Friday, March 14, 2014

My Darling Rush : Episod 2

Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..mengeluh panjang saya..saya betul2 tak sangka ada juga orang yang sanggup buat macam ni..
 
Dalam pukul 2:30pm, sedang saya bersiap untuk solat Zohor, tetiba door bell rumah saya berbunyi. rupanya Security guard warga Pakistan bediri di depan pintu. Saya tak buka pintu gate pun. Hanya sua muka di pintu kayu.
 
"Kakak, turun sekejap..kereta kakak pecah..ada orang baling barang"
 
"Hah?!"
 
Tanpa banyak cakap, saya masuk ke dalam semula dan bawa kedua2 anak saya turun ke bawah. Setibanya di parking lot, ada beberapa orang disitu.
 
Astaghfirullahalazeem..orang dari tingkat atas telah baling buah kelapa ke arah kereta saya..
 
 
Tak tahu pula apa tujuannya..saya ingatkan sikit je. rupanya seperti kereta saya langgar pokok kelapa pula. Perasaan bercampur baur tetapi agak terkawal. Benda dah jadi nak cakap apa kan..Tak tahu siapa yang buat pula tu..Nak marah buat apa. Lain la kalau saya tahu siapa yang buat. Mahu jadi singa kat situ juga..
 
 
Setelah ambil gambar sekeping dua, saya naik semula ke atas untuk tunaikan solat Zohor. Kemudian saya telefon en suami dan bersiap ke pejabat pengurusan untuk buat laporan. Kerani tu minta saya buat laporan Polis terlebih dahulu untuk tujuan pampasan.
 
 
 
Dalam hati saya berkata
'Macamana nak pergi balai dengan anak2 ni? Jerebu teruk sangat..'
En Suami belum pulang dari kerja..
 
Tak semena hujan renyai turun dengan tiba2..kat sini dah berhari tak turun hujan..Alhamdulillah..perfect timing!
 
Kami bertiga terus ke IPD Shah Alam untuk buta laporan.
 
Sehingga kini kami masih belum tahu siapa yang buat. Saya berdoa agar Allah sahaja yang membalas insan kianat ini dengan balasan yang setimpal..Saya yakin doa orang yang teraniaya akan terus sampai kepadaNya dan tiada hijab.
 
Nota : Saya juga muhasabah diri dengan kejadian ini. Mungkin ia peringatan untuk saya mensucikan harta dengan melebihkan zakat serta memperbanyakkan sedekah.
 
 

 

 

No comments:

Post a Comment