Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal dikelar
2 inci halia dihiris nipis
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih dicincang
2 batang serai di ketuk dan dipotong serong
1 biji limau nipis (ambil jusnya sahaja)
2 biji tomato ceri dihiris (boleh letak lebih)
2 biji cili padi dipotong kecil
1 sb minyak
Secubit garam dan gula
Cara-cara:
Panaskan pengukus..saya cuma panaskan kuali besar bersama air dan letakkan jaring besi seperti dalam gambar..
Dalam mangkuk, letakkan ikan bawal dan susun semua bahan cantik2..masukkan sekali jus limau nipis dan minyak serta garam dan gula.. Siap! Dah boleh kukus sehingga masak..pastikan kuali ditutup rapi agar wap kukusan tidak keluar..aromanya sungguh sedap menusuk kalbu..
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment