Monday, February 25, 2013

Kek Hitam @ Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum..
Hari ni mak dan YB Aisyah datang..betapa seronoknya anak2 saya bila maktok mereka datang..macam biasa nak mandi dengan maktok..makan dengan maktok..baca buku pun nak maktok juga..maktoknya pun suka sangat melayan..dapatlah saya rileks sekejap..

Ketika YB menghadiri mesyuarat di SACC Convec dan mak sibuk melayan cucu..sempat jugalah saya sediakan juadah tengahari iaitu Nasi Kesyuri, Ayam goreng berempah, Kari ikan bawal bersama air asam..selesai masak juadah saya dan mak buat kek hitam pula.l

Dah lama rasanya saya tak buat kek..atas permintaan adik bongsu saya melalui telefon yang kononnya teringin nak makan kek yang kakak buat..nak tak nak terpaksa jugalah saya tunaikan..

Saya pernah post resepi kek hitam ini disini tak lama dulu..berbeza dengan kali ini, saya olah sedikit ramuannya mengikut bahan yang ada di rumah..silakan menyemak..

Bahan-bahan:

2 biji telur ayam
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 st soda bikarbonat

Cara-cara:

Panaskan pengukus..
Pukul telur bersama gula hingga putih dan sebati..
Ayak pula tepung dan serbuk koko agar tidak berketul..
Kemudian satukan semua bahan dan gaul sehingga betul2 sebati..
Oleskan loyang dengan majerin..
Tuang adunan ke dalam loyang dan tutup dengan kain..
Kukus selama 1 jam..siap..

Rasa kelembapan kek yang betul2 enak..cukup rasa..tapi tak boleh makan banyak..nanti gemuk!

No comments:

Post a Comment