- Daftar online 2 tahun sebelum masuk Tahun Satu. Contohnya Habib lahir pada tahun 2008 dan akan masuk Tahun Satu pada tahun 2015. Jadi, saya daftarkan Habib di sekolah yang saya pilih secara online pada tahun 2013. Boleh semak tarikh pendaftaran di situ. Untuk warga Selangor boleh klik/taip link ni. apps.moe.gov.my/esppsel.
- Simpan no pin yang diberikan.
- Sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti Sijil Lahir, Kad Pengenalan ibu dan bapa serta bil api/air dan boleh submit ke Pejabat Sekolah yang dipilih.
- Sentiasa semak keputusan secara online melalui link di atas dan masukkan no pin untuk melihat keputusan.
- Tunggu surat dari Sekolah.
- Jika berjaya, wajib hadirkan diri ke Sekolah untuk penempatan. Yakni kita bersetuju untuk menghantar anak bersekolah di situ.
- Jika tidak berjaya boleh buat rayuan. (TIDAK BERJAYA bermaksud mungkin murid yang berdaftar terlampau ramai jadi sila daftar ke sekolah lain)
- Tunggu surat dari sekolah berkenaan orientasi atau boleh hubungi sekolah untuk pertanyaan.
- Hujung tahun 2014, bersiap sedia dengan kelengkapan sekolah.
- Buku2, tali leher, lencana dan baju PJ boleh dibeli di Kedai Buku Sekolah pada bulan Disember 2014.
- Yuran akan dimaklumkan kemudian.
- Ibubapa perlu bersedia/ambil cuti dan hadir ke Sekolah bersama anak pada Hari Orientasi.
- Hubungi pihak Sekolah untuk maklumat lanjut. Jangan dengar cakap orang saja. Lain sekolah, lain cara. Sekian.
Sunday, January 4, 2015
Daftar Tahun Satu (SRK)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment