Wednesday, April 18, 2012

Puding Roti (Bakar)

Saat saya sedang menulis entry ini, aroma puding roti dari dalam oven menusuk hidung..laparnya..Resepi kali ni saya google juga..macam biasa..resepi paling simple dan senang dan nampak sedap..itu yang saya  try..jom tengok resepi..gambarnya tunggu dulu ya..oven belum bunyi 'TING' ;)

Bahan2 :

  • 7 keping roti
  • Sedikit butter
  • 3 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu besar gula
  • Kismis (saya guna 3 biji kurma-dihiris)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Brown sugar
Cara2 nya :
  1. Panaskan oven 175 darjah celcius
  2. Sediakan loyang. Sapukan loyang dengan butter.
  3. Sapukan juga butter disetiap keping roti. Sebelah sahaja.
  4. Potong roti kepada 4 bahagian dan letakkan ke dalam loyang. Taburkan kismis ataupun kurma.
  5. Pukul telur bersama gula hingga kembang. kemudian campurkan susu cair.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang. Biar seketika agar roti menjadi kembang.
  7. Akhir sekali taburkan sedikit brown sugar supaya puding roti garing dibahagian atas.
  8. Sedia untuk dimasukkkan ke dalam oven.
Nak tengok tak rupa puding roti yang dah siap??..hurm..wangi baunya..rupa dan rasa belum tentu lagi..








-







-





-






-



Tada...
 Puding yang garing dibahagian atas..
lembut di tengah..

Secara jujurnya..rasa memang superb..thank you tuan empunya resepi..tapi..rupa belum boleh jual..puding ni sesuai dimakan begitu sahaja ataupun bersama sos vanila, ataupun ice cream..selamat mencuba ya..saya sudah..anda bila lagi...macam iklan daa..

No comments:

Post a Comment