Penuh gambar selfie dia je dalam fon ni..
Wednesday, January 28, 2015
Sunday, January 25, 2015
Plan hujung minggu
Weekend kali ni duduk rumah je la ea..turun naik swimming sudah..mama selsema..rasa malas sangat nak bawa keluar..bila tengok matahari je tetiba hidung terus cair..masuk rumah balik..buka laptop buka tv haa langut la sampai malam..abbu kerja so tak dapat nak nolong..
Bila lama sangat tengok internet so banyak la idea dan plan dalam kepala otak ni..siap plan trip holiday lagi..budget, hotel, transport, tiket dan route map semua cukup..itinerary pun dah siap buat..
Plan kedua nak upgrade laundry room seperti yang dalam gambar ni..laundry room kat rumah ni sharing dengan wet kitchen jadi ruang tu agak sempit..kalau bina wall cabinet macam ni jimat ruang la sikit kan..design ni memang ngam elok dengan space yang ada..nak meninggi lagi boleh..nak melebar dah tak muat dah..drying mesin tu tak termasuk lah..kita tinggal kat Malaysia panas terik tak perlu drying mesin semua tu..cuma nak tiru design storage dan wall cabinet tu je lah kot..tempat drying mesin tu boleh buat shelf letak sabun, kain buruk bagai..then rak sebelah tepi tu boleh letak segala bakul2 bawang dan minyak masak..dah laundry room sharing dengan wet kitchen so pandai2 la susun nanti..harga boleh suruh en suami tanya carpenter yang design dan buat semua kiosk Asam & Jeruk tu..boleh dapat murah la kot :)
Plan ketiga nak bina mini library kat area dining room..sekarang ni pun anak2 buat homework kat meja makan pun..ada meja study pun tak guna..hmmm..lagipun buku anak2 dah berlambak2..buku dan majalah mamanya pun sama..so dah calculate Billy bookcase ikea around RM1300 plus sekali dengan door dan glass door..so far Billy yang paling murah tapi kena fix kat wall takut anak panjat nanti terbalik pulak kan..yang ni nanti saya keluarkan duit sendiri lah..tapi nak tanya carpenter jugak kot kalau dia boleh buat harga lebih kurang, cantik lah..senang je ni nak buat benda alah ni..hewhewhew..
Plan keempat nak cari wooden bench pulak untuk letak kat foyer..senang nak duduk pakai kasut..hari tu dah tanya mak njang kot banduan kat penjara ada buat kan..tapi mak njang kata tak buat..fyi pak njang ai is pegawai penjara..lagipun banduan dalam tu banyak buat kerja2 kayu..mana la tau kan esok2 depa buat projek perabot pulak..so beli dari penjara je lah..
Ai paling suka yang ni..boleh letak throw pillow 3-4 biji kat situ..nice kan..macam mak2 sakit belakang boleh duduk sandar badan kat pillow tu..
Yang simple macam ni pun ok..tapi nak kayu pallet..tak nak kayu oak tebal sangat..senang je kot buat benda ni..hmm..rasa macam nak beli kayu paku sendiri..
Kalau dapat yang ni lagi la ai suka..lompat bintang la kalau dapat..kebanyakan kedai perabot kat Indonesia ada la jual wooden bench macam ni..jauh benauu..
Kalau ikutkan plan dalam kepala hotak ni memang banyak lagi ni..tapi plans have to come with implementation and of course la along with the budget kan..kalau tak nanti plan tak menjadi..pelan pelan kayuh..plan no satu tu bakal di realisasikan bulan Disember nanti..InsyaAllah..
Thursday, January 22, 2015
Duit Belanja
"Habib beli apa kat kantin tadi?"
"Habib tak beli apa pun.."
"Kenapa tak beli?"
"Habib tak ada duit..Mama tak bagi duit kat Habib.."
Ya Allah..Ya Tuhanku Ya Karim..Kesiannya Habib Ya Tuhan..macamana saya boleh lupa nak bagi duit kat Habib hah ;(( sedihnya rasa..mesti masa rehat tadi dia tengok je kawan2 dia makan..rasa nak ketuk kepala ni kuat2..kenapa la boleh lupa nak bagi dia duit belanja..
"Habis Habib makan apa tadi?"
"Minum air je.."
Dusssshhh sedasss kat kepala sendiri..anak tu baru darjah satu oii!!!
