Sunday, July 31, 2011

Akum atau Salam atau As-Salam atau Semekom atau Aku yang SLOW!!

Pernah dapat Email Forward sebegini?? Saya dapat..saya baca..dan saya percaya..malah saya guna yakni ikut seperti apa yang tertulis tanpa usul periksa..samada fakta atau auta..
Jom baca..


Subject: Tazkirah - PERKATAAN "SALAM"?? apa maksudnya??

Sebagai renungan dan Ingatan bersama...
InsyaAllah
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
baik gunakan...ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi
wabarakatuh"
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum" dan...Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
"WAALAI KUMUS SALAM"dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
"WAALAI KUM SALAM"
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye" contoh lerr... Dan bukannya : "Kirim salam kat ASHREE yer" Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti " Ko tolong
kirim salam maut kat dia yer".
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform "A'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan
"Assalamualaikum".
Jangan guna "Bye" kerana"Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud " Di Bawah Naungan Pope."Jangan guna "A'kum" kerana"A'kum" bermaksud
"Binatang" dalam bahasa Yahudi. Jangan guna "Semekom" kerana"Semekom"bermaksud "Celaka Kamu."Gunakan perkataan" As Salam" sebagai singkatan bagi"Assalammualaikum." Tolong forward kepada umat
Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sekian, semoga ada manfaatnya..

Dan kemudian saya temui penjelasan untuk orang SLOW yang panjang lebar seperti ini di blog samposmen yang juga di copypasta dari blog kereta mayat..

Sila baca..

(Tiada kata secantik bahasa untuk ku puji adinda , tiada gambar secantik lukisan untuk ku tunjuk perasaan, tapi ada jugak beberapa patah perkataan untuk ku luahkan perasaan kepada korang yang aku kesian-woha.)
Ketika Mesir di landa hura hara tempoh hari, aku sempat berbalas email dengan awek awek yang membaca blog keretamayat di sempadan Universiti Azhar, sajer nak tahu perkembangan semasa berdasarkan pengalaman secara live, dan Alhamdulillah, semua pelajar dan rakyat Malaysia, selamat pulang ke tanah air naik kapal terbang secara percuma, jika ada yang tak selamat, terpaksalah aku jemput mereka naik keretamayat…

Dalam sibuk berborak isu semasa yang berat serta serius dengan pelajar Mesir yang bakal menjadi ustazah, tiba tiba aku telah ditegur akan isu yang remeh temeh..

“Cik Hamka, jangan guna lafaz a’kum, perkataan 'akum' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG'. Dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Jangan terperangkap dalam konspirasi yahudi untuk hina ugama kita.

We, we, we.., wait a minute, kejap!, ni sape punya email forward bodoh mana yang korang dah percaya ni? Aku type guna salam, bukan akum. Hujah aku kebengangan..

“Salam pun tak boleh, salam bermaksud: selamat tinggal, kena type penuh, bla bla bla..”

Kejap dik, kejap.., ni yang aku hangin satu badan ni, sedang shok kita bincang isu jihad, kerajaan islam, cukai jizyah, harta ghanimah dan hamba tawanan perempuan, tiba tiba korang mencelah dengan topic bodoh sebegini?!

Apa niat korang bangkit isu remeh temeh sebegini? Nak tunjuk pandai?, rasa diri lebih afdal dari orang lain.., rasa orang lain hina sebab tak jadi macam korang?

Oi, bakal ustazah, dalam dunia penulisan, orang tulis short word bukan maksud nak hina ugama, mereka malas nak tulis panjang sebab nak cepat dan jimat ruang, atau memang pemalas, langsung tak salah, kalau salahpun, bab menyusahkan orang tua yang tak paham singkatan ayat, aku gelar orang yang tulis singkat sehingga menyusahkan orang nak membaca sebagai “perasan unik”.., tak de kena mengena dengan menghina ugama..

Bab AKUM yang sama makna 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT', aku peduli apa?

Aku ulangi, Aku peduli apa!, Bahasa Ibrani? Ada aku kesah? Habis tu kau tak tahu ke maksud “email forward” dalam bahasa Yunani hulu Kuala Berang, : maksudnya, orang yang percaya pada semua email forward adalah bodoh dan senang di perbodohkan!

“Ooo., jadi cik Hamka mengaku pemalas, ya, saya tengok cik Hamka selalu kutuk orang yang tulis short word, tapi cik Hamka sendiri tulis short word untuk selawat atas Nabi, S.A.W, puji sahabat, R.A, puji Allah, SWT, jangan jadi pemalas cik hamka, saya tengok ramai blogger lain bila selawat tulis penuh, Sallalallahualaiwasalam, bila tulis nama sahabat, Radiallahuanhu, tentu mereka lebih baik dari cik Hamka.”

Aku pemalas? , ya, aku mengaku, aku memang pemalas, sebab tu aku letak disclaimer kat tepi blog ni,baca:

Copy/paste

(((Short Word. -Blog ini seperti juga buku ugama yang lain, ada ringkasan tulisan seperti SAW untuk Selawat atas Nabi, RA, untuk RadhiAllahuanhu dan lain-lain.)))

