Friday, April 26, 2013

Curi Masa

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..

Saya sebenarnya agak lapang beberapa hari ini sebab account tahun lepas dah siap diaudit..dan cukai pun dah siap..hari Isnin ni boleh submit..fuhhh..lega yang teramat sangat..tahun2 yang lepas saya selalu dikompaun oleh LHDN sebab lewat submit..adeh..my bad..tapi tahun ni belum sampai deadline (30 Jun) saya dah siap..Syukur..

Hari ni Sabtu macam biasa..en suami sibuk juga as usual..tapi saya tak ada plan nak bawa anak2 pergi ke mana2..cuma pagi tadi keluar hantar Habib ke kelasnya dan bawa Nuha breakfast di Subway..mungkin sebelah petang nanti ikut en suami ke Asam&Jeruk's Store..

Kelmarin usai solat Jumaat en suami terus ke Asam&Jeruk's Store..tak lama kemudian saya juga terut serta..jadi pengacau je sambil ambil gambar dan tengok2 staf buat kerja..



Selepas solat Asar kami sama2 keluar sight-seeing di tepi tasik sekitar Masjid Negeri..macam ini lah selalu..en suami terpaksa curi2 masa untuk bersama keluarga..kami makan2 di Kedai Kopi Restoran..layan anak2 main bola di padang dan bagi makanan pada ikan dan kura2 di tasik..sangat seronok..anak2 apatah lagi..

Lewat petangnya saya bawa anak2 balik ke rumah dan en suami sambung tugas di Asam&Jeruk's Store..ada kerja yang perlu disiapkan segera..

Saya sangat bersyukur pada Allah..walau bukan mudah tapi kami sangat suka dengan apa yang kami lakukan..kami perlu berkerja lebih lagi untuk mencapai impian kami..Asam&Jeruk adalah penyumbang modal utama kepada bisnes yang lain..Jadi kami perlu berusaha untuk memajukan lagi Asam&Jeruk..InsyaAllah impian kami untuk bersara "Muda dan Kaya" akan tercapai jua..










Selawat Tafrijiyah



Thursday, April 18, 2013

Mengaji

Assalamualaikum..

Semalam semasa sedang mengajar Habib mengaji saya menjadi sangat marah dan geram sebab Habib kena baca dan ulang semula buku lama kerana dia asyik lupa sebutan beberapa huruf..Setelah diulang juga dia masih lupa..

Tak semena Habib telah terkena tempias kemarahan saya..berkali-kali tapak tangannya yang kecil diketuk oleh saya dengan menggunakan sikat..berkali-kali juga saya ingatkan dia supaya ambil serius setiap kali belajar alQuran..baca alQuran tak boleh salah..tak boleh lupa..nanti tak dapat pahala..Habib ulang dan baca sambil tersedu-sedu..

Lewat malamnya saya tidur dengan rasa kesal :(

Hari ini selesai solat zohor, saya baring dan berehat di playroom..Habib dan Nuha saya biarkan bermain dan buat aktiviti sendiri (dalam playroom)..apa yang mengejut saya Habib ambil buku al-Furqan dan baca semula bahagian yang dia lupa..berulang-ulang kali sambil menunjuk tempat bacaan dengan menggunakan sikat yang sama yang mengetuk tangannya semalam..

Allah Ya Allah..mata saya berair..saya menyesal..bukan sengaja saya nak ketuk tangannya..saya cuma mahu memberi pengajaran agar dia tahu salahnya dan dia tak lupa lagi..hari ini Allah tunjuk hasil pengajaran tersebut..Allahu Akbar..

Saya berjanji dengan diri sendiri saya akan terus sabar mengajarnya dan tidak akan menyakitinya lagi..saya teramat yakin bahawa pesanan yang saya sebut berulang-ulang kali itulah yang membuatkan Habib ingat dan buat hari ini..bukan 'ketukan' ditangannya..

Setelah dia sudah membaca sendiri..saya tanya :

"Habib nak mengaji sekarang ke? Tak nak mengaji malam?"

"Habib nak la..Habib nak try je..nanti Habib tak lupa.."