"Alahai kesiannya Habib, Mama sorry ea..Mama lupa..nanti kalau Mama lupa lagi, Habib ingatkan la tau..kesian Habib"
"Tak pe la..tak de duit pun tak pe..boleh minum air..nanti balik rumah Habib makan la nasi.."
Dan2 berpasir je mata nih..suci murni betul hati anak ni..tak nak bagi Mama rasa bersalah..
Balik rumah terus mandi..sementara tu Mama panaskan nasi, panaskan lauk suap Habib dan Nuha makan..memang serupa orang lapar pun gayanya..huhu..my bad!
Saya dah tak bekalkan Habib makanan dah..sejak dia masuk sekolah selera makan dia bertambah Alhamdulillah..saya bagi duit belanja RM2 je setiap hari..biasanya Habib beli mihun sup atau mee kari atau kuew teaw goring di kantin..baki RM1 lagi dia akan bawa balik simpan dalam tabung..untuk sekolah agama pula, saya bagi RM1 ja dan saya bekalkan dia roti sapu nutella atau milo sekotak kecil..tapi duit belanja tu dia tak pernah beli apa2 pun..balik rumah terus masuk tabung..
Saya suka dia belanja untuk makanan di kantin sebab di rumah dia jarang nak makan benda tu semua..bila makan ramai2 dengan kawan selera dia bertambah la kot tapi yang tak bagusnya, bila tetiba lupa nak bagi duit belanja tu yang jadi masalah tu..tak makan pulak dia..huhu..
Ada pendapat yang saya terbaca di newsfeed fb mengatakan yang tak bagus kanak2 beli di kantin..saya kurang setuju kot..kalau bawa bekal dari rumah pun memang tak lah saya nak bekalkan mihun sup ke kuew teaw goring..mesti nugget atau sosej yang jadi bekalan..tak pun biskut atau koko krunch je..ah dari anak saya makan benda alah yang sah2 tak berapa berkhasiat dan tak berapa kenyang tu lebih baik biar dia beli kat kantin je..saya pun dah try beli dan makan makanan yang dijual di kantin tu..sedap je rasa..kenyang pun kenyang..cuma kena pesan kat dia, air ais jangan beli..kat rumah pun ada..minum air kosong yang bawa dari rumah je..junk food pun jangan beli..kalau nak nanti minta dengan Mama, Mama belikan kat hypermarket..kena check dulu..Halal ke tak..kalau tak Halal tak boleh makan..explain kat anak elok2..dia akan faham..
Alhamdulillah, dah nak habis minggu kedua di sekolah, Habib masih lagi tak tergoda dengan junk food semua..air ais je kadang dia teringin dia beli jugak..milo ais kadang oren..RM2 yang saya beri pun dikira cukup untuk Habib..ada jugak budak yang bawa RM6 ke sekolah..dasyat betul..teringin jugak nak tahu, dia beli apa sampai RM6 tu..may be tak makan di rumah sebelum ke sekolah agaknya..zaman saya darjah 6 baru merasa nak pegang 60sen..darjah satu tinggal dengan maktok bawa 30sen je..hahah..itu pun cukup..membesar elok je sampai sekarang..nasi lemak sepinggan baru 20sen..baki 10sen siap boleh beli jambu asam boi lagi..kuikui..tu cerita lain la kan..tak nak la compare tapi seronok jugak sekali sekala flashback..
In the end bukan salah sesiapa pun..bukan juga pihak kantin..tapi kita ni ha..kalau kita dah biasakan anak makan junk food sejak lahir memang itu la yang dia pilih dan beli..jangan pula nak salahkan pihak lain..ok lah..cukup lah..busy body hal orang pulak..biar la dia nak bawa berapa pun..nak beli apa pun..sibuk apasal? huhuhu..mind your own business ok..bye!!

Sunday, January 18, 2015
Rumah Contoh Duplex di Cyberjaya
Semalam pegi tengok rumah di Pan'gaea, Cyberjaya (Eclipse Residence). Kami suami isteri memang suka tengok rumah contoh. selain survey harga rumah, kami boleh curi idea internal deco..rumah contoh selalunya dihias cantik dan kemas kan..
Pertama kali kami tengok dan masuk dalam rumah duplex ni WOW..memang jatuh cinta la dengan rumah jenis ni..sebelum ni dengar nama ja..kami suami isteri memang suka rumah jenis high rise dari rumah landed..kalau nak beli rumah kedua pun kami nak cari unit kondo atau apartment jugak..bila tengok rumah duplex ni rasa nak beli je..tapi bila tengok harga mau nangis guling2 ok..lebih setengah juta tuu..adoiii..mampu tengok je lah..buiding tu siap sepenuhnya tahun 2018..time tu mau 1 million la harga dia..swimming pool, facilities semua tu saya tak teruja sangat sebab dah biasa ada kot tapi agen tu bagitau swimming pool yang ada nih infinity pool..kira ok la tu..
