Thursday, September 22, 2011

Nasi Beriani & Lauk..Simply the best!!!

Lama betul tak 'post' resepi kat blog ni..hari ni nak share resepi nasi beriani yang saya kira paling simple lah..sedap pulak tu..
Sebenarnya nasi beriani ni menu last week semasa kawan2 en suami datang beraya..ok..jom tengok resepi simple ni..

resepi ni untuk 7-8 orang makan..ok..basuh 4 cawan beras dan tos lebih kurang 30 minit..

panaskan periuk 'rice cooker' di atas dapur..

masukkan 3 sb ghee..biar sampai cair..ghee ni di import khas dari Bangladesh..memang pure!

guna ghee biasa pun boleh..

tumiskan (kayu manis + buah pelaga + bunga lawang + bunga cengkih + jintan putih) sampai naik bau..

kemudian masukkan (1 biji bawang sederhana besar + 1 ulas garlic )..goreng sampai garing..
masukkan bancuhan (2 st rempah beriani + 1 kiub stok ayam + 3 st garam + sedikit air) dan kacau sampai pecah minyak..
kemudian masukkan beras yang ditos tadi..kacau perlahan..kalau ada chopstik, kacau guna chopstik..supaya beras tak patah..last sekali masukkan 51/2 cawan air..tutup api..
transfer periuk ke rice cooker..tekan 'cook'..tunggu sampai masak..dah masak..bau wangi ja..sedap!


Ok..jom masak lauk pula..memandangkan tetamu saya hanyalah kawan en suami (semuanya lelaki)..so saya masakkan kari daging ala bangla..hehe..

Basuh daging sehingga bersih sambil berselawat..kemudian tapis daging..daging yang saya gunakan adalah bahagian rusuk kalau tak silap sebab daging ni melekat sekali dengan tulang..

ok..kari ala bangla ni memang sedap dan simple..tak pakai santan..senang ja..
campur kesemua bahan ni ke dalam periuk..
*blend (2biji bawang besar + 2 ulas bwang putih + 2 inci halia)*hiris (1 biji bawang besar)
*10 biji cili padi di potong dua
*3 sb rempah daging
*2 sb serbuk jintan putih
*1 biji ubi kentang
*2 biji tomato
*2 kuntum bunga lawang
*1 batang kayu manis
*6 biji buah pelaga
*2 st garam
*3/4 cawan minyak masak
*3 cawan air
ulang sekali lagi..campur kesemua bahan ni ke dalam periuk macam dalam gambar tu..
kacau sebati dan letak atas di atas dapur dengan api sedehana..masak selama 1 1/2 jam atau sehingga daging empuk..senang kan..? tak payah tumis menumis..

Akhir sekali sediakan acar atau jelatah atau salad atau air asam..
bahannya senang ja..
tomato + bawang + cili padi + timun+ garam + gula + jus limau nipis
dah siap!!
try la memang sedap!!

No comments:

Post a Comment