Monday, February 27, 2012

Syurga Isteri




“Apabila seorang perempuan bersembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan mentaati suaminya, maka ia boleh masuk ke syurga dari pintu mana yang dikendaki” (HR. Ahmad dan Tabrani).
Seronak kan jadi wanita yang berkahwin dan punya anak. Senang buat pahala. Senang dapat pahala. Banyak pula pahala yang tak disangka2. Sikat rambut anak dan suami pun dikira pahala setiap helai rambut tau! Tapi kenapa susah sangat nak buat ya. Saya akui bab mentaati suami yang paling saya takut. Takut kerana mungkinkah dosa seorang pelacur tidak sebesar dosa seorang isteri yang tidak mentaati suami??


“Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya”(HR Abu Daud dan al-Hakim).

Ya kadang2 menjadi seorang Aku ni sangatlah outspoken. Lantang saja. Bukan tak boleh silap sikit. Pada saya kalau suami saya buat silap tak apa. Saya boleh terima kesilapan. Dia buat silap. Dia mengaku dan beritahu bagaimana kesilapan itu berlaku. That’s all. Habis kat situ. Kalau marah pun saya perlu luahkan. Saya perlu terus terang. Saya perlu beritahu apa yang membuatkan saya marah. Tak boleh simpan2. Bila dah luahkan saya akan reda dengan sendirinya. Kadang2 tak sampai 5 minit pun. Cepat cool.

Tapi kan itu yang membuatkan saya takut. Takut jika sikap terus terang saya mengguris hati suami. Jika dilihat luarannya suami saya seakan boleh terima. Mana tahu dalamannya tak redha. Kadang sebelum tidur dah minta ampun saya tanya suami. ‘You ada tak sakit hati dengan I lagi? kalau I mati you redha tak?’

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sesiapa sahaja isteri yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadap pemergiannya maka ia akan masuk syurga".

Pernah si polan beritahu pada saya. Kalau suami masuk neraka isteri yang soleh terikat sebelah kakinya dengan suami. Saya cuma sengih.

Pada saya dah terang lagi bersuluh.
Nabi dah tekankan 4 perkara: “Apabila seorang perempuan bersembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan mentaati suaminya, maka ia boleh masuk ke syurga dari pintu mana yang dikendakinya”

Isteri buat kerja isteri baik2. sebaik mungkin. Jadi isteri sehebat yang boleh. Layanan tip top. Kalau benar kata si polan Asiah r.a takkan jadi antara wanita penghulu syurga kerana suaminya Firaun durjana.

“Oh Asiah!
Engkaulah permaisuri di mahligai tirani, Teguh imanmu walau tersembunyi, Kasihmu kau buktikan sebagai isteri, Namun cintamu untuk Ilahi, Engkau masih isteri yang sejati, Ketika suami dimurka Allah”

Begitulah hendaknya.
Andai dapat suami atau anak yang kurang agamanya, bersabarlah. Jangan hipokrit. Depan orang suruh solat. Kat belakang suka hati. NO! Biar dia jadi dirinya sendiri.
Masuk waktu ajak dia solat, ingatkan dia tentang solat selalu, doakan dia setiap kali teringatkan dia dan pada masa yang sama masih menjaga maruah dia.

Hadith “Syurga seorang isteri terletak dio bawah tapak kaki suaminya.”

Reflek balik, mungkin diri kita sendiri belum cukup solehah untuk dapat suami atau anak soleh.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sampaikanlah kepada wanita-wanita yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan penuh kesedaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah swt, tetapi sedikit sekali daripada kamu sekalian yang menjalankannya"

Ya memang tak ramai yang buat! Let’s do it now! Moga cinta sampai syurga.

Kamu Sudah Putih

Apa yang menjadikan surirumah ini sungguh happy hari ni adalah segala kerjanya yang tertangguh sudah siap semuanya. Ya. Sangat happy. Terima kasih kepada pekerja saya Emi yang berkerja di rumah hari ni.Happy juga dapat makan sambal tumis udang campur sotong. Sedap sangat!

Dan yang paling happy bila dapat hilangkan dakwat pen dari perabot putih saya. Ya anak2 saya kreatif semuanya. Dinding dah bertukar menjadi white board. Masih boleh bersabar lagi memandangkan mendiang Prof. Randy Pausch pernah berkata, kalau anak2 conteng dinding biarlah. Biar mereka melakar imaginasi atau menzahirkan perasaan mereka.

