Monday, February 27, 2012

Syurga Isteri




“Apabila seorang perempuan bersembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan mentaati suaminya, maka ia boleh masuk ke syurga dari pintu mana yang dikendaki” (HR. Ahmad dan Tabrani).
Seronak kan jadi wanita yang berkahwin dan punya anak. Senang buat pahala. Senang dapat pahala. Banyak pula pahala yang tak disangka2. Sikat rambut anak dan suami pun dikira pahala setiap helai rambut tau! Tapi kenapa susah sangat nak buat ya. Saya akui bab mentaati suami yang paling saya takut. Takut kerana mungkinkah dosa seorang pelacur tidak sebesar dosa seorang isteri yang tidak mentaati suami??


“Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya”(HR Abu Daud dan al-Hakim).

Ya kadang2 menjadi seorang Aku ni sangatlah outspoken. Lantang saja. Bukan tak boleh silap sikit. Pada saya kalau suami saya buat silap tak apa. Saya boleh terima kesilapan. Dia buat silap. Dia mengaku dan beritahu bagaimana kesilapan itu berlaku. That’s all. Habis kat situ. Kalau marah pun saya perlu luahkan. Saya perlu terus terang. Saya perlu beritahu apa yang membuatkan saya marah. Tak boleh simpan2. Bila dah luahkan saya akan reda dengan sendirinya. Kadang2 tak sampai 5 minit pun. Cepat cool.

Tapi kan itu yang membuatkan saya takut. Takut jika sikap terus terang saya mengguris hati suami. Jika dilihat luarannya suami saya seakan boleh terima. Mana tahu dalamannya tak redha. Kadang sebelum tidur dah minta ampun saya tanya suami. ‘You ada tak sakit hati dengan I lagi? kalau I mati you redha tak?’

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sesiapa sahaja isteri yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadap pemergiannya maka ia akan masuk syurga".

Pernah si polan beritahu pada saya. Kalau suami masuk neraka isteri yang soleh terikat sebelah kakinya dengan suami. Saya cuma sengih.

Pada saya dah terang lagi bersuluh.
Nabi dah tekankan 4 perkara: “Apabila seorang perempuan bersembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan mentaati suaminya, maka ia boleh masuk ke syurga dari pintu mana yang dikendakinya”

Isteri buat kerja isteri baik2. sebaik mungkin. Jadi isteri sehebat yang boleh. Layanan tip top. Kalau benar kata si polan Asiah r.a takkan jadi antara wanita penghulu syurga kerana suaminya Firaun durjana.

“Oh Asiah!
Engkaulah permaisuri di mahligai tirani, Teguh imanmu walau tersembunyi, Kasihmu kau buktikan sebagai isteri, Namun cintamu untuk Ilahi, Engkau masih isteri yang sejati, Ketika suami dimurka Allah”

Begitulah hendaknya.
Andai dapat suami atau anak yang kurang agamanya, bersabarlah. Jangan hipokrit. Depan orang suruh solat. Kat belakang suka hati. NO! Biar dia jadi dirinya sendiri.
Masuk waktu ajak dia solat, ingatkan dia tentang solat selalu, doakan dia setiap kali teringatkan dia dan pada masa yang sama masih menjaga maruah dia.

Hadith “Syurga seorang isteri terletak dio bawah tapak kaki suaminya.”

Reflek balik, mungkin diri kita sendiri belum cukup solehah untuk dapat suami atau anak soleh.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sampaikanlah kepada wanita-wanita yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan penuh kesedaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah swt, tetapi sedikit sekali daripada kamu sekalian yang menjalankannya"

Ya memang tak ramai yang buat! Let’s do it now! Moga cinta sampai syurga.

No comments:

Post a Comment