kita menjadi ibu iaitu pada hari kita lahirkan anak sulung..betul tak? Saya tak ucap pun pada mak cukuplah mak tahu saya sememangnya sentiasa mengambil berat tentang mak..mendoakan mak selalu dan sentiasa berusaha menggembirakan mak..
 
Ada kemusykilan tentang sambutan hari ibu yang jatuh pada hari yang sama dengan hari Mother of Church yang disambut oleh penganut agama Kristian..saya pun keliru juga..ada sesetengah Ustaz kata boleh sambut..ada juga pendapat yang bertentangan..jadi pada hari Khamis lepas semasa kuliah Ustaz Dusuki di Masjid Negeri, Ustaz ada menerangkan tentang perkara tersebut..katanya sambutan hari ibu cuma sekadar sambutan..bukan perayaan..tak salah untuk kita untuk menyambutnya sekadar untuk menghargai ibu..pada saya, pokok pangkalnya akidah..hari ibu telah kami sambut sejak kecil lagi..mak dan makcik2 selalu buat party untuk maktok sempena hari ibu..tak pernah pula kami tahu tentang sambutan penganut Kristian itu..yang kami tahu, hari ibu adalah hari kemuncak kasih sayang dari anak2 untuk mak..
 
Dan sempena hari ibu kali ini, saya juga tak terkecuali di rai oleh anak dan en suami..hihihi..Habib telah buatkan sekeping kad di sekolah untuk mamanya..warna merah lagi..terharu saya..di dalamnya tertulis 'I love my mother'..I love u more, son!
 
Dan dari kelas Genie Art pula Habib telah buatkan sebuah paper container yang diwarna dan di design sendiri oleh Habib untuk saya..mama terharu lagi..cantik sangat..
 En suami pula hadiahkan yang ni untuk saya..isinya rahsia..kali pertama saya terima hadiah sebegini di hari ibu..di harap tahun depan dapat lagi..hahahah..mimpilah!!
Nuha? Nuha tak bagi apa2 untuk mama..dia yang sibuk berebut hadiah dengan saya..terutamanya container tu..hahahah..haihh..tak boleh..ni mama punya..
 
Terima kasih mama ucapkan terutama buat Habib..mama betul2 suka hadiah2 Habib tu..ternyata anak mama sangat kreatif dapat hasilkan kad yang cantik dan kemas serta container yang WOW..mama suka sangat..semoga Allah bagi ganjaran pahala yang banyaaaaaak untuk Habib kerana telah menggembirakan mama..mama berazam setiap hari nak jadi ibu yang mithali dan solehah untuk anak2 mama..
 
Sekian, Selamat Hari Ibu! Hari-hari Hari Ibu ;)
 
 
 


No comments:

Post a Comment