Showing posts with label IJN. Show all posts
Showing posts with label IJN. Show all posts

Sunday, June 3, 2012

Mati

Bab mati selalu macam takut ja nak bincang kan?? Teringat saya dan suami pernah bincang ala ngusik2 bab mati dalam kereta..last2 masing2 diam merenung jalan..cd pula time tu mainkan lagu opick-rapuh..huhuh..bergenang ja airmata..

"meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu"

Selalu kalau kita baca blog ke buku ke magazine ke kalau ada bab masyarakat yang sakit..yang perlukan bantuan dan semangat hidup mesti ada juga ayat ni mencelah..

"makcik redha..kalau Tuhan nak ambil dia sekarang makcik izinkan" ataupun "pergilah nak..mak tak nak kau menderita lagi.."

Saya pernah berada dalam situasi sebegitu..dikelilingi insan2 yang turut sama menderita melihat zuriat mereka menderita di IJN..sungguh tak tergambar perasaan2 itu..ada yang menerima takdir dengan redha..ada yang menangis pilu..ada yang menyesal bak kata akak berbangsa India depan katil Habib..

"kalau saya tau ini macam mau jadi..saya kasi cuci saja dulu..5 bulan dalam perut pun boleh suruh doktor cuci"

Tapi saya untung..saya berkawan baik dengan Ibu bapa tabah..ibubapa yang positif..mereka yang menaikkan semangat saya dan suami untuk berjuang sehabis habisan demi anak tercinta..tak pernah ada satu doa pun dari saya mahupun suami agar anak kami diambil balik oleh Allah..tak ada satu doa pun juga agar Allah menamatkan riwayat anak kecil ini..sungguhpun penyakit Habib tidak seserius mana..tapi doa dan harapan kami agar Habib sembuh sepenuhnya dan membesar sebagai anak yang sihat..anak yang soleh..anak yang pintar..Kami sentiasa berdoa agar Allah berikan ketabahan hati dan kekuatan semangat yang tinggi yang luar biasa kepada kami..

"makcik redha..kalau Tuhan nak ambil dia sekarang makcik izinkan" ataupun "pergilah nak..mak tak nak kau menderita lagi.."

Seringkali kita dengar ayat2 sebegini terpacul dari mulut mereka..tapi kenapa?? Dah hilang semangat kah? Dah jemu menjaga mereka kah? Selalunya ayat2 begini keluar di saat2 akhir hidup pesakit..betul tak? Tak sedih ke pesakit bila dengar orang yang mereka sayang 'halau' mereka dari hidup..

Dan yang paling sadis..kalau Allah nak ambil nyawa mereka..Allah tak pernah dan tak akan minta izin dengan sesiapa pun..kun fayakun..zapp!!

Kan elok kita doa yang baik baik..kita bercakap yang baik baik dengan pesakit..bukan apa yang kita fikir terbaik..siapa kita untuk tentukan hidup dan mati mereka..

"along..mak sentiasa doakan along..mak nak along sihat..mak akan jaga along tak kira macamana pun keadaan along..Allah kata doa ibu sentiasa dimakbulkanNya..along kena percaya..kalau along boleh zikir dalam hati along ikut mak ya..Subhanallah..walhamdulillah..walailahaillallah..wallahu akbar!"

Cuba cakap yang baik2 doa yang baik2 walaupun kita tahu pesakit dah nyawa2 ikan..doktor pun dah cakap tak ada harapan..ayat di atas adalah dari seorang ibu kepada remaja lelaki berumur 14 tahun di IJN..anaknya sedang bertarung nyawa antara hidup dan mati..sungguh tabah ibu itu..tak pernah sedetik pun dia mengalah..biar apa orang fikir..even the doctor sekalipun..sebagai ibu kita kena fikir, cakap dan buat yang baik2 lebih2 lagi terhadap anak yang sakit..Wallahualam..


Thursday, August 25, 2011

IJN : follow up!!

Bau IJN sentiasa buat hati saya berdebar ja..hari ni kembali lagi kami ke situ..


Habibullah jumpa Dr. Choy pulak..doctor genetik..dah dapat report yang hari tu..doctor cakap kromosom OK..OK ke tak OK ke..saya dan suami tetap rasa dah OK sesangat sebab Habib tersangatlah aktif dan banyak cakap!! dah pandai baca al-furqan..dah boleh kira 123 hingga 10 dalam 3 bahasa.. malay..english..dan bangla..haha..semua color pun dah kenal..bentuk pun..triangle..circle..square..love..star..moon..ish..memang NORMAL lah..dah bagi tau doctor tadi..doctor pun cakap dia nampak bijak..apa yang doctor tanya dia boleh jawab tapi still jugak kena ambil darah untuk satu lagi test..alahai.. Doctor : "Kalau tak nak test hari ni kita test next year.."