Kemudian dia sambung lagi..
"Baca alQuran tak boleh salah tau..nanti tak dapat pahala"

Allahu akbar!
Dalam Islam tiada kekasaran!

Saya memohon kepada Allah supaya diberi kesabaran yang tinggi dalam mengajar dan mendidik anak-anak..dan semoga saya tetap istiqamah dalam membuat kebaikan..

"Ya Allah terangkan hati anak-anakku agar mereka dapat menerima ayat-ayatMu dengan mudah..Amiin"



#mohon maaf sekiranya tersinggung dengan cara pakaian dan keadaan anak saya mengaji..saya sudahpun terangkan kepadanya dan dia sedang belajar..


Thursday, April 11, 2013

'Dudung Uha'

Ayam akuum!!
Akum ayaam!!

Cik Nuha sangat becok sekarang ni..macam2 dia nak cerita..tunggang langgang ayat..dengan pelatnya lagi..tapi saya sangat seronok melayan..

Hari ni dia tanya saya tudungnya..dia nak try..hamboii..dengan skirt pendeknya pun nak pakai tudung jugak..saya layankan saja..

"Mama, ana dudung uha? Nak eyai.."

Nak try ke nak pakai..hantam saja lah..janji mama faham sudah!

Heheh..

#post ni lupa nak publish..jadi saya publish je tanpa edit..tarikh asal 11/4/13 :)


Tuesday, April 9, 2013

Jagung Rebus Yummy!!

Bahan-bahan:

2 batang jagung - dibelah tiga
Garam
Gula
1 sb Susu pekat manis
1 sb Majerin - saya guna Planta

Cara-cara:

Rebus jagung selama 25 minit..jangan terlalu lama kerana permukaan jagung akan mengecut dan tidak cantik..sebelum tutup api taburkan dengan garam dan gula ke dalam periuk jagung..garam dan gula tidak boleh ditabur terlebih awal kerana jagung akan menjadi liat..tutup api dan biarkan terendam seketika..

Untuk hidangan, campurkan susu pekat manis bersama majerin hingga sebati dan lumurkan pada jagung..siap dan sedap dimakan panas2..selamat mencuba!



Thursday, April 4, 2013

10 Sebab Jepun Negara Maju..

Saya copy/paste info ini dari Facebook..
Jazakallahu Khairan Kathiraa..

Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Ini Kalilah!!!

Ku Lihat Hijau..

Tuesday, April 2, 2013

Malaysiamu..

Jangan di tanya apa yang patut Malaysia beri kepada kita..
Tanyalah apa yang patut kita beri kepada Malaysia..
Jangan di tanya apa yang patut Malaysia buat kepada kita..
Tanyalah apa yang patut kita buat kepada Malaysia..

Ayuh ibu..
Jalankan tanggungjawabmu..
Mainkan perananmu..
Malaysia perlukan kamu..

Tanpa didikan darimu..
Tiada Malaysia berilmu..
Tanpa didikan agama darimu..
Tiada Malaysia yang makmur..
Tanpa didikan akhlak darimu
Tiada Malaysia yang santun..
Tanpa didikan amanah darimu..
Tiada Malaysia yang berintegriti..
Tanpa kasih sayang darimu..
Tiada Malaysia yang penyayang..
Tiada Malaysia yang tinggi menjulang..

Sesungguhnya..
Malaysia perlukan kamu..
Bersama melahirkan generasi baru..
Generasi beriman dan berilmu..

Wahai ibu..
Diam ubi berisi..
Bising ayam berbakti..
Begitulah umpama suri...
Kasihmu tiada peri..

Malaysia perlukan kamu ibu..
Bukan untuk berkempen menabur janji..
Bukan untuk berjihad sampai mati..
Bukan untuk berlelah memancing undi..
Bukan untuk berpolitik tanpa henti..

Seorang guru boleh mendidik seorang wanita..
Namun seorang wanita berilmu mampu mendidik 10 orang anaknya..
Hebatnya ibu..

Malaysia..
Majukan lah wanita mu..
Majukan lah kaum ibumu..
Terdidik wanitamu..
Terdidik Malaysiamu..
Terpelihara cantik wanitamu..
Cantik jualah Malaysiamu..