Ok..Bahagian bawah ada 1 bilik tidur, 1 bilik air , dapur, ruang makan dan ruang tamu..bahagian atas pula ada 2 bilik tidur, 1 bilik air dan pantry..pantry tu kita boleh ubah jadi bilik study atau bilik solat atau bilik mainan..ikut la kan..pintu masuk pula ada 2..selain pintu masuk di bahagian bawah, di bahagian atas pun boleh access juga..contoh rumah kita di tingkat 24, maknanya boleh juga masuk melalui tingkat 25..haaa..esok senang anak nak keluar rumah kan..parking lot dia bagi 2 unit..haih mana cukup!! ;p macam la kereta berderet kan..hahah..tak salah berangan kan ;)
Saya dah siap bayangkan..bilik anak2 kat tingkat atas..bilik kami kat tingkat bawah..dekat dengan dapur semua..esok2 bila ada orang datang minang Nuha, dia boleh jenguk je ke bawah dari tingkap bilik dia ja..hahahah..teringin sangat ok..sapa ada fulus tak guna mai pinjam sat..kehkehkeh..agen tu cakap rumah jenis duplex ni diorang jual kat Shah Alam hari tu tapi dah sold out..sebelah federal highway ja..tu pun harga 600k lebih..now building tu dah siap 65% camtu..mahal sungguh!!
Location pun ok..dekat dengan MMU berdepan dengan Cyberia..dekat juga dengan SK & SMK Cyberjaya..tak lama lagi lebat la buildings kat area tu..saya tengok semalam pun banyak betul projek yang tengah naik..emm..nanti nak survey lagi lah..nak cari yang duplex jugak tapi nak below 300k.. ada??
Seriously siapa yang ada banyak duit tu pergi la beli rumah duplex nih..kalau tak nak tinggal pun boleh buat sewa..boleh jadikan 2 unit..tutup ja bahagian tangga tu buat partition ke..dah jadi 2 biji rumah sewa..haih..dok terbayang lagi nih..rajin2 la survey dan boleh baca/join forum property talk di lowyat.net..
"Money..money..come to Mama, please!!!"
:)

Labels:
My Dreams
Saturday, January 17, 2015
Gelagat si Baby aka Bay-Bay
Siapa sangka saya yang dahulunya penakut kucing dan ada anak (Habib) yang alah pada bulu kucing boleh jatuh cinta dengan si kecil tu..Kuasa Allah. Kuasa kasih sayang yang mampu mencegah segala penyakit..kasih sayang punya kuasa paling hebat sehingga mampu mengubah segalanya..sekarang sayalah yang uruskan semuanya yang berkaitan dengan Baby dan Habib pula selsema pada minggu pertama Baby tinggal dengan kami dan sekarang ok ja..tiada lagi alah..tiada lagi bersin..tiada lagi selsema..kami semua dah serasi..
Baby atau lebih tepat lagi kami panggil Bay-bay ni sangat manja budaknya..jom kita tengok gelagat Baby..
Peneman setia ni..
Terbongkang tidur..omey angat..
Abang kacau pun tak bangun.
Adududu..melting you know..comel sangat budak ni..'
Most of the time kami lepaskan ja Baby main dalam rumah..Baby ni pelik sikit..siang tidur memanjang..malam berjaga..kadang dengar dia dok mengiau sensorang eh sesekor..selama 30 tahun lebih saya hidup kat dunia ni baru saya tahu yang kucing pun mengigau..hahah..tengah tidur boleh pulak mengiau..kadang tu mata pejam tapi kaki dok menguis sambil mengiau..macam - macam ragam budak ni..ok lah nanti kita cerita lagi..bye..
Habib Darjah Satu!
Mama bekalkan roti sapu nutella untuk Habib.
Habib bersiap sendiri.
(gambar hari kedua)
Jalan kaki ke sekolah..
Perhimpunan dalam dewan. Datang lambat kena duduk belakang. Huhu. Bukan lambat sebenarnya..salah tempat..
Aik terlebih panjang pulak barisan kelas Habib..
Masa rehat, walaupun dah makan bekalan still lagi nak beli kat kantin..belilah apa nak makan..jangan membazir sudah..
Mama, abbu dan adik balik rumah tido sekejap sebelum ambil Habib balik dari sekolah..Baby pun tumpang sekaki ^.^ comey sangat..
Petangnya sebelum Habib balik sekolah, mama dan Nuha belikan belon untuk Habib.
Dengan kek sekali.
Yeay..sukanya budak tu..ada fav food depan mata..
Kecoh nak surprise kan abang tapi abang tak terkejut pun..huhu..
Dah tukar baju baru boleh potong kek sambil cik Nuha tu nyanyi lagu Happy Birthday untuk Habib..hihi..lagu Happy Birthday pun boleh lah..
By the way, mama happy sangat Habib dah masuk darjah satu..dah jadi anak bujang dah..Habib relax ja kat dewan tu tapi mama yang cuak lebih..tak putus2 mama dok krim Al-Fatihah untuk Habib..kalau boleh solat dalam dewan tu mama dah buat solat hajat untuk Habib dah tau..heheh..hari pertama memang tak ada kawan kan..now mama tengok Habib dah ramai kawan..siap main lawan2 lagi..hadoii..kena rotan dengan cikgu baru tau..
Harapan mama sangat tinggi untuk Habib..moga Habib membesar menjadi anak soleh yang berjaya dan berguna di dunia dan di akhirat..mama sentiasa doakan agar Allah lengkapkan Habib dengan apa saja yang terbaik untuk Habib..semoga Allah makbulkan doa serta hajat mama..mama, abbu dan adik sayang Habib sangat2 ok..behave ok..bye..
Wednesday, January 7, 2015
Mari Berkebun
Aktiviti cuti sekolah kali ni dapat berkebun..dapat belajar tentang kebun dan sayur-sayuran..especially bendi, cili dan kacang panjang..bila dah besar sikit nanti, setiap kali cuti sekolah mama hantar balik Bangladesh ok..belajar hidup secara basic..balajar hidup secara alami..
Labels:
Bisnes,
Family,
homeschool
Tuesday, January 6, 2015
Poor Habib - Updated
Updated : Tengok..dah bengkak sampai sepet dah mata dia..poor Habib ;( Hari ni certain part dah bertukar jadi kebiruan kehijauan..dah nak surut dah la kot..hopefully cepat la surut bengkak tu sebelum buka sekolah Isnin ni..
By the way..bengkak ni bukan penghalang Habib dari terus aktif ya..no..no..no..mama yang kerap kali kena ingatkan dia selalu..duhh!!
Alahai kesian hero ni..
Semalam melompat2 dari sofa ke sofa..lepas tu jatuh kat karpet tapi entah macamana tak balance tersembam pipi dia ke coffee table pulak..hadoi la..melalak tak hingat..saya pun kecut perut jugak la..memang kuat betul bunyi..terus call abbu yang on the way nak baik rumah..
Sementara tunggu abbu sampai, saya demah dulu dengan ais..en suami sampai, terus dia bawa ke Demc..mujur la doctor x-ray tak ada tulang yang retak..takut juga kan..hari ni bahagian mata pula yang makin bengkak..sampai sepet dah mata tu..saya sapu dulu dengan ubat yang doctor bekalkan tu..hopefully makin surut lah..
Sebelum hari kejadian, ada sekali dia nak lompat dari lantai terus ke atas kerusi..banyak kali dah dok buat tak de hal..sekali entah macamana lompat tak lepas, kena kat betis kering tu..menjerit la apa lagi..bengkak jugak la..now dah ok..
Hari yang kami bawa Baby cat jumpa Vet pun Habib terjatuh juga..tengah dok jalan kat balkoni nak turun ke kereta, elok ja dia melangkah macam biasa tak nampak gap..jatuh la apa lagi..lutut berdarah-darah..luka dalam pulak tu..meraung kat situ juga..hadoii..Habib ni..balik rumah mama bertukar jadi doctor pulak..
Habib ni sangat aktif..energy dia terlampau banyak..saya dah sedaya upaya kurangkan gula..still juga tak dapat kurangkan energy dia..mungkin cuti sekolah tak banyak aktiviti agaknya..esok-esok dah buka sekolah harapnya kurang sikit la keaktifan tu..huhu..tak dapat bayangkan guru kelas nanti nak kena control 30 orang murid dalam kelas seaktif Habib..errr..tak terbanyang kan..salute kat para guru..
Oklah..kalian tolong doakan Habib cepat sembuh ya..kesian Habib dah tak hensem dah..hehe..
Perangai Anak2 Dengan Babycat.
Sejak ada Baby the cat nih..anak2 saya semacam excited lebih..banyak masa mereka dihabiskan dengan bermain dengan Baby which is bagus la kan dari terpaku tengok ipad atau tv ja..
Habib agak takut dengan Baby ni..bukan dia tak berani pegang tapi dia mudah terkejut jika Baby terpa ke arahnya..kalau Baby 'pegang' Habib, lagilah kuat suaranya menjerit..itu baru pegang, bukan cakar..walaupun begitu, Habib sangat gentle dengan Baby..dia akan pegang elok2, lemah lembut dan bermain elok2 dengan Baby..kadang dia lari lintang pukang bila Baby kejarnya..haha..kelakar..
Lain pula dengan Nuha..Nuha sangat berani..kadang Baby 'gigit' dia pun dia tak nangis..dia dah pernah kena cakar sampai berdarah..still tak serik lagi..Nuha selalu dukung Baby ke hulu ke hilir dengan macam2 gaya..dukung macam bayi lah..letak di bahu lah..kadang pegang bahagian leher sahaja..adoii saya yang menjerit tengok dia pegang macam tu..kadang dia dukung Baby upside down..tapi Baby cool ja dengan dia..buat macamana pun tak apa..pernah sekali Nuha tampar kaki Baby sebab cakar dia..hadoi la Nuha ni..terlampau berani pun bahaya juga..saya dan suami kena pantau Nuha kalau Nuha main dengan Baby..bukan apa takut dia buat si Baby tu macam anak patung..
Apa yang saya Nampak, Habib sangat bertanggungjawab..dia yang akan refill makanan Baby..refill drinks untuk Baby dari botol airnya..apabila Baby keluar di balkoni, dia yang akan ambil Baby bawa masuk dan tutup pintu..takut Baby jatuh bawah katanya..dia yang selalu kemaskan sangkar Baby..dia akan report pada saya apa saja berkenaan dengan Baby..
Nuha pula, seakan cemburu dengan Baby..dia kurang gemar saya bermain dengan Baby..pasti dia akan tarik perhatian Baby ke arahnya..bila saya biarkan, tak pula dia main dengan Baby..kadang saya baru nak dukung peluk2 anak kucing tu, Nuha akan datang rangkul leher saya suruh dukung..jadi saya assume yang Nuha tak suka saya beri perhatian lebih kepada Baby..jadi setiap kali saya main dengan Baby saya akan libatkan Nuha sama..kalau Baby cakar Nuha, saya akan pura2 marahkan Baby..so far so good, dia pun dah bahasakan dirinya 'kakak' kepada Baby..oh lagi satu..Nuha tak suka kami beri mainan baru kepada Baby..dia akan rampas dan simpan..hmmmm..tu baru anak kucing..kalau dapat adik baru tak tahu la macamana pula gaya cemburunya..
Bukan senang rupanya nak ajar anak sikap prihatin terhadap haiwan, tentang tanggungjawab dan kasih sayang terutamanya kepada si kecil Nuha tu..apapun ianya pengalaman baru dan sangat berharga untuk kami sekeluarga..nak jaga kucing senang..nak ajar anak cara jaga kucing tu yang mencabar sikit sebab saya sendiri pun pertama kali..jadi kami belajar sama2..
Hari jumaat lepas kami bawa Baby jumpa Vet..ambil vaccine, ubat cacing dan ubat kutu..semuanya Vet yang buatkan..habis RM150++ jugalah sekali dengan 3 bulan punya vaccine..hmm..ada harga rupanya..ingat jaga macam tu ja kan..tak ye..bela kucing macam bela anak juga..lepas ni nak bawa grooming pulak..tapi Vet pesan 2 minggu selepas vaccine tak boleh mandi..so next 2 weeks la bawa pergi grooming..
Ok lah..sampai sini dulu..nanti kita sambung cerita pasal Baby the cat lagi ye..bye!
tengok perangai..anak dara apa tidur macam tu haa..
Lain pula dengan Nuha..Nuha sangat berani..kadang Baby 'gigit' dia pun dia tak nangis..dia dah pernah kena cakar sampai berdarah..still tak serik lagi..Nuha selalu dukung Baby ke hulu ke hilir dengan macam2 gaya..dukung macam bayi lah..letak di bahu lah..kadang pegang bahagian leher sahaja..adoii saya yang menjerit tengok dia pegang macam tu..kadang dia dukung Baby upside down..tapi Baby cool ja dengan dia..buat macamana pun tak apa..pernah sekali Nuha tampar kaki Baby sebab cakar dia..hadoi la Nuha ni..terlampau berani pun bahaya juga..saya dan suami kena pantau Nuha kalau Nuha main dengan Baby..bukan apa takut dia buat si Baby tu macam anak patung..
nyenyaknya dia tidur..kaki belakang tu bersilang tau..haha..
Nuha pula, seakan cemburu dengan Baby..dia kurang gemar saya bermain dengan Baby..pasti dia akan tarik perhatian Baby ke arahnya..bila saya biarkan, tak pula dia main dengan Baby..kadang saya baru nak dukung peluk2 anak kucing tu, Nuha akan datang rangkul leher saya suruh dukung..jadi saya assume yang Nuha tak suka saya beri perhatian lebih kepada Baby..jadi setiap kali saya main dengan Baby saya akan libatkan Nuha sama..kalau Baby cakar Nuha, saya akan pura2 marahkan Baby..so far so good, dia pun dah bahasakan dirinya 'kakak' kepada Baby..oh lagi satu..Nuha tak suka kami beri mainan baru kepada Baby..dia akan rampas dan simpan..hmmmm..tu baru anak kucing..kalau dapat adik baru tak tahu la macamana pula gaya cemburunya..
Bukan senang rupanya nak ajar anak sikap prihatin terhadap haiwan, tentang tanggungjawab dan kasih sayang terutamanya kepada si kecil Nuha tu..apapun ianya pengalaman baru dan sangat berharga untuk kami sekeluarga..nak jaga kucing senang..nak ajar anak cara jaga kucing tu yang mencabar sikit sebab saya sendiri pun pertama kali..jadi kami belajar sama2..
Hari jumaat lepas kami bawa Baby jumpa Vet..ambil vaccine, ubat cacing dan ubat kutu..semuanya Vet yang buatkan..habis RM150++ jugalah sekali dengan 3 bulan punya vaccine..hmm..ada harga rupanya..ingat jaga macam tu ja kan..tak ye..bela kucing macam bela anak juga..lepas ni nak bawa grooming pulak..tapi Vet pesan 2 minggu selepas vaccine tak boleh mandi..so next 2 weeks la bawa pergi grooming..
Ok lah..sampai sini dulu..nanti kita sambung cerita pasal Baby the cat lagi ye..bye!
Sunday, January 4, 2015
Bukit Bendera
Balik kali ni sempat ajak mak ayah naik Bukit Bendera..walaupun dah pernah naik, tapi setiap kali naik ke sana kita akan alami pengalaman yang berlainan.
Mak ayah serta Habib bergambar kenangan di pintu masuk dari temat parkir.
Habib dan Nuha bergambar kenangan.
Dengan mama pula. Aihh..belum ready la..
See..dulu tak de pun padlock nih..sekarang dah banyak dah..penangan cerita Korea la nih..belikan Nuha tshirt sebab kat atas tu dah sejuk dah..
Bergambar di dalam gerabak lama.
Nak ke masjid pula..lagi tinggi kita naik, lagi cantik permandangan..
Berkabus..
Grrrr...sejuk tau..baru lepas hujan plak tu..
Selesai solat Asar, bawa mak dan ayah naik buggy car nih ronda keliling bukit..RM30 satu kereta..
Bebudak ni excited dah..
Best sangat dapat tengok permandangan dari atas bukit..
Berhenti di pitstop bergambar dulu..
Peti surat ni paling lama di Malaysia..sejak zaman Victoria lagi..naik buggy, dapat la tengok rumah rehat Ketua Menteri P.Pinang, rumah tawkey Magnum, rumah tawkey Astro dan banyak lagi senibina yang lain. Tak lama lagi ada titi gantung pula..kata driver tu tahun 2016 baru siap..
Anak baru dua orang dah kelam kabut..huhuh..tak sempat nak senyum..
Singgah makan laksa Penang dan ABC mixed fruits kat foodcourt..sedaaapnya laksa lahai..
Kami turun dari puncak waktu maghrib..permandangan ni priceless!!
Sementara tunggu semua orang solat, Habib dan Nuha bergambar dulu..
Sebelum pulang ke rumah, acara wajib bila mai Penang, tak sah kalau tak singgah Market Street beli segala remah ratus dan yang paling rare kulit kayu manis nih..rare ok..kat KL tak dak..
Labels:
Jalan-jalan,
Penang
Subscribe to:
Posts (Atom)