Assalamualaikum..
Baru-baru ni saya dan suami ke sekolah Habib. Habib tak ikut sama sebab ke kelas arts nya. Ada Open Day untuk parents. Maknanya parents boleh masuk sekolah tengok kelas, tengok lunch area, tengok bilik computer, playroom. toilet semualah..setiap kali tour ada seorang teacher akan temankan dan explain tentang fungsi setiap bilik dan kaedah pembelajaran.
Sekolah ni sangat besar dan luas. Persekitarannya sangat bersih. Silibus di sini juga berpandukan kepada KBSR berkonsepkan International. Selain subjek umum, semua pelajar diajar bahasa Mandarin dan Tamil( untuk pelajar berbangsa India). Untuk pelajar Muslim, subjek Qaida iaitu Iqra' dengan kaedah al-Baghdadi juga disediakan. Tae kwan do, kelas muzik dan kelas computer juga ada. Semua pelajar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Mandatori! Bukan sekadar matapelajaran. Para pelajar pula berbilang bangsa, agama dan juga warganegara.
Ramai parents hadirkan diri sebab aktiviti begini sememangnya dinanti-nantikan oleh setiap parents. Kami juga sangat teruja.
Saya dan suami sangat menekankan soal agama terhadap anak2. Doa dan Selawat serta Tasbih memang menjadi rutin setiap hari tak kira dimana sahaja. Setiap malam pula anak2 tidur dengan alunan Juz Amma di 'repeat all' sehingga pagi. Cumanya bab solat masih banyak yang perlu kami ajar. Ya itu tanggungjawab kami sebagai parents. Habib dah boleh berwuduk dengan baik. Dia juga tahu rukun solat dan beberapa surah pendek yang diajar sendiri oleh saya. Selain itu, kami juga mahukan anak2 fasih dengan bahasa lain selain bahasa Melayu. Ia perlu di latih sejak kecil sementara lidah masih lembut. Untuk berbuat demikian kami perlukan bantuan sekolah. Keinginan kami untuk melihat Habib dan Nuha menjadi seorang mukmin professional sangat tinggi.
Saya sebenarnya kagum sangat2 dengan parents yang mampu homeschool anak2. Sungguh saya tak mampu. Surrender siap2. Saya mudah jadi singa bila mengajar. Ya Allah. ampun! Apa yang boleh, saya ajar sendiri, yang tak boleh lebih baik outsource saja. Saya ajar anak2 menghafal surah dengan membacakan kepada mereka setiap malam. Contohnya surah 3 Kul. Saya bacakan tiap2 malam dan hembus di ubun2 mereka termasuk Al-Fatihah, doa tidur dan syahadah. Bila dah boleh hafal beralih pula kepada surah Alam Nasyrah. Begitulah seterusnya. Saya juga mengajar sendiri anak2 membaca Bahasa Melayu dengan menggunakan buku Bacalah Anakku. Apa yang memeranjatkan saya, Habib dah sampai ke buku 7 dari 8 buah buku kesemuanya dalam masa kurang 3 bulan sahaja. Saya mula mengajar pada bulan Januari 2014 dan cuma 10 minit setiap malam sehingga hari ini 19/3/2014. Alhamdulillah!
Sekarang ni saya sedang belajar sendiri di youtube kaedah mental arithmatik/abacus untuk di ajar kepada anak2. Saya telah pun membeli ebook mental arithmatik yang berharga RM90 dari IPN. Saya berharap, tak lama lagi saya dah boleh mula mengajar (sambil main lego).
Saya teringat jawapan Prof Dr Muhaya berdasarkan soalan dari pendengar berkenaan ilmu dunia dan ilmu akhirat dalam siri terakhir rancangannya di ikim.fm. Jawapannya lebih kurang begini. Jika kita niat belajar ilmu dunia untuk memberi manfaat kepada orang lain di masa akan datang, dah dicatit pahala disitu. Mencari ilmu itu suatu tuntutan tidak kira duniawi atau ukhrawi. Begitu juga dengan ilmu ukhrawi. Niat Lillahi Taala. Jika kita belajar cuma untuk menunjuk atau untuk penghargaan manusia sia2 sahaja. Wallahu a'lam.
**Sekadar gambar kenang-kenangan..
Principal sedang menerangkan kepada kami tentang thematic. Contohnya minggu lepas bertema haiwan. semua buku dan aktiviti melibatkan haiwan.
Appreciation note.
Kelas untuk Playgroup. (2-3 tahun)
No comments:
Post a Comment