Saya cuba menahan diri untuk tidak post entri dalam blog ni berkenaan adik Mohd Firdaus tapi tak boleh juga. Sebolehnya saya tak nak post apa2 perkara negatif yang boleh menjadi tatapan anak2 saya nanti. Sedih, pilu, hiba, geram, marah, takut semuanya bercampur baur. Buntu fikiran ni bila fikir apa yang berlaku? kenapa buat macam tu? Tak ada hatikah? Tak ada perasaankah? Buta perutkah?
Sampainya hati..
Tergamak seorang yang bergelar ibu sanggup menyiksa anak kandung sendiri secara perlahan-lahan. Terkurung. Kebulur. Tinggal di bilik kotor dan busuk. Apa alasan sang ibu itu? Anak yang satu lagi kelihatan sangat sihat dan bersih.
Jika dibandingkan sang ibu itu binatang sekalipun tak setaraf. Jika dibandingkan dengan remaja yang buang bayi juga mereka lebih mulia. Sekurang2nya bayi tersebut terus ke Syurga.
Saya terbayang2..bila mana sang ibu bersama anak sorang lagi makan malam..adakah dia terfikir tentang anaknya yang dikurung itu? Pasti ada suara yang memanggil2 'mak..mak..mak..' menitik2 airmata ni..ya saya juga bukan mulia..saya pun marah anak2 juga..kadang rotan juga..tapi..aduhh..tak tahu nak cakap apa..
Maafkan saya jika berlebih-lebihan..saya sedar..saya juga punya keturunan..saya patut menjaga butir kata yang menunding ke arah seseorang..saya mohon ampun dari Allah..ini petunjuk sebenarnya..petunjuk untuk kita semua..perlu untuk kita ambil tahu nasib orang terdekat kita..jiran tetangga kita kerana kita turut sama dikira berdosa jika keadaan seperti ini terjadi lagi..
Saya berdoa agar Allah limpahkan rasa kasih sayang yang melimpah ruah terhadap kami sekeluarga..terhadap orang sekeliling kami..terhadap umat sejagat..terhadap sang ibu - LOLA..moga dia berubah..dan tentunya terhadap ibubapa yang punya anak OKU agar sentiasa tabah dan cekal membesarkan anak syurga..
Saya sertakan sedikit perkongsian dari Ibu Rose yang saya copy dari FB beliau..sekurang2nya terubat sedikit hati nanti..Insaf!
Kena Taubat..
Taubat!
Taubat!
"Jika ditanya adakah hati Ibu tidak hiba melihat anak itu, gambar sesudah dan sebelum dianayai? Gambar ibunya. Jawapannya, hiba, sebak, geram, marah, kasihan, semua bercampur baur jugak.
Cuma Ibu ni sudah lama hidup dan hidup telah mengajar Ibu untuk lebih tenang dalam menilai sesuatu keadaan yang getir sebegini. Ibu berusaha menilai dari perasaan kasih dan sayang.
Adakah ia datang semula jadi dan mudah? Tidak sekali! Ia memerlukan Ibu dilapah hati agar menjadi lebih senang insaf. Bila apa sahaja kejadian berlaku, Ibu melatih diri bertanya, apakah yang Allah sedang mengajar aku sekarang ini?
Adakah Ibu senantiasa berjaya. TIDAK! adakalanya tersungkur juga terikut amarah yang tidak dikawal. Namun, sebagai hamba Allah, kepadaNya juga Ibu memohon kekuatan.
Jika diusia begini, Ibu masih tidak boleh matang berfikir, maka bagaimana Ibu boleh menjadi Ibu yang baik kepada anak-anak Ibu di Page ini.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Firdaus mendapat layanan dan penjagaan yang baik dan jika benar dia dianayai oleh ibunya, maka ibu dan bapanya kembali sedar diri.
Salam kasih semua, Selamat Malam dan Assalamualikum.
Semoga esok kita akan mendapat berita yang menceriakan!"
No comments:
Post a Comment