next year??lagi la susah sebab dia dah besar..dah kuat..kalau mengamuk nanti sapa nak pegang..aduhh..
"OK lah..hari ni lah..""Habib baring sini ok..jangan takut..abu ada..""Auw..takit.." pastu apa lagi..meraung la..jerit panggil abu..panggil mama..dia jerit kat doctor "doctor please! habib takit..jangan tutuk..takit"kesian betul..elok2 main kat situ..happy ja hari ni sebab tak ramai orang..sekali kena ambil darah..mama tak gelabah sangat..relax ja sebab dah biasa..dia conquer semua toys kat situ..oppss! tercabut pulak kepala lori tu.." Sian Habib..sikit ja tu.sekejap lagi ok la.." tak sampai berapa minit dia sendiri yang buka plaster tuh..tak sakit sebenarnya..Habib cuma takut ja..Abu pula yang terlebih cuak..

Friday, August 19, 2011

In memory : Iqbal Fahreen Hamdan

Iqbal yang comel..yang aktif..yang comot sikit..Iqbal mungkin tak ingat auntie sebab ramai sangat aunties kat IJN tu..tapi auntie teringat sangat kat Iqbal..Dulu kalau auntie sedih tengok Habib sakit..auntie ingat Iqbal dan mak Iqbal..mak Iqbal tabah orangnya..sangat tabah..suka bagi semangat kat auntie-auntie kat IJN..peramah..mana taknya..IJN tu dah macam rumah Iqbal kan..Iqbal pula sangat active..masa auntie mula2 jumpa Iqbal kat IJN kalau tak silap umur Iqbal baru 2 tahun..Iqbal kecik aja..masih bertatih..Iqbal drive walker laju-laju..dari bilik ke bilik..dari bilik ke hall yang ada sofa tu..sangat aktif..lega auntie tengok..uncle pula banyak tanya pasal Iqbal kat abah Iqbal..auntie macam biasa dukung ja Habib ke sana ke mari..tak pernah tinggal..tengok telatah anak2 di IJN..


Mak Iqbal : “Dah operate?”
Saya : “Belum??”
Mak Iqbal : “Bila??”
Saya : “tak tau..demam pulak..Anak akak dah boleh balik ke??”
Mak Iqbal : “Tunggu doctor datang check nanti boleh balik kot..”
Saya : “Eh..dia yang masuk majalah PA&MA kan??”
Abah Iqbal : “A’ah..dapat banyak ‘pampers’ mamipoko..” bapa dia mencelah..
Mak Iqbal : “Dah brapa hari masuk wad?”
Saya : “Hari tu dh masuk 2 hari..doctor suruh balik sebab dia demam tak boleh operate..semalam masuk balik..demam lagi”
Mak Iqbal : “Tak pa..jangan risau..dia ni dari kecik masuk wad..dah tu jadi juara kat PICU..orang lain 4-5 hari ja..dia 42 hari!” sambil tengok Iqbal..
Auntie selalu tanya dengan auntie auntie kat situ pasal Iqbal selepas Iqbal dah keluar wad..auntie teringat satu kes Iqbal masa kat IJN..Doctor operate dada Iqbal dan ganti injap lembu pada Iqbal..dada Iqbal dibiar terbuka 48 jam kalau tak silap..nak tengok samada injap tu berfungsi atau tak..bila dada dijahit balik..beberapa minit kemudian denyutan jantung Iqbal STOP! Injap tu tak berfungsi kot..auntie tak berapa ingat..Dalam keadaan emergency macam tu..doctor koyak balik dada Iqbal guna jari ja..auntie yang dengar ni telan liur..

Auntie teringat lagi gelagat Iqbal, Limah..si amoi comel yang dah ‘pergi’ tu..auntie pun tak tau kenapa orang panggil amoi cina yang ‘pergi’ pada usia 1 tahun 8 bulan tu “Limah”..siapa lagi ye..Irish Sharluna dan ramai lagi..auntie tak pernah lupa..wajah2 anak2 tergambar di fukiran..auntie cuma tak ingat nama..

Memori di IJN tak pernah hilang dari ingatan..dalam banyak2 hospital yang Habib pernah admitted..IJN yang paling best..layanan..staffs..nurses..doctors..surgeons.. semualah..terbaik..tak de dengar orang terjerit2 marah orang itu..orang ini macam hospital kerajaan..tak juga macam ‘tak de orang’..buat hal masing2 macam kat hospital swasta..nak panggil nurse kena tekan button..kat IJN nurse sentiasa ada..layanan pun superb..

Kali terakhir auntie jumpa Iqbal dengan mak+abah Iqbal masa auntie kena pindah masuk sama bilik dengan Iqbal..masa tu Iqbal dah boleh balik..mak Iqbal kemas barang2 masuk dalam beg kemboja yang besar gedabak tu..mana taknya..berbulan kat IJN..


Mak Iqbal : “ Ada sen tak?”
Abah Iqbal : “Nak buat apa?”
Mak Iqbal : “Bak 5 sen? Kasi dia..kesian tolong sapu..Iqbal buat sampah” merujuk kepada cleaner..mak Iqbal kasi RM5 kat cleaner tu sebelum discharge..
Walaupun pengenalan singkat ni dengan mak Iqbal sebenarnya banyak yang auntie belajar..ketabahan dia..tak terukur..dia tak pernah mengalah..dia jaga Iqbal sebaik mungkin..


Mak Iqbal : “ Kena sergeon mana?”
Saya : “Dr. Siva”
Mak Iqbal : “Kat sini sergeon tak di panggil doctor..pangil Mr. Siva ja..”
Alhamdulillah..Habib dah sihat..Auntie seronok jumpa Iqbal..jumpa keluarga Iqbal..Auntie doakan agar keluarga Iqbal tabah dengan pemergian Iqbal..Moga Iqbal aman di ‘sana’..Al-Fatihah untuk Iqbal..

Abang, Tunggu Mak di Syurga Ya!

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
Al Fatihah..

Saturday, July 3, 2010

VSD + PDA = IJN???



Hari ketiga Habibullah lahir, Habibullah was warded..Mama sgt sdih..Abu pn dh kna balik Shah Alam..Walhal Habibullah cuma kna joundice je..3 hari habibullah admitted at Kulim Hosp...Mama ok je kna b'pntng kt hospital tp mama sgt kesian tgk habibullah nangis tiap kali kna amik darah kt blkang tapk tgn, kna baring bwh chya lampu 24hrs pakai diaper ja..siang malam mcm tu..habibullah sejuk ka, takut ka..mama xtau..mama baru jd 'mama'...Hari2 maktok dtg bwa nasi utk mama wlopn dia sndri tgh puasa..Hari ke-3 habibullah dbnrkan balik..Dua hari lepas tu.. Habibullah admitted again..masa tu Peadiatrician dtg, ckp yg habibullah ada heart prob... might b jantung b'lubang..Bermulalah episod kasih sayang mama yg xpernah kurang..xpernah jemu..Habibullah kurang berat bdn..xboleh nk pam susu mama laju2..so..habibullah cepat penat..Habibullah lahir 3.13kg tp smpai umo 7 mths, berat habibullah cuma 4.4kg..xde otot langsung..so skinny..sgt ringan..Mama n Abu b'doa siang mlm utk kesihatan habibullah..Ramai yg ckp, mama msti frust dpt ank sulung yg b'pnyakit..but u know what..mama rsa biasa je..coz mama xpenah ada ank..mama xtahu beza ank normal or ank sakit..for mama, habibullah yg kna mkn ubat ikut time is normal...lgpun doc ckp jantung b'lubng xsakit..dh tutup lubng tu ok la nnt..Balik Shah Alam, mama n abu bwa habibullah pegi IJN..doc sahkan ada 2 lubang..PDA n VSD..kna buat surgery...kos surgery saja dianggar RM25000.00..xcampur kos wad..terkejut jugak la..mama dan abu berusaha jumpa dgn pihak IJN dan akhirnya kos dikurangkan..cuma kena bayar RM3000.00 sja..yg selebihnya ditanggung pihak IJN..Alhamdulillah..rezeki habibullah..Kos sebenar RM33000.00..


Tanggal 14 April 2009, Habibullah disuruh puasa..almost 8jam habibullah puasa, mama hntr habibullah ke O.T (Operation Teatre)..Masa Habibullah dibius, mama yang dukung habibullah..Habibullah terus lembik..mama letak habibullah atas katil..mama keluar dr O.T, sblm keluar, mama nmpak mata habibullah separuh t'buka tgh pndang mama..sayu hati mama..luluh jantung mama..berdrai air mata...Mama doa dalam hati..This is the best for you sayang..Mama, Abu n Maktok tunggu habibullah kat luar..6 jam lepas tu habibullah keluar dr O.T..First time mama tengok habibullah, Allahu Akbar!!! Mama xsanggup tengok..Habibullah belum sedar..Dada dibedah..saluran darah kt dada ditebuk..ada 2 line kt kedua-dua peha habibullah...kencing di salur m'lalui paip..kesian...hati xkeruan..paling penting Habibullah selamat..Itu yg pasti!! Syukur..


Habibullah 7 bulan..Gambar ni diambil lepas surgery..habibullah demam..Moga Habibullah sihat selalu..jadi anak yg soleh dan moga Allah permudahkan hidup habibullah di dunia dan akhirat..

Mama sayang habibullah..