Monday, March 24, 2014

Homework : Reading

 This homework given by teacher to parents not student. I received a sheet of paper from teacher to teach to my Habib during this school holidays. The paper content words and sentences of the day. So everyday I'll pick some words and show to Habib until he can recognise the words. Same goes to sentences. 
 I copy the words and print it in larger font so that my both kids can see the words. I cut it into pieces like flash cards. Every corner on the top I wrote day of the words.
Like this.
 
For example, these are the words for Monday which is yesterday. And the sentence of that day was 'What are you doing?' 
I randomly pick these and show to Habib even when he's playing or watching Peppa on YouTube. I believes in power or reading. When you know how to read, you will know everything. You will be easy to learn so many things. That's what I always told Habib. No matter in what language even Bahasa or English or Arabic. The important is reading.
 
Something I want to share with you but not confirm yet. One day we want to bring our kids to Dhaka and stay there for a year may be just to learn Bangla language. Their language is more difficult to learn compared to Bahasa. I can understand what my husband is talking with his friend but I can't speak. I know certain words but they are not enough. He also don't want to teach me. We discussed already about moving to Dhaka for a year but when?? still in plan. I can imagine my kids go to school there and blur and don't know what to say or to speak to. Ahhah. Cute. But I know they are fast learner. Faster than me. I hope our plan will work. The sooner the better because it more easier to teach toddler new language. When they grow up, the more things they have to learn.
 
Ok. until here. See you in next entry. Good night and happy holiday!! Please excuse my English because I am Malay :)
oxox

Tragedi : Al-Fatihah & R.I.P #MH370

 
Al-Fatihah & R.I.P buat mangsa dan krew pesawat MH370 yang berakhir di Lautan Hindi. Buat kaum keluarga mangsa Takziah saya ucapkan. Di harap tabah dan redha dengan apa yang terjadi. Mereka yang beragama Islam dikira syahid di sana kerana mereka adalah musafir. Namun jauh di sudut hati mengharapkan keajaiban berlaku.

Tunggu laporan dari black box pula nanti sebab saya dan kita semua nak tahu sangat apa yang terjadi. Gambar di atas adalah bayangan sebenar tahap kedalaman lautan hindi. Hampir 8 kali ganda KLCC. Moga Allah permudahkan usaha semua pihak terlibat untuk segera menemui black box tersebut memandangkan jangka hayat baterinya juga adalah limited.
 
Banyak spekulasi dan teori peribadi yang saya dengar dan baca, namun satu pun tak benar. Tapi ada satu kisah pernah saya baca yang seorang makcik sedang pulang ke Malaysia dari mengerjakan Umrah. Beliau ternampak pesawat hampir tenggelam ke dalam laut dari tingkap pesawat yang beliau naiki. Skrin di hadapan beliau mengatakan yang pesawatnya sedang melalui Lautan Hindi. Beliau memberitahu rakan di dalam pesawat, namun ditertawakan sahaja. Setelah tiba di Malaysia, beliau memberitahu anaknya cerita tersebut setelah mendapat tahu tentang MH370 tetapi kata anaknya tak mungkin MH370 kerana pesawat itu menuju ke Beijing. Namun setelah mendapat berita bahawa MH370 membuat airturn back menuju ke arah Lautan Hindi, barulah beliau membuat laporan Polis tentang apa yang dilihatnya itu.
 
Cerita sebegini perlu juga di ambil kisah. Seorang yang baru pulang dari menunaikan Umrah tak mungkin akan membuat cerita. Dan cerita dari makcik ni secara peribadi, saya anggap benar. Wallahu A'lam.. 


Happy 3rd Birthday Nuha.

 Happy Birthday Sayang..harapan mama masih sama sejak Nuha lahir..Nuha lah bidadari mama, abbu dan abang..Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Nuha dan abang..selama mama hidup atau mati, restu mama sentiasa bersama anak2 mama..moga Allah sentiasa lindungi Nuha, rahmati Nuha dan berkati hidup Nuha..Ameen..
P/s: mama agak emo sambil tulis entri ni untuk Nuha dengan tragedi MH370 yang terhempas di Lautan Hindi :'(