Baik, untuk pengetahuan korang yang perasan pandai, dunia penulisan dengan dunia nyata adalah berbeza, nak komen tulisan orang kena faham adab menulis dulu, cuba korang baca berita, jika orang tu pangkat datuk, berapa kali wartawan akan ulang nama datok, setiap baris? Tak de maknanya, cukup barisan pertama, buat rugi ruang surat khabr jer jika nak tulis nama penuh dalam setiap ayat, cuba check nama Sultan yang panjang, berapa kali wartawan dalam dunia penulisan akan ulang nama panjang tu dalam karangan, sekali jer, iiatu pada ayat yang pertama, cuba check, wartawan tu pemalas atau korang yang tak paham adab menulis?

Dalam dunia nyata, aku jumpa orang aku cakap, Assalamulakum, aku tak cakap, akum, atau salam, tapi dalam tulisan aku memang tulis salam, 99 peratus pembaca faham, hanya 1% orang slow tapi berlagak alim macam kau jer yang memang tak paham, begitu jugak selawat atas Nabi, dalam dunia nyata, aku selawatlah penuh, bukan, ESS, AAA, DAWIYU (SAW).., alahai bodohnya layan kau aku rasa..

“Tapi ustaz saya cakap, bahasa tak boleh main-main, S.A.W boleh membawa maksud lain, A.S, juga ada maksud lain, sebagai contoh, sembahyang dan solat, kita selalu keliru, pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik." Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang." Jadi kita patut guna bahasa arab, iaitu solat, barulah akidah kita selamat, jadi, Saudara Hamka patut sebarkan perkara ini agar orang islam guna perkataan solat, selamatkan akidah mereka, jangan guna lagi perkataan sembah-yang.”

Apa kejadah pulak aku nak kena kaji asal usul semua bahasa, dan selamatkan akidah? Dulu masa aku kecik, bila dengar ustaz cerita kisah Nabi Nuh, A.S (nota untuk orang slow: baca: Alahisallam, bukan Amerika Syarikat) dan bila ustaz guna ayat BURITAN kapal, aku sebagai anak jati terengganung rasa terganggu, sebab dalam loghat terengganu, BURIT bermaksud pantat, atau KEMALUAN PEREMPUAN.., lepas tu ustaz tu cerita pulak kisah KOPEK buah, sudah.., KOPEK dalam bahasa terengganu bermaksud BUAH DADA, tapi aku hormat bahasa Malaysia, tak perlu aku suruh ustaz tu tukar ayat lain, sebab ustaz tu bermaksud KOPEK sebagai KUPAS.., aku paham, habis cerita

So, bila kau solat, kau sebut sembahyang, itu bahasa MELAYU, Allah MAHA Mengetahui apa yang ada dalam hati kau, bahawa kau nak sembah ALLAH, bukan sembah “yang”. Allah paham semua bahasa termasuk bahasa melayu, Allah Maha bijak, kau tu yang bodoh.., benda remeh macam ni pun nak highlight, nasib baik 99% tak percaya termasuk aku dan hanya 1% termakan dakyah email forward termasuk kau yang sanggup percaya benda hampeh sebegini, buang masa betul..

Lepas ni jika ada orang dalam IC nama MOHD, tak payah suruh mereka pergi tukar IC nama penuh MUHAMMAD kerana, mengikut email forward yang korang baca dan terus percaya, MOHD dalam bahasa asal Uganda bermaksud The Dog With Big Mouth. Apa kecadadah?! Mana ada orang baca MOHD, dengan sebuh “mmooohd”, semua akan baca Muhammad, tak payah pening pening...

Ada jugak yang cakap kat aku, tak boleh sebut hello, sebab hello bermaksud “hell low” iaitu neraka rendah.. kalau kita mengucapkan hello pada kawan kita, bererti kita mendoakannya supaya masuk neraka yang paling rendah.. ini adalah jarum sulit orang-orang kafir untuk menyesatkan umat islam.., (Aku gelak sambil menangis baca email ni)

Apa punya bodoh dan prajudis pemikiran korang akupun tak tahu, ni mesti banyak tengok video arrivals, siang malam sehingga habis 50 episod dan tengok lagi ulang-ulang sampai tak boleh nak bezakan mana satu dunia matrix dan mana satu dunia nyata..

Ada banyak lagilah benda merepek ni yang orang slow macam korang sanggup percaya seperti nama masjid tu asal dari nama jentik jentik, (“Mosque” berasal daripada “mosquito” ) ha ha ha!! Tak boleh guna agama, kena guna ugama.., kerana agama dalam bahasa ibunda Zimbbawe bermaksud.., dah dah dah..! Hampeh belaka!

Aku dah bosan, Sudahlah, nampaknya, keadaan di Mesir dah stabil, aku nak pergi layan peminat peminat perempuan yang baca blog keretamayat yang berada di Libya pulak, nak tahu apa cerita mereka, Harap mereka semua selamat, kalau tak, terpaksalah keretamayat tunggu jenazah mereka.. oh..

Sama sama kita doa keselamatan atas mereka

Sekian.


Hahahaha..terasa dungunya..moralnya kena selidik terlebih dahulu sebelum terus membuta tuli ikut saja..kena banyak membaca..blogwalking (heheh)..tidak pun Google..semua maklumat dihujung jari!!

Ramadhan : No more short words!

Selamat datang Encik Ramadhan!

