Monday, March 24, 2014

Parents - Open Day at TCSKM

Sambungan dari entri saya tentang Parents Tour tempoh hari, kali ini tentang Open Day di sekolah juga, tetapi lebih details yakni parents boleh duduk dan tunggu dalam school dari mula hingga akhir.
 
Setiap Parents diberi jadual dan boleh pilih nak datang waktu mana dalam masa satu minggu. Nak datang tiap2 hari, tiap2 waktu pun boleh. Tapi disebabkan kereta saya masuk workshop beberapa hari akibat 'coconut tok moh' jatuh dari langit, makanya saya cuma berkesempatan datang ke Open Day sekolah pada hari terakhir iaitu hari Jumaat.
 
Bermula dari jam 8 pagi saya dan Nuha dah terpacak di situ. Aktiviti pertama hari tersebut, adalah Tae Kwan Do. Habib beria nak pakai baju TWD dia yang dah berbau sebab dah 3 hari berturut pakai baju tu, jadi saya tak izinkan. Mengikut jadual, hari ni (Jumaat) ada projek aktiviti, jadi saya pakaikan dia track suit dan t-shirt biasa memandangkan sport uniform masih belum terima lagi. Mahu tak mahu Habib terpaksa ikut juga. Bila tiba waktu TWD, Master minta pelajar yang beruniform TWD tampil ke hadapan dan duduk sebaris dengan Master. Patut la dia beria nak pakai. Menyesal pula saya tak izinkan dia pakai baju tu. Kalau tak, boleh la saya tengok dia berkungfu panda di hadapan.
 
  Lucu bila tengok Master mengajar budak2 tadika nih..ada yang beri sepenuh perhatian,.ada yang buat tak tahu..yang bersembang sesama sendiri pun ada..comel sangat..yang tak ikut arahan pun ramai..haha..notti..
 Mana Habib?? Ada..terlindung sikit..Ini kelas Habib..KG2..dan teacher yang sedang mengajar tu namanya Mrs Mohan..Mrs Mohan agak tegas orangnya..saya suka..bila Habib tak nak buat homework, saya jual nama Mrs Mohan jaa..heheh..senang..
 
Dalam kelas perangai Habib jauh berbeza dengan di rumah. Dia duduk diam dan lebih tumpu pada teachernya tak macam dirumah. Saya agak terkejut. Habib juga agak berani bila teacher tunjuk falsh card 'Word of the day' atau 'Sentence of the day' cepat je dia angkat tangan..sampaikan teacher dah tak pilih dia sebab asyik dia yang angkat tangan..saya sangka Habib jenis reserve person..rupanya tidak! Sikit pun dia tak segan atau takut untuk angkat tangan dan jawab soalan..aduhh..betul la apa orang cakap kan..mak-mak lah yang selalu underestimate kemampuan anak sendiri. Habib sentiasa 'bayi' dimata saya..huwaa..
 Dengan rakan sekelas Habib yang kebanyakkannya lelaki..kelemahan Habib adalah pada tulisan..itu yang teacher beritahu saya dan saya akui..tulisannya selalu membesar macam anak tangga..
macam ni..hihi
 
Aktiviti terakhir pada hari itu adalah 'Project Activity'. Semua pelajar terlibat dalam activity ni dari umur 3 tahun hingga 6 tahun.
 
Overall sangat best. Dengan layanan dari principal sendiri kepada kami kaum ibu di situ (ibu-ibu saja yang hadir) sangat berpuas hati. Dengan aktiviti macam ni barulah saya boleh tahu kemampuan anak sendiri dan juga boleh kenal rakan2nya dan paling penting I can see the real and big picture secara live. baru boleh faham. Saya tak sabar nak tunggu bulan Mei nanti, sebab akan ada Open Day lagi seperti ini.

No comments:

Post a Comment