Putrajaya Sight-seeing

Kelmarin bawa ayah saya @ Tok Wan jalan2 ke Putrajaya..ayah tak pernah tengok Masjid Besi lagi katanya..jadi kami decided bagi ayah merasa naik cruise juga lah walaupun baru beberapa minggu lepas kami naik cruise nih..bukan tak best..cuma budak2 cepat bosan nak berlari ja kerjanya..Rezeki bawa ayah, kami dapat naik bot Kelah..bot VIP katanya..
 Berselfie dulu sebelum bot bergerak..
 Seronoknya dia makan popcorn tepi tingkap..
 Pertama kali naik atas deck ni..anak2 ai is perak..haha..maklumlah mak bapak dia tak dak bot ;) Tengok Cik Nuha tu..siap berenang lagi..
 Terkinja2 atas tu..
Apa yang saya perasan semasa di dalam bot, agak jelik tapi nak cakap/tulis juga..Anak2 Cina dan Mat Saleh dibiar saja berlari dalam bot ni..sikit pun mak bapak dia tak kisah tapi anak2 Melayu dimarah oleh mak ayah masing supaya duduk diam2..termasuklah saya pada mulanya..tapi budak2 punya excitement tak boleh di tahan2..biarkan je lah..
 Nampak tak??? budak ni bukan setakat berlari je..mulut pun bising juga..yang tengah merangkak naik tangga tu adik dia jugalah..anak sapa ntah la >.<
 Ni tengah memujuk abbunya nak duduk atas pelantar pula..
 Mesti la TAK BOLEH!!
 Singgah pula kat Pullman Lakeside. Saya suka sangat tempat ni. Damai je. Berkali2 datang pun tak jemu. Putrajaya ni memang fav en suami setiap kali rakan2 dari Dhaka datang disinilah antara tempat yang dibawanya. 'Very neat and clean city' diorang puji. Lagi satu burger kat sini sedap sangat..should try!
 Beli bubblegun di Dataran Putra dan main disini.
Apa la yang mentua dan menantu ni sembang.
 
 Kami beredar dari situ selepas solat Maghrib. sempat la tengok sunset..heheh..sunset la sangaat..
Cukup kali ni. Jumpa lagi di lain entri. Adios.

Parents - Open Day at TCSKM

Sambungan dari entri saya tentang Parents Tour tempoh hari, kali ini tentang Open Day di sekolah juga, tetapi lebih details yakni parents boleh duduk dan tunggu dalam school dari mula hingga akhir.
 
Setiap Parents diberi jadual dan boleh pilih nak datang waktu mana dalam masa satu minggu. Nak datang tiap2 hari, tiap2 waktu pun boleh. Tapi disebabkan kereta saya masuk workshop beberapa hari akibat 'coconut tok moh' jatuh dari langit, makanya saya cuma berkesempatan datang ke Open Day sekolah pada hari terakhir iaitu hari Jumaat.
 
Bermula dari jam 8 pagi saya dan Nuha dah terpacak di situ. Aktiviti pertama hari tersebut, adalah Tae Kwan Do. Habib beria nak pakai baju TWD dia yang dah berbau sebab dah 3 hari berturut pakai baju tu, jadi saya tak izinkan. Mengikut jadual, hari ni (Jumaat) ada projek aktiviti, jadi saya pakaikan dia track suit dan t-shirt biasa memandangkan sport uniform masih belum terima lagi. Mahu tak mahu Habib terpaksa ikut juga. Bila tiba waktu TWD, Master minta pelajar yang beruniform TWD tampil ke hadapan dan duduk sebaris dengan Master. Patut la dia beria nak pakai. Menyesal pula saya tak izinkan dia pakai baju tu. Kalau tak, boleh la saya tengok dia berkungfu panda di hadapan.
 
  Lucu bila tengok Master mengajar budak2 tadika nih..ada yang beri sepenuh perhatian,.ada yang buat tak tahu..yang bersembang sesama sendiri pun ada..comel sangat..yang tak ikut arahan pun ramai..haha..notti..
 Mana Habib?? Ada..terlindung sikit..Ini kelas Habib..KG2..dan teacher yang sedang mengajar tu namanya Mrs Mohan..Mrs Mohan agak tegas orangnya..saya suka..bila Habib tak nak buat homework, saya jual nama Mrs Mohan jaa..heheh..senang..
 
Dalam kelas perangai Habib jauh berbeza dengan di rumah. Dia duduk diam dan lebih tumpu pada teachernya tak macam dirumah. Saya agak terkejut. Habib juga agak berani bila teacher tunjuk falsh card 'Word of the day' atau 'Sentence of the day' cepat je dia angkat tangan..sampaikan teacher dah tak pilih dia sebab asyik dia yang angkat tangan..saya sangka Habib jenis reserve person..rupanya tidak! Sikit pun dia tak segan atau takut untuk angkat tangan dan jawab soalan..aduhh..betul la apa orang cakap kan..mak-mak lah yang selalu underestimate kemampuan anak sendiri. Habib sentiasa 'bayi' dimata saya..huwaa..
 Dengan rakan sekelas Habib yang kebanyakkannya lelaki..kelemahan Habib adalah pada tulisan..itu yang teacher beritahu saya dan saya akui..tulisannya selalu membesar macam anak tangga..
macam ni..hihi
 
Aktiviti terakhir pada hari itu adalah 'Project Activity'. Semua pelajar terlibat dalam activity ni dari umur 3 tahun hingga 6 tahun.
 
Overall sangat best. Dengan layanan dari principal sendiri kepada kami kaum ibu di situ (ibu-ibu saja yang hadir) sangat berpuas hati. Dengan aktiviti macam ni barulah saya boleh tahu kemampuan anak sendiri dan juga boleh kenal rakan2nya dan paling penting I can see the real and big picture secara live. baru boleh faham. Saya tak sabar nak tunggu bulan Mei nanti, sebab akan ada Open Day lagi seperti ini.

Saturday, March 22, 2014

Farm In The City

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni kami ke Petting Zoo yang dikenali sebagai Farm In The City di Seri Kembangan. JIka dikira.  ini adalah kali ketiga kami kesana..pada kali pertama cuma saya dan anak2..kali kedua, kami sekeluarga dan kali ni lebih special sebab ayah saya yakni Tok Wan dapat turut serta..
 
Anak2 saya sangat sukakan haiwan terutama haiwan2 ternakan seperti ini..yang jinak dan tidak merbahaya.
 
Petting Zoo ini teletak di belakang Giant Seri Kembangan dalam satu kawasan dengan Downtown di situ. Ia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Bayaran untuk dewasa adalah sebanyak RM30 dan untuk kanak2 bawah 12 tahun serta warga emas adalah RM25 manakala kanak2 dengan ketinggian dibawah 90cm Percuma. Jika datang bersama keluarga, boleh juga pilih pakej yang telah disediakan. Lebih jimat.
 
Terdapat bermacam2 jenis haiwan ternakan ada disini..semuanya jinak belaka..Kawasan yang bersih dan teratur memudahkan kanak2 enjoy di situ.




 Guinea Pig adalah salah satu haiwan kegemaran Habib.
 Longkang Fish. Ikan ini kelihatan sangat mudah di tangkap kerana mereka berenang di dalam kumpulan. Tapi realitinya sangat susah. sangat licik.
 Landak. Saya kagum dari jauh. Subhanallah..
Tiba2 kekaguman saya terhenti bila dengar ayah sebut "Daging landak ni boleh makan tau!" Eeeee...Eew!
 Gagak Putih @ White Crow. Mungkin cuma spesis ini saja yang tidak disimbah cat hitam oleh merak (dongeng semata :)
Abbu yang asyik mendukung Nuha.
 
 Akhi rsekali, activity Pony Ride. tiket pony ride ni termaktub sekali dalam pakej. Kami dapat 2 tiket jadi Habib boleh naik 2 kali. Nuha tak boleh kerana ketinggiannya kurang dari 90cm.
 
Haih, korek hidung pula dia..
Second Round.
 
Sekian. Perkongsian sekadar kenang-kenangan di hari tua.

Tuesday, March 18, 2014

Parents Tour

Assalamualaikum..
 
Baru-baru ni saya dan suami ke sekolah Habib. Habib tak ikut sama sebab ke kelas arts nya. Ada Open Day untuk parents. Maknanya parents boleh masuk sekolah tengok kelas, tengok lunch area, tengok bilik computer, playroom. toilet semualah..setiap kali tour ada seorang teacher akan temankan dan explain tentang fungsi setiap bilik dan kaedah pembelajaran.
 
Sekolah ni sangat besar dan luas. Persekitarannya sangat bersih. Silibus di sini juga berpandukan kepada KBSR berkonsepkan International. Selain subjek umum, semua pelajar diajar bahasa Mandarin dan Tamil( untuk pelajar berbangsa India). Untuk pelajar Muslim, subjek Qaida iaitu Iqra' dengan kaedah al-Baghdadi juga disediakan. Tae kwan do, kelas muzik dan kelas computer juga ada. Semua pelajar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Mandatori! Bukan sekadar matapelajaran. Para pelajar pula berbilang bangsa, agama dan juga warganegara.
 