Selamat mengerjakan solat sunat Tarawih..bersahur dan selamat berpuasa! Sempena Ramadhan kali ini, saya berjanji akan melakukan perkara2 sunnah yang paling mudah yang selalu saya skip contohnya seperti makan/minum sambil berdiri (bukan di siang hari :)..tidak menghormati azan (makan/minum/bersembang/TV/tidur)..dan perkara-perkara sunnah mudah yang lain..sempena Ramadhan kali ini juga saya berjanji TIADA lg perkataan singkat (short words) di blog saya..blog kini menjadi hobi baru saya..dan setiap entry InsyaAllah berjadual..jadi saya akan menaiktarafkan blog ini terlebih dahulu sebelum ia diumumkan utk tatapan kawan2 dan keluarga..

Saturday, July 30, 2011

Borong barang..

Hari ni sy pegi GM Plaza kt Bkt Tinggi Klang..opposite Jusco..sesaja nk tgk baju2 borong..nk tambah collection kt kedai..(erk! sejak bila ada kedai baju??adaaa..baru test market ja..) rupanya mmg gudang brg2 borong pn..baju baby..beg..keronsang..underwear..semualah..rambang mata sekejap..baru sy tahu..baju2 anak yg slalu sy order online rupanya dr situ! Harga sama klo beli satu..tp klo beli borong dpt 40-50% discount! xde kos penghantaran..plak tu bleh pilih sendri n campur2..brg2 yg borong bukannya byk sgt pun..12 helai ja satu bundle..bleh share ngan kawan or sedara mara..sunguh berbaloi..td sy beli beberapa helai baju Nuha n Habib..plak tu bayar satu resit dgn akak yg beli kt situ gak..so 2-2 dpt discount..45%..pasni tau dh..xmau order2 online lagi..Idea nk jual online ada lerr ;)

Aktiviti Habib

Malas nk menaip panjang lebar..tp nk jugak update blog wlopun xde audien..huhu..blogger syok sendiri..nk buat camna..perasan bagussss!!..Jom tgk aktiviti seharian Habib yg sgtlah 'rajin'..budak baik ni!

Tolong mama sidai baju..


Tolong mama sapu dedaun kat koridor..
Tolong conteng dinding dgn marker pen..huhu..proper way to conteng dinding!!..mama xmarah..mama xmarah..mama KAGUM!! Mengaji lepas solat maghrib..kaedah al-Furqan..

Tolong buat bising..sesaja nk bg Nuha nangis..huhu..pun mama xmarah..mama HAPPY!!

Enjoy your childhood son!..mama sayang Habibullah..

Friday, July 29, 2011

Ajaibnya Tangan Ibu!!

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata‘Sabar nak, Sabar ye sayang’
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Tuesday, July 26, 2011

Senarai Hitam PTPTN xbleh pegi Mekah???

“kalau ada duit lebih nk buat Haji masa muda..tumpang kuat..tumpang sihat tubuh badan..”~dialek utara~ Rasanya semua muslim pun mcm tu kan..dlm wish list tu ‘nak ke Mekah’ mesti ada ..klo cukup duit..Tabung Haji bg surat..Insya Allah dipermudahkan..tp mcmana pulak klo xbleh pegi or xdpt nk pegi..xpun TIDAK DIBENARKAN pegi..haaa lagi la haru..mak+ayah sy dh cukup duit nk ke Mekah tp seruan a.k.a panggilan tu belum jugak sampai..dh hantar surat..dh buat rayuan..tp blom ada rezeki..sy try check website Tabung Haji..mna tau bleh semak senarai nama org yg bleh pegi Haji tahun ni..lain yg sy cari..yg plak yg sy jumpa..

SEMAKAN SENARAI HITAM PTPTN / IMEGRESEN

Pulak dah!! peminjam yg ingkar (yg disenarai hitam) tidak dibenarkan ke luar negara..apatah lagi ke Mekah! Haruuuuuu..
Syukur..sy xpenah buat pinjaman PTPTN..pinjaman Yayasan Telekom Malaysia (YTM) dulu pun kna byr RM5000 ja..disbbkn ketidakcerdikan sy so kena gak byr RM5000..klo cerdik sikit lg dh bleh convert ke biasiswa a.k.a FREE..yg tu pn dh settle!! Thanx en suami..


Dh tu kenapa gatal2 tangan key in no I/C kt situ???

Cuma nk tau output ja (ada error ke x! huhu)..xslahkan..
Wajar ke diorang buat mcm ni?? sbb bab2 rukun Islam ni bukan bleh sesuka hati nk halang ke..nk bagi ke..nk offer ke..bila dh sampai seru tu..dtg la apa2 halangan pun akan jejak jugak kaki ke Mekah tu..teringat sy cerita kazen sy (cikgu Miza)..kwn cikgu Miza (lelaki) terpaksa ikut mak dia pegi Mekah sbb kena ganti tempat arwah bapa dia..last minute bapa dia plak meninggal..klo dia xpegi so mak dia pun xleh p..org pompuan kna ada muhrim kann..so kwn cikgu Miza ni pun pegi la walhal xde gaya org nak ke Mekah pun..org muda trantang tang..orgnya pun biasa-biasa ja..bukan skolah agama pun..tp dh sampai seru..Allah jemput dia jd tetamu Allah di tanah suci dgn cara mcm tu..nk buat mcmana kan..pegi ja la..



