Tuesday, May 27, 2014

Doa Malaikat

Kita selalu dianjurkan untuk berdoa. Lebih2 lagi saat ini..saat kita dah punya keluarga dan anak2 sendiri. Sebaik bangun tidur sehingga nak tidur balik tak putus2 kita berdoa. Bila terkenang anak2 mahupun suami atau keempat2 ibubapa, kita terus je berdoa dalam hati. Doa ni memang dah jadi tabiat. Lebih banyak kita eh saya berdoa dari bersolat!

Saya pernah terbaca satu post atau status di Facebook iaitu mengenai penyakit Al-ain. Menurut post tersebut, kita tidak digalakkan upload gambar bayi yang baru lahir kerana kuatir akan terkena penyakit itu. Saya tak faham apa itu penyakit al-ain. Panahan mata kah? Pada saya, bergantung kepada keadaan..tak salah kot nak upload gambar bayi yang baru lahir..contohnya jika saya yang melihat gambar bayi di newsfeed, pasti saya akan doakan dalam hati agar bayi tersebut membesar menjadi mukmin yang berjaya dunia akhirat kerana saya juga mahu Malaikat doakan begitu untuk saya..untuk anak2 saya. Saya yakin, sahabat lain juga turut sama berdoa. Alangkah ruginya jika kita percaya bulat2 tentang segala penyakit itu. (Maafkan saya jika tersalah) Namun, satu benda yang saya relized, doa saya yang banyak dosa ni, mungkin lambat sikit Allah nak makbulkan (wallahu a'lam) tapi doa Malaikat? Allah ambil peduli! Segala penyakit atau musibah yang berlaku bukan disebabkan oleh manusia atau panahan mata sesiapa. Ia terjadi dengan izin Allah. Kena percaya yang itu. Sehebat manapun manusia nak buat tak baik kat kita, tanpa izin Allah ia tak akan jadi! Begitu juga sebaliknya. Semuanya dengan izin Allah.

Begitu juga bila ada sahabat yang ditimpa musibah..saya tetap doakan juga keselamatannya dan moga Allah permudahkan apa saja urusannya. Kawan yang mendirikan rumahtangga turut sama saya doakan dalam diam kebahagian mereka hingga ke Jannah. Kadang saya tak komen pun, Like pun tak tapi dalam hati ni diam2 saya doakan. Kawan yang berjaya, saya turut rasa bangga dan berdoa dalam diam agar dia sentiasa dirahmati dan diberkati. Jika saya terlihat kemalangan di jalanraya atau atau ditv atau ada anak kecil yang sakit atau didera atau apa saja yang tak elok berlaku walau mereka bukan kenalan saya, saya tetap berdoa dalam diam agar Allah selamatkan dan panjangkan umur mereka, permudahkan hidup mereka, ringkankan sakit mereka. Rasa tak betah jika sekadar melihat.

Apa yang saya tulis bukan untuk bermegah, menunjuk pandai atau riak. Saya cuma suka hidup dikelilingi orang yang sentiasa positif dan saya yakin kalian juga setuju dengan saya. Dunia ni akan jadi a better place jika kita saling mendoakan satu sama lain secara diam2. Malaikat juga turut sama mendoakan kita dan mengaminkan doa kita. Bestkan. Macam yang saya tulis tadi lah, doa kita yang banyak dosa ni entah bila Allah nak makbulkan tapi doa Malaikat untuk kita? Pasti dimakbulkan Allah. Perlu untuk kita doa seikhlas hati.


Saya pernah terbaca komen dari gambar kenalan Facebook saya yang sedang mengerjakan Umrah bergambar di hadapan Kaabah. Ada yang tulis komen kenalan saya itu sebagai 'riak dan menunjuk' kerana tunjuk gambar beliau sedang beribadah. Astaghfirullah alazeem..Aduhh. Kenapa ada yang melihat dengan mata hati negatif? Sangat rugi jika melihat begitu. Sepatutnya kita berdoa dalam diam moga giliran kita pula akan dijemput oleh Allah menjadi tetamuNya secepat yang mungkin. 

Pernah juga saya di tegur oleh kawan..katanya jangan upload gambar anak2 di Facebook, bahaya! Saya katakan kepadanya, tak apa rakan facebook saya cuma 200++ je..semuanya saya kenal dan baik2 belaka. Lagipun saya upload bukan suka2. Saudara mara kami di Bangladesh nak tengok perkembangan budak2 ni. Adik ipar saya di London juga dapat melihat anak2 buahnya membesar di depan mata walau terpisah jauh beribu2 batu. Sama juga dengan adik2 saya dan mak ayah saya..gambar2 tu boleh buat hilang rindu mereka kepada anak2 saya. 

Penting untuk kita pilih kawan dalam dunia maya ni. Berkawan dengan kawan yang soleh, mungkin dia akan doakan kita. Kawan yang positif pula boleh mendorong kita menjadi positif. Begitu juga sebaliknya, yang suka provok, perli, perlekeh, perleceh atau hina menghina dalam setiap statusnya tak payah lah jadi friend. Kawan diluar sudah. Tapi jangan sampai terputus silaturrahim pula. Di luar tak jumpa hari2 tapi di Facebook setiap jam, setiap minit kita 'jumpa'. Tapi jika ada kawan yang suka luah perasaan macam saya ni..ahha..tak payah la di unfriend..huhuhu..please!! bukan hari2 pun luah perasaan..kan ;) Doakan je yang terbaik.

Sekian. Doakan.

No comments:

Post a Comment