Ramai parents hadirkan diri sebab aktiviti begini sememangnya dinanti-nantikan oleh setiap parents. Kami juga sangat teruja.
 
Saya dan suami sangat menekankan soal agama terhadap anak2. Doa dan Selawat serta Tasbih memang menjadi rutin setiap hari tak kira dimana sahaja. Setiap malam pula anak2 tidur dengan alunan Juz Amma di 'repeat all' sehingga pagi. Cumanya bab solat masih banyak yang perlu kami ajar. Ya itu tanggungjawab kami sebagai parents. Habib dah boleh berwuduk dengan baik. Dia juga tahu rukun solat dan beberapa surah pendek yang diajar sendiri oleh saya. Selain itu, kami juga mahukan anak2 fasih dengan bahasa lain selain bahasa Melayu. Ia perlu di latih sejak kecil sementara lidah masih lembut. Untuk berbuat demikian kami perlukan bantuan sekolah. Keinginan kami untuk melihat Habib dan Nuha menjadi seorang mukmin professional sangat tinggi.
 
Saya sebenarnya kagum sangat2 dengan parents yang mampu homeschool anak2. Sungguh saya tak mampu. Surrender siap2. Saya mudah jadi singa bila mengajar. Ya Allah. ampun! Apa yang boleh, saya ajar sendiri, yang tak boleh lebih baik outsource saja. Saya ajar anak2 menghafal surah dengan membacakan kepada mereka setiap malam. Contohnya surah 3 Kul. Saya bacakan tiap2 malam dan hembus di ubun2 mereka termasuk Al-Fatihah, doa tidur dan syahadah. Bila dah boleh hafal beralih pula kepada surah Alam Nasyrah. Begitulah seterusnya. Saya juga mengajar sendiri anak2 membaca Bahasa Melayu dengan menggunakan buku Bacalah Anakku. Apa yang memeranjatkan saya, Habib dah sampai ke buku 7 dari 8 buah buku kesemuanya dalam masa kurang 3 bulan sahaja. Saya mula mengajar pada bulan Januari 2014 dan cuma 10 minit setiap malam sehingga hari ini 19/3/2014. Alhamdulillah!
 
Sekarang ni saya sedang belajar sendiri di youtube kaedah mental arithmatik/abacus untuk di ajar kepada anak2. Saya telah pun membeli ebook mental arithmatik yang berharga RM90 dari IPN. Saya berharap, tak lama lagi saya dah boleh mula mengajar (sambil main lego).
 
Saya teringat jawapan Prof Dr Muhaya berdasarkan soalan dari pendengar berkenaan ilmu dunia dan ilmu akhirat dalam siri terakhir rancangannya di ikim.fm. Jawapannya lebih kurang begini. Jika kita niat belajar ilmu dunia untuk memberi manfaat kepada orang lain di masa akan datang, dah dicatit pahala disitu. Mencari ilmu itu suatu tuntutan tidak kira duniawi atau ukhrawi. Begitu juga dengan ilmu ukhrawi. Niat Lillahi Taala. Jika kita belajar cuma untuk menunjuk atau untuk penghargaan manusia sia2 sahaja. Wallahu a'lam.
 
**Sekadar gambar kenang-kenangan..
 
 
 Principal sedang menerangkan kepada kami tentang thematic. Contohnya minggu lepas bertema haiwan. semua buku dan aktiviti melibatkan haiwan.
 
  Appreciation note.
 
 Kelas untuk Playgroup. (2-3 tahun)
 
SEKIAN.
 

Friday, March 14, 2014

My Darling Rush : Episod 2

Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..mengeluh panjang saya..saya betul2 tak sangka ada juga orang yang sanggup buat macam ni..
 
Dalam pukul 2:30pm, sedang saya bersiap untuk solat Zohor, tetiba door bell rumah saya berbunyi. rupanya Security guard warga Pakistan bediri di depan pintu. Saya tak buka pintu gate pun. Hanya sua muka di pintu kayu.
 
"Kakak, turun sekejap..kereta kakak pecah..ada orang baling barang"
 
"Hah?!"
 
Tanpa banyak cakap, saya masuk ke dalam semula dan bawa kedua2 anak saya turun ke bawah. Setibanya di parking lot, ada beberapa orang disitu.
 
Astaghfirullahalazeem..orang dari tingkat atas telah baling buah kelapa ke arah kereta saya..
 
