Wednesday, June 19, 2013

Habib's amazing work



Assalamualaikum..
Dah lama rasanya tak jenguk blog ni..tunggu idea belum sampai2 lagi..Bila ada masa nak nulis, ada idea nak cerita, gambar2 pula tak ada dalam ipad ni..aduhh..maka idea yang ada perlahan2 hilang dari pandangan..ahaks..

Kat atas nun adalah hasil kerja Habib yang menjadi kebanggaan saya..(eleh takkan itu pun nak bangga!) well, selain guru, keluarga dan kawan2 terdekat tahu kondisi Habib..jadi melihat hasil kerja sebegini membuatkan hati saya sangat2 bangga dengannya..

Pada peringkat ini Habib sedang belajar menulis sendiri..yakni tanpa bantuan..ketika ini kami (saya dan gurunya) masih jena guide Habib untuk menulis tanpa memegang tangannya..kata teacher Jane, kanak2 yang pandai mewarna cepat menulis..so rajin2 lah suruh anak mewarna..dengan mewarna dia akan belajar mengawal pergerakan tangannya dengan sendiri..

Habib sangat sukakan art..espesially coloring..kanak2 seperti Habib yang kurang daya tumpuan atau fokus ini mampu duduk dan consantrate mewarna sehingga lebih kurang 20minit..bayangkan!! Kata teacher Lily, kalah budak2 normal lain..sememangnya mereka mempunyai kelebihan tertentu..jika kelebihan itu dapat diasah dan diberi dorongan tentunya mereka akan berjaya..

Tugas saya sebagai ibu sentiasa akan puji dan hargai hasil kerjanya..

Alhamdulillah..Habib dikira bernasib baik kerana saya diberitahu keadaannya lebih awal..ramai ibu2 diluar sana yang tidak tahu kondisi anak mereka..bila diarah mendaftarkan anak di sekolah khas, mereka naik berang kerana anak mereka tidak cacat!!

Pendidikan khas adalah salah satu kaedah untuk mengajar kanak2 contohnya kanak2 hyperaktif,  dyslexia, autsimn dan sebagainya..ini kerana cara penyampaian di dalam kelas tidak memberi kesan kepada mereka..malah tidak membantu langsung..

27/6/2013 ini tarikh Habib akan bertemu Dr Choy pakar genetik (paed) di IJN..Dr Choy akan buat pemeriksaan serta pantauan dari masa ke semasa samada Habib akan ke sekolah biasa nanti atau ke sekolah pedidikan khas..

Saya tak kisah langsung! Habib anugerah terindah dalam hidup kami sekeluarga..perkembangannya sangat membanggakan..banyak atau sedikit bukan ukuran..as long as he willing to do..tak malas nak belajar benda baru..

Doa saya agar anak2 saya dan anak2 kalian juga diterangkan hati dan mudah untuk belajar hingga berjaya di dunia dan akhirat..dan menjadi anak2 yang soleh mudah2an menjadi pencen kubur untuk ibubapa nanti..


Cukuplah untuk kali ni..sekian..jumpa lagi di lain entri..

No comments:

Post a Comment