Ada lg kisah seorang professor yg dijemput khas oleh kerajaan Arab Saudi utk menunaikan haji..di sponsor smua lah..kira VVIP la konon..tp ada plak masalah visa..last2 cancel..xjd pegi..datang la jemput kehormat dr mana pn..klo xsampai seru..xjd jugak sbb jemputan dr Allah itu yg ditunggu2 oleh umat Islam segenap alam..kita ni sapa nk sekat org ni xbleh pegi..org tu boleh pegi..yg byk duit ramai ja yg belum Haji..ce tgk org yg keja kampung pn bleh ke Mekah..musim Haji nnt baca kt Harian Metro cerita ceriti org2 susah nk ke Mekah..byk! ada yg baru daftar bulan Julai, bulan Ogos dh sampai surat..yg bertahun2 pun ada..yg xcukup duit tetiba adik beradik buat collection bg duit pn ada..macam2..klo dh sampai seru Allah permudahkan InsyaAllah..

Be positif..Mungkin diorg buat mcm ni sbb xnk bg org pegi Haji dlm keadaan terhutang kot..yg ada hutang kena settlekan dulu..baru la dpt Haji Mabrur ;)

My Friendster Acc..berkubur!

"Friendster Deleting All Blog Posts, Photos & Other Content on May 31st"


dpt sumber dr SINI..hari ni terasa nk tgk profile kt friendster..sbb lma sgt xjenguk sjk ada fb nih..skali dh delete..huhu..awat sy xtau punn..sedihnya coz ada artikel n puisi yg sy syg kt situ ;(

Log In friendster kuar page ni..GAME?? sorry..xlayan doe..

Monday, July 25, 2011

Indahnya Cinta - Nidji


Oh jiwa muda mudah bercinta
Mudah putus juga
Hidup di dunia sementara
Pencarian di hati janganlah berhenti
Hai jiwa muda cepat kejar cinta
Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua
Cinta masa muda
Cinta paling indah
Oh jiwa muda
Jangan sampai mudah menyerah
Semua demi cinta
Hai jiwa muda pertahankan cinta

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua

Cinta masa muda
Cinta paling indah
Cinta bukan permainan belaka
Cinta memang harus kita jaga
Cinta memang takkan pernah habisnya
Cinta bukan permainan belaka
Cinta memang harus kita jaga
Cinta memang takkan pernah habisnya
Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua
Cinta masa muda
Cinta paling indah
Menghiasi jiwa untuk selamanya
Cinta masa muda

Special Agent Oso

Mama buat entry Special Agent Oso ni khas utk Habib sbb bila Habib besar nnt Habib bleh tgk dan tahu minat Habib masa kecil..

Pernah tengok x kartun ni..?Habib minat sgt..tersangatlah minat..Pagi td kebetulan byk bnda yg nk kna print (form, surat,harga) so sy print si Oso ni skali bg kt Habib..sengih ja dia..sampai ke telinga ;)
Special Agent Oso on TV..Disney Junior (Channel 613)..
Habib mmg minat tgk Special Agent Oso..mama layan aja..sbb si agent Oso ni suka tolong orang..kira ok la kan drpd tgk Doraemon yg merapu..or si Garfield yg pemalas..or si Shinchan yg x senonoh tu..bukan apa..kena pantau la jugak apa yg ank2 minat tonton sbb bnda yg dtg dr TV nilah pengaruhnya yg paling kuat..bukannya xboleh tgk langsung..kna ada pantauan atau explain balik (e.g : mr. bean korek telinga guna berus gigi sebab....pandai2 la explain!)
Wlopun si Oso ni baik..dia sebenarnya x bijak..dan dia belajar..sbb tu lah explaination tu penting.. dari situlah kanak2 mcm Habib ni belajar..(cara2 nk basuh pinggan sendiri or cara2 nk main swing or cara2 nk berus gigi..cuci tangan dgn sabun..mcm2 lah..) dia akan automatically ikut klo mama sruh cuci tangan mcm Oso..mama pulak kena mainkan peranan dr segi amali..kena kreatif la sket kan..baru la ank2 x boring..
Ada byk kartun or rancangan yg bagus utk di tonton oleh kanak2 mcm Dora..Diego..Mickey Mouse..Barney..Sesame Street..klo xde kt TV beli ja VCD lg senang..bleh hadkan waktu menonton..Nuha nnt suka apa pulak??
Mama suka Tarzan :)

Sunday, July 24, 2011

Beriani Ayam~~

Saja nk tayang..my superb dinner..mmg terbaik dr ladang..the best beriani ever..cooked by en suami..yum..yum..

Nasi Beriani + Kari Ayam ala Bangla + Jelatah (en suami call it salad)
Tambah lagi..
Dah habisssssss…resepi??? tak tau…burpppp..
Sekian....

Thursday, July 21, 2011

Bubur Sup Ayam

Terbaik..dh la senang..sedap plak tu..family pun suka lebih2 lg si Habib tu..

Thanks to Kak Nor..sy ikut resepi dlm blog Kak Nor..tp m'mandangkn bhn2 xbrapa nk ada so sy skip..heheh..itu pun sedap gak..ada juga yg sy olah sendiri..punya la sedap smpai terlupa nk snap..gambar kt ats ni sy copy dr blog Kak Nor..rendam 1 cwn beras (3 org mkn) selama 20 minit..rempah sup + lada hitam + kayu manis + bunga lawang + garam + bawang merah + bawang putih + halia = tumis dlm periuk (rice cooker) kt atas dapur..
masukkan ayam + beras + ubi kentang + seleri + air..masak sampai beras separuh masak..tutup api..transfer periuk ke rice cooker..biar sampai masak..senang dan cepat..sesuai dimakan di kala demam..huhu..