Ibu..
Didiklah anakmu..
Ajarkan zuriatmu..
Agar mereka tahu
Dosa dan pahala..
Agar mereka tahu
Syurga dan Neraka..
Agar mereka mahu
Hidup mulia atau
Mati sebagai syuhada'..

Ayuh ibu..
Jalankan tanggungjawabmu..
Mainkan perananmu,.
Usahlah kamu sibuk membentuk Malaysia..
Kerana Malaysia terbentuk darimu..

#saQahnOt


Monday, April 1, 2013

Perginya Kak Gee kepangkuan Ilahi..AlFatihah!

Takziah buat keluarga arwah Kak Gee @ Fauziah..
Terutama buat sang suami Abil Fikri..
Walau tak pernah bersua namun dari blog abil4fauziah.blogspot.com,
Kak Gee sangat dikenali..
Sangat dekat dihati..
Perginya Kak Gee seolah rindu dibawa lari..
Allah kifarah dosa Kak Gee di dunia untuk kembali kepadaNya suci umpama bayi..
Kak Gee terlantar kaku sebagai isteri..
Dijaga rapi oleh suami mithali..
Tak ada dosa dengan suami..untungnya Kak Gee..
Perginya dengan redha sang suami..
Redha suami redha Ilahi..
Nasibnya telah diketahui..
Nasib kita belum tentu lagi..
Selamat Kembali ke pangkuan penciptamu Kak Gee..
Syurga untukmu sedang menanti..
AlFatihah buat Kak Gee..


Nasi Ghee

Assalamualaikum..
Selamat kembali bersekolah ye anak2, adik2..selamat kembali sibuk di waktu pagi buat ibu2 sekalian..saya bertugas seperti biasa sebabnya Habib tak cuti..ok fine, saya jadi Charlie Chaplin setiap hari..memang kelam kelibut dibuatnya..

Hari ni sebenarnya saya nak kongsi resepi Nasi Ghee yang saya makan di rumah kawan saya Sumi..sangat sedap..tak payah lauk..makan dengan telur dadar pun sodap!

Sabtu lepas kami sekeluarga ke rumah Sumi..dan tak semena2 dia dan suaminya merancang nak buat BBq pada malam tu..wahh..last minit planning..jemput seorang lagi rakan pakar BBq untuk merinade ayam, lamb dan bawal..daging tak buat sebab menghormati tetamu berbangsa Hindu..manakala Sumi sediakan sedikit Nasi Ghee yang sangat sedap dan saya pula tolong potongkan timun, tomato, karot dan bawang untuk dimakan bersama BBq..Roti Naan pula order je dari kedai mamak..hehe

Jadi hari ni saya try masak Nasi Ghee yang macam Sumi masak hari tu..jom semak resepi asalnya ye..al maklumlah bahan kat rumah ni tak berapa cukup jadi saya skip banyak benda..

Bahan-bahan:

2 cawan beras dibasuh dan ditos
3 1/2 cawan air panas
1 1/2 sb ghee atau minyak sapi
1 batang kayu manis
4 biji cengkih
1 kuntum bunga lawang
4 biji ketumbar
1 helai daun bay - saya skip
1 helai daun pandan - saya skip
2 inci karot dipotong halus - saya tambah
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 inci halia ditumbuk
2 biji cili padi dibelah dua
1 st garam
Roasted gajus - saya skip
Bawang goreng

Cara-cara:

Panaskan periuk rice cooker dan masukkan ghee..tumiskan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan ketumbar sehingga wangi..masukkan karot, bawang besar dan tomato..kacau sebentar..kemudian masukkan pula halia, bawang putih, daun bay, daun pandan dan cili padi..kacau sehingga semua bahan jadi lembut..perasakan dengan garam..masukkan beras dan gaul sebati..akhir sekali masukkan air secukupnya..pindahkan periuk ke rice cooker dan biarkan sehingga masak..siap!

Rasa yang sangat enak hingga dirindu2..ehem!
Enak dimakan bersama ayam goreng berempah dan juga salad atau air asam..selamat mencuba!









Anak2 saya bersama anak2 Sumi bergambar sambil buat funny face :)