Monday, February 25, 2013

Syurga Ada Untuk Kita

Hidup ini..
Antara dosa dan pahala..
Antara syurga dan neraka..
Antara dusta dan percaya..
Antara leka dan taqwa..

Bukan..
Antara ada dan tiada..
Antara adat dan acara..
Antara apa dan mengapa?
Bukan juga apa orang kata..

Andai beriani bersama ikan sedap dimakan..
Silakan..
Andai ayam 3 rasa sedap rasanya..
Cuba..jangan tak cuba..

Setiap apa yang diputuskan pasti ada dua pilihan..
Dosa atau pahala?

Usah lemahkan semangat yang ada..
Biar apa orang kata..
Biar orang tak buat..
Biar mereka lihat..

Hidup cuma antara dosa dan pahala..
Hidup cuma untuk Allah redha..
Hidup cuma untuk percaya
Bahawa syurga ada untuk Kita..


#nukilan3rasa.saQahnOt


No comments:

Post a Comment