Bubur Kacang Hijau

Bulk entry..byk aktiviti yg sy kumpul especially resepi yg sy masak hari2..hari ni post serentak..bukan apa..senang nk buat rujukan sendiri nnt..hehe..

1 1/2 cwn kacang hijau + 1/2 cwn sagu + 1 kotak santan segera + 1 senduk gula merah + 2-3 sudu gula putih + daun pandan + air + secubit garam = rebus kacang sampai empuk..masukkan semua bhn..kacau sampai mendidih..kali ni sy masak byk..boleh bg kt jiran sket..selamat mencuba!

Wednesday, July 20, 2011

Bengkang Roti

Saat daku tengah rajin..Sesetengah orang panggil puding roti..tp xde rupa puding pun..dikira bengkang la kot..ni juadah b'buka puasa sy..Thanks to Puan Farah Farhan..


1/2 buku roti + 1 tin susu cair + 2 biji telur + 2 senduk kecil tepung gandum + 2 1/2senduk kecil gula + sedikit esen vanila = rendam sampai kembang..


Bakar dlm suhu 150 degree C..30 minit..
Daaaaaah siap..

Puding Jagung

Saat-saat menghabiskan puasa yg perlu diganti mmg syok..mcm2 nk msk utk b'buka..walaupun demam belum kebah..hari tu sy buat pudding jagung sbb itu je bhn yg ada kt rumah..


1 tin jagung (sweet corn) + 1 tin susu cair + 1cwn tepung castard + 1/2 cwn gula + 2 cwn air = kacau sampai pekat..masukkan dlm loyang..sejukkan..daaaaah bleh mkn..mkn sejuk2 lg sedap..



Saya ada ‘bad habit’..sy suka mkn bnda2 sejuk (simpan dlm fridge)..minuman berais sy x suka pulak..sy suka mkn durian sejuk..buah matakucing sejuk..rambutan..puding..agar2..segala mcm bnda mkn yg agak wajar masuk dlm fridge..sy akan simpan dlm tu..dh sejuk baru sy makn..sedap..betul2 sedap..tp jgn buat ok..sbbnya 3 hari sy demam (dh kebah)..dan batuk belum ok lg..suara pn seksi giler..sbb mkn durian ni lah..plus puding jagung lagi..huhu..Selamat mencuba.. Mau x demam :P

Saturday, July 16, 2011

Prog Biometrik & Prog 6P

Biometrik vs 6P..kenapa sy kisah..??sy prlu kisah sbb sy punya beberapa pekerja asing..bangladeshi n indonesian..tiap2 hari kerja..buka kedai..jual barang..dpt hasil..so..sy perlu ambil kisah jugak la kan..ini melibatkan periuk nasi sy!!

Dibwh ni adalah jawapan kpd soalan yg slalu ada dlm kpala hotak sy..kenapa??bila?? cilok dr SINI..

Kenyataan Akhbar
Y.Bhg. Tan Sri Mahmood bin AdamKetua SetiausahaKementerian Dalam Negeri
Program Pendaftaran Pekerja Asing Sah dan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program (6P).12 Julai 2011


1. Kerajaan telah memutuskan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program (6P) yang dilaksanakan pada 11 Julai 2011 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Sehubungan itu, perbincangan lanjut telah diadakan dan Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Program (6P) pada tarikh baru iaitu 1 Ogos 2011. Perubahan tarikh ini dilakukan bagi memberikan laluan untuk melaksanakan Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sah bermula esok, 13 Julai 2011 dan berlangsung selama dua (2) minggu sehingga 31 Julai 2011.


2. Selain untuk melengkapkan persiapan bagi Program 6P, rasional bagi melaksanakan Program ini adalah untuk menangani isu berhubung tindakan pekerja asing yang sah yang telah dan merancang untuk melarikan diri daripada majikan asal dengan niat untuk menyertai Program 6P. Pendaftaran Pekerja Asing yang sah melibatkan pengambilan data biometrik dan melengkapkan maklumat yang disimpan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).


3. Dengan mempunyai data biometrik, JIM akan berupaya mengenal pasti dengan tepat pekerja asing yang sah yang telah lari daripada majikan termasuk mereka yang telah membuang dokumen pengenalan diri sedia ada dan menukar dengan dokumen baru dengan identiti yang berbeza. Dalam kes sebegini, mereka yang dikenal pasti tidak akan dibenarkan untuk menyertai program pemutihan dan dinasihati kembali kepada majikan asal atau akan dihantar balik melalui program pengusiran.


4. Dianggarkan sejumlah 1.8 juta pekerja asing yang sah bekerja dengan majikan di Malaysia. Dari jumlah tersebut, sebanyak 321 majikan di seluruh Malaysia yang mempunyai pekerja asing yang sah melebihi 500 orang. Oleh yang demikian, satu taklimat untuk 228 syarikat yang merupakan majikan di Semenanjung Malaysia dalam kategori yang disebutkan tadi diadakan pada malam ini bagi memaklumkan inisiatif Kerajaan ini.


