Saturday, July 16, 2011

Prog Biometrik & Prog 6P

Biometrik vs 6P..kenapa sy kisah..??sy prlu kisah sbb sy punya beberapa pekerja asing..bangladeshi n indonesian..tiap2 hari kerja..buka kedai..jual barang..dpt hasil..so..sy perlu ambil kisah jugak la kan..ini melibatkan periuk nasi sy!!

Dibwh ni adalah jawapan kpd soalan yg slalu ada dlm kpala hotak sy..kenapa??bila?? cilok dr SINI..

Kenyataan Akhbar
Y.Bhg. Tan Sri Mahmood bin AdamKetua SetiausahaKementerian Dalam Negeri
Program Pendaftaran Pekerja Asing Sah dan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program (6P).12 Julai 2011


1. Kerajaan telah memutuskan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program (6P) yang dilaksanakan pada 11 Julai 2011 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Sehubungan itu, perbincangan lanjut telah diadakan dan Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Program (6P) pada tarikh baru iaitu 1 Ogos 2011. Perubahan tarikh ini dilakukan bagi memberikan laluan untuk melaksanakan Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sah bermula esok, 13 Julai 2011 dan berlangsung selama dua (2) minggu sehingga 31 Julai 2011.


2. Selain untuk melengkapkan persiapan bagi Program 6P, rasional bagi melaksanakan Program ini adalah untuk menangani isu berhubung tindakan pekerja asing yang sah yang telah dan merancang untuk melarikan diri daripada majikan asal dengan niat untuk menyertai Program 6P. Pendaftaran Pekerja Asing yang sah melibatkan pengambilan data biometrik dan melengkapkan maklumat yang disimpan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).


3. Dengan mempunyai data biometrik, JIM akan berupaya mengenal pasti dengan tepat pekerja asing yang sah yang telah lari daripada majikan termasuk mereka yang telah membuang dokumen pengenalan diri sedia ada dan menukar dengan dokumen baru dengan identiti yang berbeza. Dalam kes sebegini, mereka yang dikenal pasti tidak akan dibenarkan untuk menyertai program pemutihan dan dinasihati kembali kepada majikan asal atau akan dihantar balik melalui program pengusiran.


4. Dianggarkan sejumlah 1.8 juta pekerja asing yang sah bekerja dengan majikan di Malaysia. Dari jumlah tersebut, sebanyak 321 majikan di seluruh Malaysia yang mempunyai pekerja asing yang sah melebihi 500 orang. Oleh yang demikian, satu taklimat untuk 228 syarikat yang merupakan majikan di Semenanjung Malaysia dalam kategori yang disebutkan tadi diadakan pada malam ini bagi memaklumkan inisiatif Kerajaan ini.


5. Program Pendaftaran Pekerja Asing yang sah ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh JIM. Kaunter-kaunter pendaftaran di pejabat-pejabat Jabatan Imigresen Malaysia setiap negeri di Semenanjung Malaysia akan memulakan operasinya esok. Semua majikan yang mempunyai pekerja asing adalah dikehendaki untuk memastikan setiap pekerja asing mereka membuat pendaftaran biometrik. Tidak ada sebarang bayaran dikenakan dalam proses ini.

No comments:

Post a Comment