 
Tak tahu pula apa tujuannya..saya ingatkan sikit je. rupanya seperti kereta saya langgar pokok kelapa pula. Perasaan bercampur baur tetapi agak terkawal. Benda dah jadi nak cakap apa kan..Tak tahu siapa yang buat pula tu..Nak marah buat apa. Lain la kalau saya tahu siapa yang buat. Mahu jadi singa kat situ juga..
 
 
Setelah ambil gambar sekeping dua, saya naik semula ke atas untuk tunaikan solat Zohor. Kemudian saya telefon en suami dan bersiap ke pejabat pengurusan untuk buat laporan. Kerani tu minta saya buat laporan Polis terlebih dahulu untuk tujuan pampasan.
 
 
 
Dalam hati saya berkata
'Macamana nak pergi balai dengan anak2 ni? Jerebu teruk sangat..'
En Suami belum pulang dari kerja..
 
Tak semena hujan renyai turun dengan tiba2..kat sini dah berhari tak turun hujan..Alhamdulillah..perfect timing!
 
Kami bertiga terus ke IPD Shah Alam untuk buta laporan.
 
Sehingga kini kami masih belum tahu siapa yang buat. Saya berdoa agar Allah sahaja yang membalas insan kianat ini dengan balasan yang setimpal..Saya yakin doa orang yang teraniaya akan terus sampai kepadaNya dan tiada hijab.
 
Nota : Saya juga muhasabah diri dengan kejadian ini. Mungkin ia peringatan untuk saya mensucikan harta dengan melebihkan zakat serta memperbanyakkan sedekah.
 
 

 

 

Thursday, March 6, 2014

By Road To Kulim : Just Me And Kids!

Hekelleh..tajuk tak boleh blah..orang dari UK ke Malaysia..ai pun nak juga :p

Percaya tak saya bawa anak2 balik Kulim dengan kereta cuma kami bertiga sahaja..saya, Habib 5 tahun 4 bulan dan Nuha 2 tahun 10 bulan..

Mulanya agak ragu2 juga tapi saya nekad dalam hati 'no problem..InsyaAllah..Allah ada, Allah jaga'..nak takut apa..Prof Dr Muhaya kata "Simpan persaan takut hanya kepada Allah sahaja..benda lain jangan takut.."

Dengan izin suami, kami bertolak selepas zohor..

Tips sebelum bertolak:
  1. Pastikan kereta anda dalam keadaan baik..periksa semuanya agar perjalanan selamat dan lancar. Hantar ke pusat servis terlebih dahulu adalah lebih baik.
  2. Isikan petrol serta top up smart tag siap2.
  3. Bekalan makanan, susu serta kudapan yang mencukupi terutama untuk anak2.
  4. CD lagu kegemaran anak.
  5. Buku pilihan masing2.
  6. Toys atau gadget sebagai tambahan.
  7. Bantal dan blanket sorang satu.
Saya letakkan semuanya di dalam satu bakul agar mudah dicapai oleh anak2..

Ok..dah boleh mulakan perjalanan dengan doa.
Dalam hati memang saya plan tak nak singgah R&R kecuali untuk solat sahaja..

Selepas hampir 3 jam perjalanan, slow and steady mengikut kelajuan yang ditetapkan, kami singgah di RTC Simpang Pulai. Disini terrletak segalanya di bawah 1 bumbung. Kami makan dan membeli belah sedikit di Mydin, kami bersolat Asar di surau yang cukup selesa disitu..saya bawa Habib ke tandas..kemudian saya biarkan anak2 bermain di playground bersebelahan surau pula..biar mereka penat sedikit..mood anak2 ni perlu diikut juga agar tak mengganggu saya nanti..

Sebelum kami menyambung perjalanan, saya sediakan bantal dan selimut siap2..saya letakkan botol susu dan air berdekatan..saya tahu, anak2 saya pasti akan tidur nanti setelah penat bermain tadi..

Saya kembali memandu bertemankan Hafiz Hamidun dengan alunan zikir terapinya dan secawan kopi.

Alhamdulillah, hampir jam 8 malam, kami selamat tiba disambut oleh mak dan adik saya..lega rasanya..saya berjaya mengatasi keraguan dihati..berjaya juga menenangkan anak2..syukur..


InsyaAllah 5 tahun lagi kami akan pulang ke kampung dengan kereta ni pula..sekarang ni cuma hiasan di wallpaper saja..huhu..