5. Program Pendaftaran Pekerja Asing yang sah ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh JIM. Kaunter-kaunter pendaftaran di pejabat-pejabat Jabatan Imigresen Malaysia setiap negeri di Semenanjung Malaysia akan memulakan operasinya esok. Semua majikan yang mempunyai pekerja asing adalah dikehendaki untuk memastikan setiap pekerja asing mereka membuat pendaftaran biometrik. Tidak ada sebarang bayaran dikenakan dalam proses ini.

Friday, July 15, 2011

Spaghetti cara saya

Suka mkn spaghetti kan..mkn spaghetti bagus daripada mkn mee basah yg byk sgt asid boric tu..tapi kdg2 klo mkn kt pizahat ke kt sikretresepi ke rasanya terlalu western kan..spaghetti plak terlalu kembang..kdg2 xbleh nk trima dek tekak org melayu nih..xmau la rasa tomato ja..nk rasa pedas2 skit..betul x??


gambar kt atas ni spaghetti sos ayam yg sy masak xlama dulu..OK..cara-cara nk masak 'spaghetti cara saya' mcm ni..

didihkan air..masukkan spaghetti dan sesudu garam..bila spaghetti dh lembut (try patahkan sikit n campatkan ke dingding (erk!), klo melekat sure dh lembut) toskan dan gaul dgn sedikit butter..ketepikan..
bahan2 : olive oil (sy guna extra virgin) + sos tomato + bahan kisar (2 ulas bwg putih + 1 biji cili padi + 1/2 biji tomato) + cheese + protien (udang @ daging)..
cara2nya : panaskan kuali/pan masukkan olive oil + bahan kisar + protien + garam secukup rasa..tambah air panas jika perlu..dh siap bleh tabur cheese..xmau letak cheese pn sedap jugak..kali ni saya letak udang..dah xsabar nk makan terlupa nk amik gambar..try la..tetap rasa western food tp pedas sikit..baru la kena ngn tekak ni..selamat mencuba..

Gelagat Habib Solat

Jom tengok gelagat Habib semalam..Habib dgr azan maghrib je terus amik songkok nk sembahyang..abu dia pula baru je balik keja..tengah makan nasi..dia yg siap pakai songkok dulu..walhal belum mandi.. Dia minta abu amikkan sejadah dia.. "kejap..abu makan nasi dulu.."

LOL :D

Dia amik plate-mat kt meja makan jadikan sejadah pastu cakap ..

"abu sana..habib here.." ce tengok..khusyuk betul..dh byk kali dia ikut solat..tapi susah nk amik gambar..sbb bila dia nmpak sy pegang camera or hp dia trus main..lompat2..tapi hari ni dia 'khusyuk'..


Cuba rukuk..salah la sayang..xpa..yg penting habib dh igt step..
Sujud..lama sgt..cium plate-mat..ada bau kari..macam2 bau ada..LOL :D

Dia nk duduk bersila tp xjadi..nk berzikir mcm abu buat lepas solat..seronok tengok..xsabar rasanya nk siapkan dia pakai lawa2..wangi2..ikut abu pegi masjid..itu saja gelagat anak lelaki saya..moga Habib menjadi anak yg soleh..berilmu dan beriman di dunia n akhirat..
Mama sayang Habibullah..
SENSITIVITI : Kanak2 3 tahun cuba meniru apa yg dia nampak..ITU SAJA..yg lain minta diabaikan..