TAPI bilamana mereka menzahirkan perasaan mereka pada katil yang baru dibeli tak sampai seminggu sungguh saya tak boleh sabar. Encik Google HELP!!
Akhirnya saya temui juga cara bagaimana untuk hilangkan dakwat pen pada perabot putih. Check it out!

Hasil curahan perasaan Habib. Mujurlah baru sikit saya dah nampak.
Apa yang diperlukan adalah minyak cap kapak dan tisu. Tenyeh sampai hilang 'perasaan yang tercurah' tadi. Tapi nampaknya perasaan itu terzahir dimana2. hatta ditempat sempit seperti di wall dalam gambar di atas mahupun di wall belakang TV. Malang sekali perasaan itu unerasable!Perabot saya (katil Habib sebenarnya) sudah selamat. Tahniah kamu sudah putih!

Thursday, February 23, 2012

Habib.Syndrome.School


Hari ini macam biasa saya hantar dan ambil Habib dari sekolah. Tapi hari ni saya bawa pulang buku scrap Habib bersama. Buku yang Habib guna di sekolah. Sebenarnya saya yang Tanya teacher Jane samada Habib dah boleh baca ke belum. Teacher Jane jawab Yes..now he can read. He recognizes the words already. Betul ke?? Tak percayalah. Baru 2 bulan lebih masuk sekolah takkan dah boleh baca. Jadi teacher Jane tanpa segan silu ambil buku scrap Habib dan bagi pada saya untuk di ‘test’ di rumah.

Sebelum pulang, saya sembang2 dengan teacher Jane pasal Habib. Dia beritahu saya yang Habib ni jenis yang bermulut manis. Dia bawa mood ceria dalam kelas. Senyum aja. He had a very good behavior. Nice to everybody. One thing yang teacher Jane a bit worries about was sometimes Habib got lost in his own world like dreaming. When she call, then he come back. Dia sangat active dalam kelas tapi kadang2 dia active sorang2 ja. Teacher Jane cakap dia memang tak tahu penat langsung!

Dan pada masa itulah saya reveal kan hal yang sebenarnya pasal Habib pada teacher Jane. Actually Habib got a type of syndrome since he born. Kena jumpa Doctor Choy (geneticist) kat IJN every 6 months. Last we met Dr. Choy told us that there is ‘deletion’ yakni something abnormal dalam darah Habib yang diorang tested. So, Dr. Choy ambil darah both of us pula untuk cari punca dari mana datangnya gen tersebut. Dari mama ke dari abu. Lepas tu teacher Jane pun macam oo.ok. Dia cakap, no need to worry. We can develop him until u forget about that. His normal u can see. U know, he’s very lucky because he got tested and have regularly checked by specialist. Some people don’t know whether they got that gen or not. Ye lah kan..Bila tahu sindrom tu lebih awal so kita pun boleh stand-by dan cari cara nak atasinya. Dan saya pun cakap la naluri saya memang tepat hantar Habib kat sini. Habib perlu belajar secara one-to-one. Kalau dalam classroom besar yang ramai orang he might be lost..

test darah last 6 months
ni resultnya.. Sampai rumah saya tukar baju dan buang diaper Habib (pergi school ja pakai diaper..hehe)..saya suap makan sambil tunjuk buku scrap dia. He reads the words. One word to another. Page by page. Ya Allah! He can read..I’m very very impressed! He only 3 tahun 5 bulan. Syukur sangat.


Dalam hati saya nekad untuk jadikan anak saya lebih istimewa. Impian saya untuk melihat anak2 jadi hafiz dan hafizah masih menggunung. Setiap masa diperdengarkan dengan cd Juz Tabarak dan Juz Amma. Antara surah2 penting dalam al-Quran. Setiap jenis saya beli 2. Satu untuk kereta dan satu untuk rumah. Mainkan sahaja setiap masa dan berharap anak2 saya akan menghafalnya sebelum mereka membaca.


Dalam masa yang sama juga saya perlu rangsang motornya. Saya akan daftarkan Habib ke kelas muzik dan art class. Seminggu sekali atau sebulan 2 kali pun tak apa. Aktiviti waktu senggangnya saya tak risau sangat sebab ada swimming pool dan playground kat sini. Swimming sangat bagus untuk ransang otak. Baca SINI. Semua orang tahu kan Nabi SAW suka kalau umatnya pandai berenang, memanah dan berkuda. Tentu ada sebabnya.
Home school. play and learn conner.