Monday, March 24, 2014

Tragedi : Al-Fatihah & R.I.P #MH370

 
Al-Fatihah & R.I.P buat mangsa dan krew pesawat MH370 yang berakhir di Lautan Hindi. Buat kaum keluarga mangsa Takziah saya ucapkan. Di harap tabah dan redha dengan apa yang terjadi. Mereka yang beragama Islam dikira syahid di sana kerana mereka adalah musafir. Namun jauh di sudut hati mengharapkan keajaiban berlaku.

Tunggu laporan dari black box pula nanti sebab saya dan kita semua nak tahu sangat apa yang terjadi. Gambar di atas adalah bayangan sebenar tahap kedalaman lautan hindi. Hampir 8 kali ganda KLCC. Moga Allah permudahkan usaha semua pihak terlibat untuk segera menemui black box tersebut memandangkan jangka hayat baterinya juga adalah limited.
 
Banyak spekulasi dan teori peribadi yang saya dengar dan baca, namun satu pun tak benar. Tapi ada satu kisah pernah saya baca yang seorang makcik sedang pulang ke Malaysia dari mengerjakan Umrah. Beliau ternampak pesawat hampir tenggelam ke dalam laut dari tingkap pesawat yang beliau naiki. Skrin di hadapan beliau mengatakan yang pesawatnya sedang melalui Lautan Hindi. Beliau memberitahu rakan di dalam pesawat, namun ditertawakan sahaja. Setelah tiba di Malaysia, beliau memberitahu anaknya cerita tersebut setelah mendapat tahu tentang MH370 tetapi kata anaknya tak mungkin MH370 kerana pesawat itu menuju ke Beijing. Namun setelah mendapat berita bahawa MH370 membuat airturn back menuju ke arah Lautan Hindi, barulah beliau membuat laporan Polis tentang apa yang dilihatnya itu.
 
Cerita sebegini perlu juga di ambil kisah. Seorang yang baru pulang dari menunaikan Umrah tak mungkin akan membuat cerita. Dan cerita dari makcik ni secara peribadi, saya anggap benar. Wallahu A'lam.. 


No comments:

Post a Comment