Thursday, July 14, 2011

Pengorbanan

Ptg td masa bw habib main kt playground kt bawah (kondo yg saya tinggl)..ada sorang makcik..eh bibik sembang ngn saya..byk jugak yg disembang..bab kerja..rumah..babies.. semualah..tp satu bnda yg terkesan kt hati bila dia cakap ~lebih kurang cmni lah..~ "awk berkorban banyak ye dik..sanggup xkerja jaga anak kt rumah..xde pembantu pulak..semuanya diurus sndiri..orang kt sini semuanya ada kerja..ada pembantu (maid)..awak xada" GULP!! ye la makcik..saya mana ada gaji nk bayar bibik!! terdiam dia..
Saya terfikir gak..apa yg saya korbankan..??harta masih belum bergadai..rezeki Alhamdulillah xpernah kurang walau anak dah bertambah..mengandungkan dan sakit bersalin..??itu pilihan saya dan rezeki dr Allah juga..xde masa nk joli..dkira berkorban ker??saya bukan kaki joli punn..punya masa 24 jam bersama ank2 bukannya pengorbanan..pengorbanan sebenar bila saya berjauhan dgn anak..bayangkan..saya xpernah b'jauhan dgn ank2..sejak habib lahir..sehari pun saya xpenah tinggal dia..xpenah renggang..penah skali saya pegi Giant xbawa habib..list brg2 tertinggal kt rumah..bila sampai Giant..saya tolak ja troli tu..pusing2 dlm Giant..xtau nk beli apa..rasa xbetah hidup tanpa anak..fikiran xfokus nk shopping..asyik teringat ank..kali kedua sy berjauhan dgn Habib masa dia kena operate kt IJN..6 jam dlm bilik bedah bagaikan 600 jam..hati saya xkeruan..lepas tu dia dimasukkan ke Paed ICU 3 hari n Medic ICU 2 hari..boleh melawat ja..sehari 2 kali..xbleh jaga..saya btul2 tension..susah nk tidur..asyik nangis..jgn siapa pn cakap dgn saya time tu..even en suami..kali ketiga (boleh kira ek!) masa bersalin kt Nuha (caeser due to placenta praevia type 3)..6 hari kt wad..2 hari sebelum dan 4 hari selepas bersalin..aduhh..episod duka paling panjang dlm hidup saya..Saya bersalin di Kulim..so Habib tinggal dgn mak..en suami plak kt Shah Alam, kerja..tiap2 hari mak bw Habib dtg tgk saya..bila mak ajak balik..dia ckp "xmau..nk ikut mama.."menangis..meraung..saya apa lagi..berderai airmata..mcm2 yg sya pesan kt mak..kdg2 t'fikir yg jahat..'mcmana klo mak lupa bg habib mkn..lupa bg minum susu..mak sedar x klo dia terjaga tengah malam'..mcm2 lah..setiap masa tgk gambar dia dlm hp..bila Nuha lahir dia langsung xnak dgn saya..may be dia igt saya tinggal dia..saya xsayang dia..saya dh ada baby baru..berderai lg airmata saya..sampai saya minta tlg husband kakak sebelah katil sy belikan mentos yg colorful..bila habib dtg lg..saya bg dia sebiji..saya cakap "adik bg kt abang..orange color"..lama2 dia happy dan boleh terima..sejak tu saya mmg xpenah renggang dgn ank2..xpernah jauh..tinggalkan apatah lagi..
Ok get back on track..saya masih belum berkorban apa2..saya sgt salute pada ibu2 yg bekerja..berkorban masa dgn anak2 demi mencari rezeki..terpaksa pulak meletakkan 'nyawa' mereka ditangan orang lain..sungguh! saya xsanggup..tapi klo ada bibik best jugak kan..saya jadi mandor ja..bibik saya yg dulu dh lari..bila xde bibik 24jam terasa mcm xcukup ja..itulah kot pengorbanannya..'24jam pn xcukup'..tp macamana klo saya ikhlas..saya happy..saya suka dng apa yg sy buat..dikira berkorban gak ka..?Saya hargai pengorbanan mak saya..saya tau mak saya dh banyak berkorban membesarkan saya..tp saya masih belum berkorban apa2 utk anak2 saya..dan makna 'korban' itu sendiri pun rasanya saya tak tahu kerana semuanya ikhlas dari saya..enough said!

Kenapa Yahudi Bijak????



(Artikel ini diambil dari Internet yang telah memang dialih bahasa)
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu.. Mengapa Yahudi Bijak??. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum YAHUDI, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Adakah bijak boleh dijana?

Maka saya tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab.. Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo (haram), apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ?? tekalah sendiri..! Ys, Yahudi!

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus kepada sesuatu perkara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! (duit sebenar) Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg bodoh (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin ya dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis karangan (essay) sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Saturday, July 9, 2011

BERSIH Lagi..


Puduraya
Kan saya dah cakap...dh mention awal2 kt SINI..taktik kotor 'diorang'..hari ni keluar statement 'hanya 5000-6000 org sja yg hadir'..nk tipu org2 luar dr KL (org kampung)..nk tipu org2 yg xde tenet kt rumah..walhal Al-Jazeera estimeted over 100,000 org yg hadiri perhimpunan BERSIH..belum campur rakyat Malaysia di luar negara yg buat perhimpunan pd hari yg sma lgi..sungguh sadis!! Polis bertindak seolah2 negara diambang peperangan..bukan..bukan mcm tu..ada jugak yg tulis status kt facebook yg xsuka perhimpunan demokrasi mcm ni..plak tu pegi compare dgn negara yg kurang maju mcm Indon, Bangla etc..konon takut jd mcm negara tu.. Cik Kak oi!! kt negara2 maju AS, France..bnda2 mcm ni biasa..rakyat buat pehimpunan cara aman..bantah cara demokrasi..ada ke yg berdarah2 terkena sabit ke..parang ke..??? yg kena cotta n kena peluru tear gas ada la (Anwar Ibrahim n Khalid Samad)..cedera parah lg..yg tu smua dr mana?? sapa lg klo bukan FRU n pak polis..Malam tadi kesemua tahanan yg dibebaskan termasuk Tuan Guru Hadi Awang..bayangkan klo Tuan Guru x dibebaskan..huhuhu..?? tsunami manusia melanda la jawabnya..

Friday, July 8, 2011

Homemade Coklat (Ferrero Rocher)

Amboi! Extreamnya tajuk..hahah..Ok jom try buat ferrero rocher cara saya..sebenarnya gambar ni diambil di rumah mak sy..dan yg buat ni pun mak sy lah..sy tukang amik gambar ja..mls nk salin resepi kan..so amik gambar step by step senang..bila nk buat tgk je gambar..heheh..

Cloud 9..


sebijik cloud 9 bahagi kpd 4 bhgian..mak sy buat utk jual so bahagi 4 la..tp klo nk buat makn sndiri bahagi 2 pn ok..besar sikit..


Pastu buat bulat2 atau bujur2..suka hati..masukkan dln bekas bertutup..ketepikan..

masukkan coklat masakan dlm bekas tahan panas..coklat masakan ni boleh di beli dimana2 kedai bhn bakery..ataupun beli terus dr Lembga Koko Malaysia, sec 13 Bandar Baru Bangi..saya guna coklat susu..compound..coklat di LKM lebih murah..dan yg paling penting HALAL..

Letakkan coklat di atas bekas berisi air panas didih..double boil..

Kacau sampai cair..Masukkan cloud 9 td..salutkan dgn coklat..pastikan coklat yg nk disalut cukup2 sja..coklat yg selebihnya ketepikan dulu..kepitkan dan masukkan dlm golden paper cup..utk kesan yg lebih dramatik (erk!) boleh taburkan kacang yg dimesin halus..jdlah 'ferrero rocher' cara sy..heheOK..lebihan coklat td boleh buat coklat almond pula..masukkan ke dlm mould..ketuk2 sikit mould tu agar keluar semua angin *purpose = coklat x berlubang2..

letak almond..kemudian 'pipe'kan coklat sekali lagi..ketuk2 mould..masukkan ke dlm freeze beberapa minit utk keraskan..Taraaa..dah pun siap..boleh jdkan coklat raya...sekali buat..dapt 2 jenis..senangkan...bg yg nk tambahkan pendapatan sampingan mmg sesuai..cubalah..

BERSIH 2.0

Malam ni mak dan YB Siti Aisyah terbang dari Satun, Thailand ke KL pastu balik Kedah balik..susah2 buat apa kan?? nk jadi CLEANer kot?? heheh..Good Luck!! semangat btul..xpernah miss plak tu..
Teringat saya 3 tahun lepas, mak, YB dan beberapa org kwn2 mak dtg stay kt rumah saya..pagi2 lepas subuh masak siap2..buat bekal..klo sampai kt tempat perhimpunan nnt nk mkn kt mna plak kn..lgpun byk kdai2 tutup..plak tu saya yg pegi hantar diorng kt Komuter..ada ramai polis kt situ..tp diorang ok ja..just berdiri..tengok2..ye la nk buat apa lg ye dok..mana boleh halang orang awam nk pegi mana2..suka hati la..diorang cuma mengawal keadaan ja..saya??saya xpegi lerr..en suami mmg xizin sy join bnda2 ni smua..
Menurut cerita mak sy..punya la rmai org turun join BERSIH time tu..berpusu2..smpai xleh jln..Abg polis pn berdiri ja..xbleh nk halang..ramai sgt..bayangkan hampir 4000 org anggota polis bertugas masa tu still xbleh buat apa2..last2..keluar headline kt paper Sinar Harian.. 'GAGAL'..maknanya perhimpunan BERSIH gagal sbb xdk org turun..letak plak gambar orang tgh beredar..ada la dlm 20-30 org..walhal tempat kejadian mmg banjir dgn manusia baju kuning..itu cerita mak saya la..
Saya sebenarnya xbrapa kisah..btul..sy jenis yg 'ikut ja'..'bleh la'..'ok aja'..'suka hati'..cakap mau..bikin xmau..huahuahua..mengaku..saya rasa ok jugak ada BERSIH ni..ada gk 'bnda' yg bleh takutkan gov..mcm kita gk kn..kita akan jd baik..buat elok2..sbb nnt tkut mak marah..takut ayah marah..sbb tu la kot kan..30 jln masuk ke kL dh dtutup..gov takut ker??takut apa??apa aku melalut nih??
Besides..perhimpunan ni menjejaskan bisnes org b'niaga yg hari2 kerja xpernah cuti..membanting tulang 4 kerat nk cari rezki kt kL ni..macam kami..bayangkan klo terpaksa tutup kedai..mean xde income tp sewa RM300 sehari still kena bayar..2x rugi tau..
Klo gov bg ja permit kt stadium tu kn senang..xpyah susah2 nk block jln..satu hal plak xleh nk p tutup kedai kt kL mlm ni..jln jem giler..ada road block lg..yg 3 lane jd 1 lane..buat susah org ja..worker pn dr ptg td dok call ja..tkut xdk tren..xleh nk blik rumah..adoiyai..terpaksa plak tutup kedai besok..
Ptg td pegi i-City pn xramai org..balik singgah kedai mamak pn xdk org..kt atas jln pn lengang ja..org Shah Alam pegi mana?? dh b'mlm siap2 kt kL ka??
en suami cakap "org m'sia untung..baik2 belaka..klo kt Bangladesh mesti dh 3-4 buah bas kena bakar tnda protes.." ya..sy stuju..M'sia aman..M'sia damai..cuma kurang BERSIH!!

Thursday, July 7, 2011

Kek Coklat Kukus : Remake

Buat entry secara pukal..boleh ke camtu..??kumpul 3-4 hari punya..then post skali gus..i xde masa u..Tp yg ni mmg fresh..hari ni punya..tgh sejukkan..jap lg nk makan.saya penah post dah cara2 nk buat kek kukus ni DISINI..tp hari tu saya buat kek ni mcm terbelah besar sgt.. hari ni sikit ja..ok la tu kan..next time mungkin x t’belah langsung.. Practice makes perfect..ye dok..Try la mmg sedap dan bagus untuk mengembangkan badan..huhu..mulut nk mkn yg manis2..nk buek camno??

Ice Cream

Makan ice cream lg..hujan2 pon sedap ek..
Vanila : Habib punya..
Memandangkan Habib tido..mama rasa sket ek..OK..Mama simpan balik..sorry..
Ice cream cake : mama punya..I like Jamoca more ;)